Posts

Showing posts from 2017

Novel melayu

Aku bukan peminat tegar novel melayu.
Especially yang tajuk macam ni.. "Aku dan dia", "Dia milikku', Suamiku en perfect" dan lain-lain yang berkaitan.
Di umur 'sizen' ni aku agak skeptikal dalam pemilihan buku-buku yang nak dibaca.
Paling penting, buku yang dibaca mesti memberi input positif pada aku.
Hiburan menjadi aspek kedua.

Nama Ramlee Awang Murshid sebelum ni tak pernah aku minat.
Ada nampak novel dia kat kedai buku.
Well, sapa yang kenal aku akan tau aku punya perangai macam mana.
Aku ni 1st impression tentang sesuatu tu mesti cantik lawa.
Aku sejenis yang tertarik dengan benda-benda yang ada packaging cantik.
Luaran yang cantik.
Baru nak cuba. Macam tu.
Haha.
Jangan kecam sis.

So, novel beliau selama ni kalau tengok tajuk pun tak menarik.
Cover pun biasa-biasa je.
Tak pernah pun aku jumpa orang review pasal beliau.
Walhal dia memang top novelist kot.

Filem tombiruo yang baru ni dah ditayangkan berjaya menarik perhatian aku.
Aku start dengan bel…

Perihal nasi lebihan

Someone i know, suka sangat masak nasi lelebih.
Dan end up tak abis makan.
Ko tau ape jadi lepas tu?
Dia nak buang.

Yup.
Nak buang nasi yang masih elok lagi.
Bukan sikit ok.
Selalunya banyaaaaaaak.
Perhatikan hurup 'a' yang aku taip tu.
Memang banyak le tu.

Banyak tu cukup la untuk 2-3 orang makan lagi.
Kalau kadang-kadang terlebih, aku ok je la nak buang.
Masalahnya hampir setiap hari.
Dan aku terpaksa menyaksikan nasi lebihan ni dibuang tiap hari.
Ko cer bayangkan.

Tiap hari jugaklah aku merasakan kesedihan itu.
Sedih sebab kenapa nasik ni kena buang?
Bila dah kerja sendiri, carik duit sendiri susah payah siang malam dan menyaksikan pembaziran berlaku atas hasil usaha itu, memang akan hadir perasaan kesal.

Mengikut pemahaman dia, nasik atau makanan yang masih elok ni tak leh dibuang.
Tapi kita kena tunggu sampai dia dah basi atau tak elok, baru buang dalam tong sampah.
Jadi?
Adakah dengan membiarkan nasik tersebut membasi dalam bekas adalah perkara yang sepatutnya dilakukan?

Otak blank

Lama tak menulis dalam blog ni.
Ntah.
Bila bukak je page 'create post' ni, terus blur ape nak tulis.
Walhal bila tengah buat benda lain, melambak idea muncul nak tulis.
Ape masalah ntah.
Dia macam rasa takut-takut nak cerita kat orang.
Tentang diri aku.
Kehidupan sekarang.
Pasal kerja.
Pasal anak-anak yang semakin membesar. 
Rasa cam tak perlu la bgtau orang.
Nanti orang tu baca.
Orang ni baca.
Nanti dia orang tau.
Ape plak dorang kata.

Erm..
Masalah otak blank ni.
Ataupun aku sedang menuju maturity process?
Adoi.
Dia macam, takde kepentingan untuk orang luar tau ape yg aku tengah rasa sekarang.
Dia macam, better keep it to myself.

Adoi.
Banyak cakap lak.
Baik ko tutup je blog!
Tapi kan masih rasa nak tulis!
Haha.
Dah sekian.
Blank dah aku.





Coretan di kala malam hari

Huuuu... lamanya dah tak menulis kat sini. 
Many months have passed. 
During this past, so many things had happened. 
Tak tau nak start dari mana dah ni nak cerita...

Well its 2017 now. 
This year im no longer twenties.
Welcome to 3 series. 
Macam berat je mulut ni nak sebut. 30.
Pegi interview, nak kena cakap "Im 30 years old"..
Cittt..segan ah. 

Tapi masa tetap berlalu.
Tak tunggu pun.
So hadap je la kan dengan hati yang tabahhh..
Tabah la sgt. 
Dalam pada umur yang 3 series ni.
Aku dapat rasakan perubahan.
Perubahan macam mana?
Aku rasa dari segi kematangan fikiran kot.
Sekarang ni dah lebih rasional skit berbanding 2 series dulu.
Kiranya nak cakap, nak bagi pendapat tu atau nak marah ke, otak ni proses dulu kebaikan dan keburukannya.
Jadinya, kesabaran tu otomatik makin bertambah.
Sebab, bila dipikirkan kesannya selepas ledakan kemarahan, jadi ok tak perlu marah. 
Better bincang. Berunding elok-elok.
Positif.
Bersangka baik.
Macam tu la lebih kurang.

Lepas tu, aku rasa malas memikirkan benda reme…