Ku pikir kete ku sudah hilang..

10:16 PM ct nasyrah 0 Comments

Biase la every morning, before gi keje mesti pikir ape nak breakfast and kat mane parking kereta. Pagi ni mati-mati ingat parking dekat tempat yg kelmarin aku parking.

Sampai je tempat tu, tengok kiri kanan takde kete..Peh, gugur jantung aku kejap. Mane pegi kete aku nih?? Dalam kepala aku terus ingat kete aku kene curi mlm tadi. Dan serentak dengan itu la jantung pun terus berdegup kencang seolah-olah darah aku berpusu-pusu masuk ke jantung utk dipam.

Tengah-tengah aku jalan cari kereta tu terserempak dengan akak jiran umah aku. Die pun tanye cari apa? Aku pun kate la aku tgh cari kereta aku. Dia tanya lagi betul ke parking sini?

Terus ligat otak aku cuba mengingat kat mana aku letak kereta semalam. Setelah flashback 2-3 minit, baru aku ingat aku parked kat tempat lain la. Hahaha..sengal tul laaaaa..

Nota kaki: Nasib aku tak meraung nangis kat situ..kalau tak malu je

0 comments:

I Fall in love with my bestfriend

10:17 PM ct nasyrah 0 Comments

Pernah ke terpikir, kalau la kita ada bestfriend yang lain jantina? Boleh ke kita angggap dia sebagai seorang kawan tanpa ada sekelumit pun perasaan suka or lebih terus terang lagi 'cinta'?

For me, there is no such thing as that! Lelaki dan perempuan bila bertambah rapat, maka akan timbullah di hati-hati mereka suatu perasaan lain. Perasaan cinta yang selayaknya tidak sesuai untuk dirasakan kepada seorang "kawan". Tiada istilah lelaki dan perempuan as bestfriends. Walau sikit pasti ada pernah menaruh perasaan.

Mungkin ada sebab mereka akan sentiasa berkawan dan tidak boleh bersama. Mungkin si lelaki ataupun perempuan sudah pun mempunyai pasangan masing-masing. Jadi, untuk menjaga hati orang yang lain, mereka teruskan berkawan dan menganggap hubungan ini sebagai satu persahabatan sahaja.

Tetapi adakah kita pernah terfikir sekiranya kita berada di tempat pasangan bagi salah seorang "bestfriends" itu. Tentunya akan berasa cemburu dan curiga kerana sepatutnya pasangan mereka itu menjadikan diri merekalah sebagai bestfriend yang juga merupakan 'someone yang official' seperti kekasih ataupun suami/isteri, dan bukannya mempunyai bestfriend lain yang berlainan jantina itu. 

Jadi sepatutnya perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku dalam suatu perhubungan. Persahabatan antara berlainan jantina adalah tidak digalakkan sama sekali. Dan seharusnya dalam satu ikatan yang sah dan halal disisi agama iaitu perkahwinan, mestilah kita menjaga hati pasangan kita. (kalau tak sah, pun perlu juga menjaga hati agar jodoh berkekalan ke jinjang pelamin). Putuskan persahabatan juga bukanlah penyelesaian yang terbaik kerana ia mungkin tidak adil. Tetapi cara yang lebih betul adalah dengan berterus-terang dengan pasangan kita dan berlaku jujur. Dan jangan la sekali-kali melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan rasa curiga bagi pasangan kita kerana pelbagai andaian yang tidak baik boleh berlaku dan memusnahkan suatu perhubungan itu.  

nota kaki: kebahagian adalah hak milik setiap insan..jadi sentiasa lah berdoa untuk kebahagian sepanjang hidup kita.

ini adalah gambar hiasan, tiada kena mengena dgn diri aku pun

0 comments:

Gori gori..

11:35 AM ct nasyrah 0 Comments

Amende gori? Haha. Teringat plak pasal 'gori' ni bila terdengar lagu ni kat youtube. Nampak sgt layan lagu hindustan time keje.

Alkisahnye mcm ni. Dulu time blaja kat um sana, aku ni duduk kolej kediaman. 3 tahun lamanya aku menjadi penhuni tegar kolej 7th tu.Dan di situ wujud la seorang akak senior ni. Budak-budak kolej ni panggil die ngan gelaran 'gori'. Nape? Mungkin sebab akak tu memang badan die besar, tinggi dan tegap mcm gorila kot. So, nak bagi cover skit, budak2 ni panggil die 'gori' je. Tapi, depan-depan die semasing tak berani sebut 'gori', belakang die je la. Contoh nye mcm ni, "Eh, mane akak kau? Gori?" ataupun "Tadi gori buat meeting..". Mcm tu la.

First time aku dgr dorg ni panggil akak tu 'gori' memang aku tergelak besar. Sampai hati dorg kan. Tapi die tu orang kuat kolej tau. Haaa jgn memain. Die tu sgt bagus dalam sukan. Atlet kolej tuuuu. And die tu jugak la kira mcm AJK sukan kat kolej aku ni. Tanpa die, takde la kolej aku berjaya dalam beberapa pertandingan sukan bola baling peringkat universiti nih.

Sehinggalah pada suatu hari, aku tanye member aku nih. "Weh, semalam gori panggil ko nape?". "Ko ni, gori, gori..ko tau tak makne gori tu ape??" Kate member aku yang tak pun menjawab soalan aku. "Ntah, korg yg panggil die gori..".Kate aku. "Gori tu maknenye dalam bahasa hindustan pompuan yang berkulit cerah, cantik tau!".Kate member aku tuh. "Hahaha..ye ke??". Kteorang pun tergelak besar kat situ.

Dalam hati aku kate..."Korang ni nak perli die ke hape?? Pompuan cantik kunun...ceh"


p/s: Layan la lagu ni..sedap jugak

0 comments: