Tak semestinya apa yang kita betul-betul nak itulah yang terbaik!

Mac lepas, sorang lagi staff opis aku berenti keje.
Ramai dah angkat kaki dari sini.
Mostly yang dah lama keje.
Dorang nak carik angin baru la.
Lagipun masih muda lagi.
Still banyak peluang.
So biar je lah.

After dah nak dekat sebulan adik ni keje sana, satu hari, dia kembali ke opis kteorang.
Dia kata dia MC hari tu.
So bosan kat rumah, dia datang jumpa kteorang tanya khabar.
Dia dtg tempat aku.
Nak borak.
Aku pun layan le.

"So, hows your new place? Ok ha??" Aku tanya.
"Ermmmm...." dia geleng.
"More bad then here! " dia sambung.

Pulak dah.
Hari tu sonok sangat dapat keje baru.
Aku pun tumpang sonok skali ngn dia sbb tgk dia excited.
Laa ni, lain plak jadi.

"I cannot brain to work there. My supervisor not nice. Always paksa me to do job design a lot. Pernah dia suruh i siapkan design sampai pkul 11 malam. Im not yet dinner. She never bother also. Colleague semua suka cakap buruk among them. I tak pernah makan with they all because they always go lunch late...bla bla blaa" and the negative story goes on.

Aku macam suprise gak dengar cerita dia ni.
Sebab dulu masa nak berenti happy sangat.
Terus terkenang kes dia ni sebijik mcm apa yang aku lalui dulu.

Pasal tempat kerja la jugak.
Masa tu aku dah 3 tahun kat opis lama *****mac.
Kena buh star, karang orang google jumpa plak blog aku krg. hehehe
Keje situ ok je.
Cuma atas dasar kos perbelanjaan yang makin meningkat, aku rasa nak cari keje lain yang lebih baik.
So, aku pun apply keje lain, dan dalam masa 2 minggu, aku terus dapat.
Tempat yang aku dapat offer tu pun adalah salah satu company yang aku memang nak sangat masuk keje situ.
Tak sangka impian aku nak keje kt situ tercapai, dgn gaji yang aku nak pun dapat.
Jadi, aku tanpa berfikir panjang, terus je accept offer keje situ.
Lepas 2 bulan notis, aku pun start la keje sana.

Tapi bila dah masuk, baru la tau jauhnya la opis baru.
Dengan jem teruk bila nak balik.
Minggu pertama, tiap malam aku balik dah letih.
Sebab rempuh jem.
Tido awal, tak dapat layan anak sgt pun.
Aku gagahkan jugak sebulan pertama kt sana.
Sampai la bulan yang kedua, bos pindahkan aku keje dekat sikit dgn rumah.
Jadi tak la jem teruk lagi.
Tapi opis baru tu environmentnya teruk sangat.
Tempat makan tak best.
Nak solat susah.
Opis sepah, huru hara.
Aku rasa semak kepala aku masuk sana.
Aku ingat ni proses biasa 'transition' keadaan kita nak adapt dgn tempat baru.
So, aku masih bertabah.
Sampai la part aku dah kena marah ngan bos sebab lambat la.
Bos tak puas hati sampai dia penah paksa aku keje smpai tgh malam.
Aku jadi stress.
Aku jadi benci keje kat situ.
Rasa tak dihargai.
Cukup 3 bulan, aku resign.
Walaupun masa tu risiko tak dpt keje lain memang tinggi sebab kebetulan aku mengandung masa tu.
Tapi aku memang dah tak boleh keje situ.
Muktamad.

Dan akhirnya, segala keseronokkan yang aku bayangkan dulu tu rupanya tak penah wujud.
Semuanya jadi memori terburuk dalam kehidupan aku.
Tak seindah yang aku impikan.
Even kalau aku teringat macam mana aku masa tu pun, aku jadi benci sangat.
Tak sangka jadi macam tu kan.

Jadi kesimpulannya, tak semestinya apa yang kita impikan atau betul-betul nak tu, adalah yang terbaik untuk kita.
Mungkin tu semuanya, Allah jadikan ujian untuk uji tahap kesabaran dan nak beri pengajaran biar kita jgn melebih-lebih dalam semua hal.
Sekarang aku memang jadi serik dan agak selektif dalam memilih tempat kerja.
Sebab tak nak pisang berbuah 2 kali.
Hehhe.
Ok. Tu je. Sekadar perkongsian dari pengalaman...


Comments

Popular posts from this blog

Chilled Oreo Cheesecake resipi - Tak perlu bakar! masuk peti sejuk je

Tersumbat telinga dan hidung lah pulak dah (sinusitis)

Alhamdulillah..Allah makbulkan jua doaku