Review: Sushi Zanmai

4:05 PM ct nasyrah 0 Comments

Saye adalah pencinta sushi. Begitu juga En.Dd.
Tiap-tiap bulan nak makan sushi.
Dulu time mengandung pun suka sushi jugak.
Tapi i makan la yang tak raw le.
Bahaya kan preggy mom makan sushi raw macam sashimi tu.
Jadi terhasilah baby putih gebu itew..hew hew hew..

Ini 2nd time merasa makan sushi kat sini.
First time kat Sushi Zanmai One Utama.
Yang ni kat area Mont Kiara.
Masa kiteorang makan ni, cuti Deepavali hari tu.
So, shopping mall fames macam One Utama mesti la full house.
Sebab tu la pegi shopping mall kecik kat Mont Kiara ni.

Sampai sana tengok orang ok la. Masih ade seat.
Nasib dapat dekat dengan rel yang bergerak tu.
Sebab i is suka makan sushi yang kat situ.
Tapi gatai jugak nak order mi ramen.
Haha. Pastu tak abis. Sebab kenyang sangat makan yang atas rel.
Pffffhhtt...membazir aku nih. 

Ini budak kecik pun dah layan jugak sushi macam mak ayah dia. 
Yes. Bagus. Mewarisi faveret kiteorang berdua.

Dari segi rasa, memang sedap. 
Ape yang membezakan sushi zanmai dengan yang lain ialah sos cheese + mayonis di atas setiap sushi dia.
Majoriti sushi dia akan ade sos ni.
Rasa dia mcm lemak-lemak masin gitu.
Makanan mentah dia pun fresh. 

Tapi mi ramen tu tak berapa sedap la.
Rupa pun tak berapa cantik dengan kuah merah tu.
Kurang masin sikit kot.
Sedap lagi mi ramen kt sushi king. 

Presentation is ok. Not bad la. 
Tapi tak secantik presentation kat sakae sushi.


nampak tak sos oren atas tu..itu la punca kesedapannya..

mi ramen 

Suasana dalam restoren tu pulak best dan selesa. Cozy. 
Rasa macam restoren mahal. 
Lampu dim lights macam tu.
Ada jugak kerusi meja yang ada partition buluh macam tu untuk suasana yang lebih privacy.
Tengah restoran adalah dapur tempat chef dorang masak dan buat sushi. 
Ada cermin yang pelanggan boleh nampak chef tu tengah masak apa. 
Jadi dapur dorang memang kena bersih lah kan.
So pelanggan pun boleh nampak cara kerja dorang.

dapur masak dan buat sushi

Harga makanan kat sini ok. 
Affordable. 
Aku ingat mahal sangat. Tapi ok la. 
Harga dia standard lebih kurang macam sakae sushi je.
Ade plate yang berwarna ikut harga tu range dalam 2-7 ringgit macam tu lah 1 plate.
Tapi kalau yang jenis order-order tu mahal sikit lah. Sebab dalam kuantiti yang banyak kan.
Tapi masih affordable.

harga ikut plate

Jadi, itu lah sedikit sebanyak review tentang restoren ni. Saye bagi 4 bintang dari 5 untuk sushi zanmai!

Lain-lain layan je la muka-muka excited we olls kat sini... hehehe.




dak kecik ni tgh layan upin ipin. tu tgh ikut gaya comey mei mei. hahaha

0 comments: