Kedai aksesori handphone murah

Ni kelmarin punya cerita. Lepas Asar, kteorang gi umah kaklong kat Shah Alam. Kaklong ni kakak kepada En.Dd, kak ipar aku le. Lepas dinner kat umah dia, En. Dd ajak la gi Kota Damansara nak singgah 1 kedai jual aksesori telefon.

Dia cadang nak usha-usha casing handphone baru since casing handphone dia sekarang dah pecah-pecah bucunya. Sebab dia kerap masuk keluarkan handphone dari poket seluar. Bucu tu selalu sangkut kat kain dalam poket tu pastu dia force je kluarkan. Seluar tak koyak, tapi bucu plastik casing tu la pecah-pecah sudah.

Kedai ni memang hot ok kepada pecinta aksesori handphone. And yang paling best, harga dia memang 'ridiculously' murah. If kat lowyat jual rm40, kat sini boleh dapat dalam rm20 benda yang sama. Haha. Nampak sangat untung besar weh peniaga kat lowyat nun.

Sebenarnya dah lama teringin nak pasang tempered glass kat handphone. Tapi selalu tak dan nak pegi buat. So, kali ni datang, aku pun usha sekali la tempered glass kat sini bape hinggit. Kedai ni if nak pasang glass cover depan n belakang rm30. Yang ni siap ade kaler-kaler. Yang aku tau glass kaler clear je la kan. Ni tak. Dia jual yang ade macam-macam kaler. And kebetulan yang ade masa tu cuma kaler gold je.

Ok la not bad kaler gold. So, aku pun setuju nak pasang. Haha. Ni la hasilnya setelah dipakaikan glass.



Cover depan belakang. Berat sikit la jadinya iphone ku. Takpe la. Nanti dah boring tanggal la. Haha..

Haa.. nama pun glass/kaca kan, of coz if jatuh akan pecah. Tu la yang risau tu. Sebab aku dah tengok sendiri cover glass ni pecah masa ade sorang akak ni dia bantai gi gatai tangan sangat pegang cover glass tu before orang kedai tu lekatkan kat iphone dia. By the time glass tu dia pegang, tetiba terslip dari tangan dia dan jatuh ke lantai. Memang terus pecahla bucu dia. Nasib orang kedai tu kata tak ape. Ganti je ngan yang baru FOC. 

Ok la. Ni preview depan kedai tu. Siap ade kerusi meja dengan tv lagi untuk orang-orang yang tak larat nak masuk kedai. Dia punya tagline memang best! "Murah bagi tau kawan, mahal bagitau kami". Memang betul pun tagline dia.  Itu le yang aku tengah buat sekarang ni pun! Hehehe. 

Anyways, if ade yang teringin nak usha kedai ni, ada dekat area uptown kota Damansara. Boleh nampak dari jauh ade beberapa lot kedai betul- betul sebelah kawasan uptown tu. Kat situ lah dia. 

kedai aksesori handphone uztaz



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Chilled Oreo Cheesecake resipi - Tak perlu bakar! masuk peti sejuk je

Tersumbat telinga dan hidung lah pulak dah (sinusitis)

Alhamdulillah..Allah makbulkan jua doaku