Tak semestinya apa yang kita betul-betul nak itulah yang terbaik!

6:36 PM ct nasyrah 0 Comments

Mac lepas, sorang lagi staff opis aku berenti keje.
Ramai dah angkat kaki dari sini.
Mostly yang dah lama keje.
Dorang nak carik angin baru la.
Lagipun masih muda lagi.
Still banyak peluang.
So biar je lah.

After dah nak dekat sebulan adik ni keje sana, satu hari, dia kembali ke opis kteorang.
Dia kata dia MC hari tu.
So bosan kat rumah, dia datang jumpa kteorang tanya khabar.
Dia dtg tempat aku.
Nak borak.
Aku pun layan le.

"So, hows your new place? Ok ha??" Aku tanya.
"Ermmmm...." dia geleng.
"More bad then here! " dia sambung.

Pulak dah.
Hari tu sonok sangat dapat keje baru.
Aku pun tumpang sonok skali ngn dia sbb tgk dia excited.
Laa ni, lain plak jadi.

"I cannot brain to work there. My supervisor not nice. Always paksa me to do job design a lot. Pernah dia suruh i siapkan design sampai pkul 11 malam. Im not yet dinner. She never bother also. Colleague semua suka cakap buruk among them. I tak pernah makan with they all because they always go lunch late...bla bla blaa" and the negative story goes on.

Aku macam suprise gak dengar cerita dia ni.
Sebab dulu masa nak berenti happy sangat.
Terus terkenang kes dia ni sebijik mcm apa yang aku lalui dulu.

Pasal tempat kerja la jugak.
Masa tu aku dah 3 tahun kat opis lama *****mac.
Kena buh star, karang orang google jumpa plak blog aku krg. hehehe
Keje situ ok je.
Cuma atas dasar kos perbelanjaan yang makin meningkat, aku rasa nak cari keje lain yang lebih baik.
So, aku pun apply keje lain, dan dalam masa 2 minggu, aku terus dapat.
Tempat yang aku dapat offer tu pun adalah salah satu company yang aku memang nak sangat masuk keje situ.
Tak sangka impian aku nak keje kt situ tercapai, dgn gaji yang aku nak pun dapat.
Jadi, aku tanpa berfikir panjang, terus je accept offer keje situ.
Lepas 2 bulan notis, aku pun start la keje sana.

Tapi bila dah masuk, baru la tau jauhnya la opis baru.
Dengan jem teruk bila nak balik.
Minggu pertama, tiap malam aku balik dah letih.
Sebab rempuh jem.
Tido awal, tak dapat layan anak sgt pun.
Aku gagahkan jugak sebulan pertama kt sana.
Sampai la bulan yang kedua, bos pindahkan aku keje dekat sikit dgn rumah.
Jadi tak la jem teruk lagi.
Tapi opis baru tu environmentnya teruk sangat.
Tempat makan tak best.
Nak solat susah.
Opis sepah, huru hara.
Aku rasa semak kepala aku masuk sana.
Aku ingat ni proses biasa 'transition' keadaan kita nak adapt dgn tempat baru.
So, aku masih bertabah.
Sampai la part aku dah kena marah ngan bos sebab lambat la.
Bos tak puas hati sampai dia penah paksa aku keje smpai tgh malam.
Aku jadi stress.
Aku jadi benci keje kat situ.
Rasa tak dihargai.
Cukup 3 bulan, aku resign.
Walaupun masa tu risiko tak dpt keje lain memang tinggi sebab kebetulan aku mengandung masa tu.
Tapi aku memang dah tak boleh keje situ.
Muktamad.

Dan akhirnya, segala keseronokkan yang aku bayangkan dulu tu rupanya tak penah wujud.
Semuanya jadi memori terburuk dalam kehidupan aku.
Tak seindah yang aku impikan.
Even kalau aku teringat macam mana aku masa tu pun, aku jadi benci sangat.
Tak sangka jadi macam tu kan.

Jadi kesimpulannya, tak semestinya apa yang kita impikan atau betul-betul nak tu, adalah yang terbaik untuk kita.
Mungkin tu semuanya, Allah jadikan ujian untuk uji tahap kesabaran dan nak beri pengajaran biar kita jgn melebih-lebih dalam semua hal.
Sekarang aku memang jadi serik dan agak selektif dalam memilih tempat kerja.
Sebab tak nak pisang berbuah 2 kali.
Hehhe.
Ok. Tu je. Sekadar perkongsian dari pengalaman...


0 comments:

Kisah nak beli MALM 3 drawer chest dari IKEA

4:31 PM ct nasyrah 2 Comments

Tersebut lah kisah dimana 1 hari aku telah terjebak dengan grup Kelab Dekorasi Ikea Malaysia dekat facebook.

Bermula di saat itu, aku punya naluri interior designer tu membuak-buak semangat nya.
Wahh Hahaha.

Grup tu memang aktif ok.
Ade je orang post pasal deco rumah dorang.
Sampai aku pun terjebak sekali sebab, dorang pandai deco rumah hanya dengan barang-barang ikea yang murah-murah.

Bukan sebarang murah ye, walaupun murah tapi dengan kreativiti, boleh dapat hasil yang nampak wowww eksklusif gitu.
Kita pun ingat dia beli mahal gile benda-benda tu.
Tengok-tengok mampu milik hokey!

Jadi, dari grup tu lah aku tau yang ikea ada buat harga promosi untuk member card dia.
Jadi member free je pun.
So, bulan  lepas offer yg tu nampak tak MALM chest of 3 drawer tu la yang aku dah beli..







Alkisahnya, nak cerita pasal macam mana aku pegi beli drawer HOTS meletop nih. 
2 kali ok! 2 kali pegi ikea tak dapat beli.
Sakit hati mak nak.. huhu
Tapi rezeki masih berpihak pada aku.
Dapat jugak aku memilikinyaaa... haha
Macam mana tu??
Haaa baca lagii..

1st time pegi, hari tu hari Sabtu.
Gi sekali ngan En. Dd and the kids.
Masa sampai tu dah tgh hari dalam pukul 12 lebih.
Sampai je kat rak tu, konfiden je amik kotak.
Bila aku perati lama-lama, rupanya yang aku amik tu bukan chest of 3 drawer, rupanya chest of 4 drawer.
Yang 3 drawer offer tu dah abis stok untuk hari tu.
Untuk pengetahuan chuoolss, staf ikea ada limit letak barang satu hari.
So, bila kat depan dah abis, so kena la dtg hari lain klu nak beli.

Aku pun plan, untuk next time dtg, mesti dtg pepagi time ikea baru bukak.
Tapi duk pikir, camne la aku nak gerak awal gi ikea.
Nak ajak En Dd..hmphhh susah nak rancang-rancang ikut time dia.
Tetiba aku terpikir adik aku yang tgh cuti sementara nak masuk opis baru.
Dia bukannya ada kerja apa pun kat rumah.
Terus contact dia cakap dia free tak esok pagi, suh dia gi ikea damansara pkul 930 pg pegi amik drawer tu dulu buh dalam troli sementara aku dtg dari rumah kt tgh2 KL.

Adik aku pun ok dia setuju nak tolong.
So, esokknya aku pun gerak la awal sikit dari rumah, terus ke IKEA.
Nasib jalan tak jem.
Ngam-ngam sampai pukul 930 am.
Tgk2 aku yang sampai dulu dari adik aku yang rumah lebih dekat ngan IKEA Damansara.
Sabo je lah mak.

Aku terus pegi ke rak bawah.
Laju aku jalan sambil jantung berdegup laju.
Degup laju tu sebab aku excited, campur takut kalau stok abis.
Sampai je, tgk2 dah takde stok.
Habis licin licau.
Arghhh kuciwaaaaa... dah 2 kali dtg dah weh.
Pagi-pagi lagi takde jugak.

Aku cepat2 cek stok online kat web IKEA malaysia.
Tgk2 masih ada stok kat IKEA Cheras.
Aku ckap kat adik, camne aku nak pg.
Aku kena pegi keje dah ni.
Adik aku kata takpa, dia boleh pegi belikan.

Wahhh...mekar balik bunga layu di hati aku.
1 jam penuh pengharapan aku tggu update dr dia.
Around pukul 11 pg, dia whatsapp kata dah dapat.
2 set!
Alhamdulillah....lega.
Dia kata ini la 2 set last stok untuk hari ni.
Dah abis dah orang lain dtg beli.

Ko bayangkan la.
Pkul 11pg dah abis!
1 hari maybe ada la 20-30 set kot dorang pamer kat depan.
Berebut agaknya dorang tggu IKEA bukak pastu serbu kat dalam cepat-cepat beli.
Masa adik aku tgh amik nak masuk troli pun ada brader lain beberapa minit je kat blakang dia pun nak beli drawer tu jugak.
Tapi tak kesampaian.

Beberapa hari lepas drawer ni sampai kat rumah, aku pun bertukang la pasang sendiri.
Senang je nak pasang.
Suri rumah pun boleh buat.
Ikut manual je.
1 time buat memang slow dan letih gila la.
2nd time ok dah laju.
Sejam je dah siap pasang.
Buat plak tgh2 malam time si kecik dah tido.
Kalau dia masih jaga alamat tak menjadi la drawer aku tu.
Tapi, dengan adanya 'asistant kecik' yang belum tido tu, aku pasang drawer tu dgn emosi kemarahan dan kesabaran yang tinggi.
Dia tu sibuk nak menolong.
Tgh-tgh pasang, dia masuk duduk dalam drawer tu la.
Konon mcm rumah.
Adoiyai.
Aku ni nak mengetuk, pasang sana sini, dia buat main skru la, amik-amik kayu laaa.
Mana la aku tak geram.
Nak ngamuk pun budak kecik lagi.
Hahah. Saba je la banyak2.

 

Si 'assistant kecik'...



Akhirnya 2 malam berturut aku pasang, siap jugak 2 set MALM 3 drawer chest ni.
Dapat la aku isi macam-macam khazanah alam dalam ni nanti.
Lepas tu baru pikir apa nak hias kt atas tu plak.
Heheheeee... Nantikan post seterusnyaaaa ye..





2 comments: