Selamat tinggal opis lama..

3 October genap la 3 tahun aku keje kat Mac***** (apsal aku buat gini?? sebab tak nak seo google search dapat cari post aku ni if orang search)  ni.
Dan 31 October tamat la 3 tahun di sini.
Dalam masa 3 tahun, macam-macam jugak la terjadi.
I highlight kejadian besar je la eh.

Dalam masa 3 tahun kat sini, aku dapat tengok company ni dari 3 tingkat 1 lot bangunan dah jadi 2 lot.
Masa renovate tu merasa la bunyi bising gerudi tu.
Sangat bising hoke. Mengganggu jiwa je rasa.
Lepas tu, merasa perubahan management.
Tukar head of department.
Dari yang ok ke yang agak serius dan terlalu berwibawa. Haha.
Bila dah terlalu berwibawa tu paham-paham je la perangainya.
Tapi lama-lama hadap dan boleh hadam sikit-sikit la perangainya.

Lepas tu i mengandung dan beranak masa keje sini.
Merasa la naik tangga hari-hari sampai tingkat 3 tu masa mengandung.
Lepas tu cuti bersalin 2 bulan.
Dan balik je dari cuti bersalin tengok-tengok dah banyak muka-muka baru.

Beberapa bulan lepas balik cuti bersalin, kena hantar training buat iphone apps, object oriented programming dan google analytics traning.
Jadi aku berpeluang la guna Macbook for the first time.

Lepas tu merasa pegi 2 kali annual dinner opis dan tahun lepas adalah yang paling besar dan best.
Masa tu kteorang 1 department kena perform satu persembahan.
Seronok sangat masa berlatih dan malu gila masa real persembahan.

Dapat jugak merasa bonus 2 kali kat sini.
Lain-lain macam sempat la merasa tetiba kena pindah opis ke Puchong sekejap.
Dan berbagai-bagai jenis jamuan lagi lah yang best macam jamuan raya, jamuan birthday dan sebagainya.

On the last day, i is memang rasa sebak ok.
Rasa cam tak sangka akhirnya aku pergi jugak tinggalkan tempat ni.
Ingat forever dah duk sini sebab rasa selesa sangat dah.
Tapi, tapi..disebabkan oleh sebab tertentu aku terpaksa gak pergi.

Around pukul 11.30 pagi camtu akak HR dah panggil untuk isi form berenti keje dan pemulangan kad access.
Kena gak isi borang evaluation.
Lepas tu mula la sesi ucapan terakhir dari akak HR aku.
Begitu sebak rasanya saat-saat aku bersalaman dengan yang lain.
Dapat jugak la beberapa gift yang diberi oleh kawan-kawan opis.

Dan akhirnya pada pukul 6.30 petang, selesai solat asar di surau opis buat kali terakhirnya, aku pun meninggalkan perkarangan opis.
Dalam hati aku pikir tak tau la bila aku akan lalu kat sini lagi. Huhu..
Rasa cam kehilangan.
Kehilangan  orang-orang yang rapat yang dah macam family dah.
Tapi aku tetap kuatkan semangat dan positif.
At least, my real family masih bersama aku. Hehehe.
Dan aku berkorban ni untuk mereka jugak.

Ok. Enuff said. Goodbye opis lama and welcome opis baru!




Comments

Popular posts from this blog

Chilled Oreo Cheesecake resipi - Tak perlu bakar! masuk peti sejuk je

Tersumbat telinga dan hidung lah pulak dah (sinusitis)

Alhamdulillah..Allah makbulkan jua doaku