Episod duka lara

Minggu pertama aku berpantang mmg mencabar. Kenapa? Sebabnya mcm- mcm hal telah berlaku sepanjang minggu pertama dan kedua nih.

Meh sini aku cerita...

Pada hari yg keempat, aku dan suami gi Ppum balik sebab Naurah ada jaundis. After amik darah dia, reading masa tu 269. Agak tinggi disitu. Jadi, aku dan Naurah pun kena la duduk wad. Nurse pun letakkan dia dlm baby cot pastu nyalakan lampu fototerapi tu. Aku pun sama la kene duk situ untuk jaga Naurah. Esoknya doctor pun dtg cek. Tgk reading dia dah turun ke 260 dan doc benarkan kami discharge. Actually, aku cam pelik gak sbb kuning Naurah masih ada sbb mata dia nmpk still nmpk kuning lagi. Tapi bila doc kate dah ok, so aku pun ok je la. Tapi dorg still suh aku refer balik ke ppum  keesokkan harinya. Esoknya tu ingat nak gi cek tapi Rusydi ada kerja. Jd kami pergi lusa iaitu pd hari yg keenam.


Naurah tgh fototerapi kat PPUM

Tapi kali ni kami tak nak dah ke Ppum. Sebab aku pikir klu aku pun kene duduk wad, aku nak mak aku teman sbb aku dah rasa tak larat nak jaga baby sorg. Jd kami decide nak pg private hosp yg terdekat iaitu Damansara Specialist. After doc cek darah, tgk2 reading jaundis dia lebih tinggi dr dulu iaitu 275.  Then doc tanye samaada aku nak di wad skali ke? After tau yg baby dan ibu duk bilik asing-asing, aku pun tak jd la nak stay sama. Ye la klu dah ada nurse yg jaga baby, utk apa aku stay kan. Susu aku bole perah dan hantar. Lgpun wad hosp private msti mahal punya.

Maka dgn hati yg berat skali aku pun tinggalkan lah Naurah di special care nursery situ. Perasaan aku mmg hiba sgt sbb aku tak penah berpisah dgn Naurah sejak dia lahir. Tp memikirkan kesihatan dia, jd aku pun redha lah.

Hari ke 7 Naurah masih belum boleh balik lg. Reading dia dah turun tapi belum di tahap selamat lg. Doc kata mungkin hari ke 8 baru bole balik. Tapi malam itu, aku dan suami dikejutkan oleh call dr doc. Doc kate ptg td Naurah tetibe muntah hijau dan doc perlukan permission kami utk jalankan xray test. Masa tu brderau darah aku. Aku dah mula menangis sbb terlalu risau. Tp hubby tak bg aku terus ke hosp sbb hari dah lewat mlm. Dia pg dulu dan update aku nanti. Mmg menyeksakan masa nak tggu call dr hubby. Akhirnya dalam pkul 11 mlm lebih hubby bgtau Naurah disuspect ada masalah dgn usus(malrotation) dan nak kene pindah hosp dari Damansara Specialist ke Tawakal hosp pulak sbb doc pakar ada disana.

Disebabkan Naurah ada dimasukkan drip air ngan tiub kt mulut, jd hubby pun request utk hantar ke Tawakal naik ambulans tgh mlm tu jugak. Masa aku tgk Naurah dibawa naik ambulan dgn wayar-wayar tu, aku dah bercucuran air mata dah. Perasaan risau dan sedih tgk keadaan dia bercampur baur. Apalah si kecilku tahu disaat itu. Hanya menangis bila lapar dan sakit bila dicucuk jarum.

Sampai di Tawakal, Naurah dimasukkan ke ICU. Selepas 1 jam baru la aku dibenarkan masuk tgk dia. Sekali lg berderai air mata aku melihat dia. Walaupun umi aku kata jgn menangis sbb takut bentan, tp aku tak berdaya nak menahan air mata ni lagi. Aku tak putus- putus berdoa agar Allah selamatkan lah anakku. Agak-agak pkul 3 pagi suami aku suruh aku balik ke rumah dan dia tggu di hosp sampai esok pagi sbb doc pun dtg esok paginya.

Esoknya doc pun dtg cek dan dia kata jgn risau sgt sbb baby nmpk aktif dan perut dia tak keras. Doc suruh tggu keputusan xray ptg krg. Jadi aku pun menunggu doc smpai ptg. Tp akhirnya doc tak dtg pun. Jd aku pun balik dan dtg lagi esoknya.

Naurah di ICU Hosp Tawakal

Doc dtg tgh hari keesokkan harinya. Walaupun tak sempat jumpa kami tapi hubby dpt call dan berckp dgn doc. Dia kate keputusan xray Naurah adalah normal dan usus dia ok. Cuma mungkin lubang dubur dia agak kecil dan kena buat prosedur sikit utk besarkan supaya dia sng nak berak. Dgr je doc ckp mcm tu, hati aku dan husband lega sgt. Bersyukur pada Tuhan sbb memakbulkan doaku dan ahli keluarga yg lain. Ptg tu jugak Naurah boleh dipindahkan ke wad kanak-kanak biasa. Kat situ Naurah dipantau susunya dan masih gunakan tiub untuk masukkan susu. Walaupun hanya aku dan suami je yg boleh masuk nurseri room tu, tp rasa rindu sgt untuk memeluk dan mencium Naurah. Kat hosp tu tak puas sbb tak bole bawak dia balik lg. Mungkin esok atau lusa baru boleh balik klu dia boleh accept 45 ml susu tanpa muntah atau masalah lain.

Hari yg seterusnya aku masih lg ke hosp untuk jumpa Naurah. Walaupun aku masih belum sihat sepenuhnya dan kene naik wheelchair, tp aku tetap semangat nak jumpa anakku. Hubby request dgn doc utk pindahkan Naurah ke HKL dan nak buat prosedur besarkan lubang dubur tu kat sana je memandangkan kosnya yg agak mahal kat Tawakal ni. Tapi end up doc kata tak payah dulu dan dia benarkan Naurah discharged ptg tu jugak sbb tgk keadaan Naurah yg tiada masalah dan nmpk sihat. Lepas ni kami just follow up je kat klinik doc tu.

Fuhhh...lepas je Naurah dpt dibawak balik baru la rasa lega yg amat sgt. Mcm bebas dari beban di bahu. Rasa happy sbb dapat bersama ngan anak balik dan jaga dia. Sakit jaundis dia pun dan ok dan setakat hari ni Naurah nampak sihat dan membesar dgn baik.

Mungkin ada hikmahnya Allah menguji kami masa tu. Baru la kami byk berdoa dan mengingatiNya. Kejadian ni membuatkan aku dan husband bertambah tabah dan sabar menghadapi cabaran dan dugaanNya. Dan sekarang aku bersyukur kerana keadaan Naurah semakin baik dan normal. Alhamdulillah.

Naurah at day-15


Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. salam nasyrah...semoga naurah sihat selalu...
    semoga ujian Allah ni memberikan kekuatan utk nasyrah sekelurga...bersangka baik dgn Allah...sesungguhnya ujian Dia tu utk uji kesabaran kita...selamat berpantang...take care...salam sayang utk naurah...comey sgt...semoga naurah menjadi anak yang solehah...tahniah ye...

    ReplyDelete
  3. As Salam nasyrah..tahniah selamat lahirkan baby girl..nama naurah tu sedap & sweet sgt..ALhamdullillah akhirnya baby naurah kembali sihat..nasyrah pon take care taw sebab maseh dalam pantang kan? doakan syaz punye turn lak dpt bb..hihi

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Chilled Oreo Cheesecake resipi - Tak perlu bakar! masuk peti sejuk je

Tersumbat telinga dan hidung lah pulak dah (sinusitis)

Alhamdulillah..Allah makbulkan jua doaku