Gori gori..

11:35 AM ct nasyrah 0 Comments

Amende gori? Haha. Teringat plak pasal 'gori' ni bila terdengar lagu ni kat youtube. Nampak sgt layan lagu hindustan time keje.

Alkisahnye mcm ni. Dulu time blaja kat um sana, aku ni duduk kolej kediaman. 3 tahun lamanya aku menjadi penhuni tegar kolej 7th tu.Dan di situ wujud la seorang akak senior ni. Budak-budak kolej ni panggil die ngan gelaran 'gori'. Nape? Mungkin sebab akak tu memang badan die besar, tinggi dan tegap mcm gorila kot. So, nak bagi cover skit, budak2 ni panggil die 'gori' je. Tapi, depan-depan die semasing tak berani sebut 'gori', belakang die je la. Contoh nye mcm ni, "Eh, mane akak kau? Gori?" ataupun "Tadi gori buat meeting..". Mcm tu la.

First time aku dgr dorg ni panggil akak tu 'gori' memang aku tergelak besar. Sampai hati dorg kan. Tapi die tu orang kuat kolej tau. Haaa jgn memain. Die tu sgt bagus dalam sukan. Atlet kolej tuuuu. And die tu jugak la kira mcm AJK sukan kat kolej aku ni. Tanpa die, takde la kolej aku berjaya dalam beberapa pertandingan sukan bola baling peringkat universiti nih.

Sehinggalah pada suatu hari, aku tanye member aku nih. "Weh, semalam gori panggil ko nape?". "Ko ni, gori, gori..ko tau tak makne gori tu ape??" Kate member aku yang tak pun menjawab soalan aku. "Ntah, korg yg panggil die gori..".Kate aku. "Gori tu maknenye dalam bahasa hindustan pompuan yang berkulit cerah, cantik tau!".Kate member aku tuh. "Hahaha..ye ke??". Kteorang pun tergelak besar kat situ.

Dalam hati aku kate..."Korang ni nak perli die ke hape?? Pompuan cantik kunun...ceh"


p/s: Layan la lagu ni..sedap jugak

0 comments: