Full width home advertisement

Post Page Advertisement [Top]

Sekarang ni dah cukup seminggu kerja kat sini.
Baru lah dapat nak hapdet blog.
Super the buzy bee ok sepanjang seminggu kat sini. 
Ape menda yang bizi benor tu?? 
Hehe..ok. I kasi cerita.

Solaris Dutamas. Se 'kelas' namanya.
Macam best je kan bunyi tempat dia.
Mesti cantik. Mesti selesa. Mesti best.

Haah. Betul.
Tempat dia cantik. Selesa. Bersih.
Tapi..
Ade tapinya.
Mahal. Banyak foreigner. Makanan tak banyak pilihan.
Parking mahal dan takde parking kosong kalau yang free.

Kos sara hidup kat sini sangat la mahal ok.
Sesuai la dengan environmentnya.
Restoran pun kebanyakkannya kat sini ada mamak, restoran korea, arab, mat saleh style yg ade jual beer tu.
Maklum je lah malam kat sini akan bertukar jadi pub dan bar.
Siang pub bar sume tutup dan hanya ofis dan kedai-kedai biasa yang beroperasi.
And plus supermarket pun cold storage. 

So, boleh paham la orang kaya, orang berada dan banyak duit macam mat saleh and arabians la yang majoriti kat sini.
Maklum je lah shopping mall publika pun tak jauh gak dari sini.

On the 1st day, seperti biasalah aku mesti akan sesat. 
Haha. Normal.
Main hentam je jalan kan. 
Lepas dah rasa cam lain macam je jalan tu, baru terhegeh-hegeh bukak google maps.

Lepas follow google map segala, dalam 15 minit jugak la sampai jua ke destinasi.
So lewat dalam 5 minit la aku sampai opis.
Rilek je. 
Maklum je la time keje sini flexible.
Takde punch card macam dedulu.
Bos pun lum sampai.
Cuma ade la beberapa staf yang dah sampai.

Rupanya ade lagi 2 orang budak baru jugak sama 1st day macam aku. 
Sorang gadis melayu. Fresh grad lagi.
Sorang lagi chinese guy. 1 year dah keje. 

So, on the 1st day, dorang suh godak-godak sistem dorang yang dah sedia ada.
Dorang kenalkan, bagi manual suruh kteorang hadamkan before develop dan sentuh bab coding.
Selasa tu pun sama. Intro on their shopping cart sistem pulak.
Hari Rabu dorang dah suruh buat basic html dan css untuk 1 projek baru ni.
Design pun dah siap slicing dari designer.

Buat html + css sampai khamis.
Dan jumaat baru dorang suruh integrate into their cms/content sistem.
Hehe. If orang bukan in IT field maybe tak brape paham sangat kot ape yang aku membebelskan ni.
Buat-buat paham je la ye.
hak hak..

Staf lain yang dah lama keje sini ok. 
Sume baik-baik. 
Friendly and helpful. 
And speaking english.
Haha. Majoriti chinese.
Ade gak la sorang melayu.
And plus sume muda belia belaka.
Jadi takde masalah dari segi sosial la kat sini.

Lain-lain yang tak best ialah jalan jem setiap hari masa balik. 
Lalu jalan duta-mahameru-bangsar-npe.
Of coz la jem to da max.
Setiap hari aku balik memang lunyai la.
Tak biasa kan jem-jem ni.
Tak kisah la ikut jalan ade tol pun macam nak lalu kerinchi link tu pun boleh. 
Tapi sama je.
Jem jugak.
So aku ikut jalan takde tol.
Jimat sikit.

The good news is aku akan ditransfer ke opis lain nanti.
Kat Brickfields.
After training dengan staf lama kat sini abis nnti gi sana.
Dekat sikit dengan umah.
Even jem, tapi dekat tu ok la.
Syukur.. 

Ok la. Layan je la beberapa gambar di dalam opis dari tempat duduk i..










3 comments:

  1. salam, sy akan berpindah kerja ke solaris ni, boleh saya tahu berapa kos parking sehari disini? saya nak buat bajet

    ReplyDelete
  2. salam mr. K,
    ada parking basement under The Soho KL. sy kerja area sana. 3 jam pertama rm1. subsequent hours rm2. jadi biasanya if parking basement tu sy akan keluar setiap 3 jam ambil tiket baru. jadi kalau keje dr 9pg-6ptg ada la dlm rm4 sehari. if trus parking dr 9-6 around rm15 la. agak mahal disitu. parking free ada dekat kawasan shop lot. tapi limited. if dtg lepas pukul 9pg, mmg takde parking kosong. if nak parking tepi jalan boleh, tp tak digalakkan sebab dbkl selalu dtg saman kereta..

    ReplyDelete
  3. tq for information ye.. soho tu jauh ke?

    ReplyDelete

Bottom Ad [Post Page]