Posts

Showing posts from May, 2015

Akhirnya Abah kembali kepada Penciptanya

#Entri ni dah draft lama dah. Ni sekarang baru dapat publish.. huh. bizi benor makcik. Hew hew#

Hari ni dah hampir sebulan abah pergi.
Dah tiap-tiap weekend kteorang balik umah mak teman kan dia kat rumah. Maklum la kejadian masih baru lagi. Mak perlukan anak-anak untuk jadi peneman di kala hati masih perit sedih kehilangan suami tercinta. Setakat ni nampak mak macam steady je.  Depan kteorg la. Tak tau la dalam hati dia macam mana kan. Tapi sekarang pun nampak mak banyak berkurung dalam bilik. Banyak rehat tido dan letih badan after dah sebulan lebih duduk hospital dulu jaga arwah abah dulu.
Tengah malam 12 April, mak update kat group whatsapp family..
"Degup jantung abah sangat kencang sekarang, 185 sedangkan bpnya border 89/54. Bila penat, degup kencang degup mungkin jatuh mendadak. Nurse suruh mak ngan kak endang terus baca yassin. Mesin oksigen dah bg penuh 100% sekarang," - mak
Masa ni aku masih bangun lagi, tapi dah mengantuk nak tido dah. Dalam hati debar-debar jugak…