Pasal parking PPUM yang cekik darah

Heboh dah satu Malaysia pasal ni. Haha. Lambat eh aku nak up entri nih. Saje. tunggu keadaan reda sikit. Sampai dah masuk paper metro dah baru aku nak post entri.

Cerita pasal husband i a.k.a En.Dd telah mengupload status di FB Metro Parking komplen pasal harga bayaran parking PPUM yang cekik darah.

Sebenarnya En.Dd parking kat PPUM sejak menjaga ayahnya yang sakit hari tu. Actually tak la hari-hari tapi banyak hari jugak la tido sana teman mak dia.

Jadi, bila dah selalu pegi sana, mesti lah tak larat bila tengok bil parking sampai berpuluh-puluh ringgit sekali masuk. Maklum je lah, dia tido sana kan. So kalau dah 1 malam tido dah berapa jam la pulak.

Paling tinggi amaun dia bayar tu rm35 kot 1 malam. Gila. Rabak poket nak bayar banyak tu. Kalah valet parking. Orang sihat boleh jadi sakit tengok bil parking. Haaha.

Asalnya En. Dd hangin time nak bayar parking tu je. Tapi bila dia membebel-bebel pasal bayaran parking ni kat staff metro parking yang kebetulan ade kat situ, pastu mamat metro parking tu leh kata, "Eleehh bang ko komplen la, takde orang akan peduli pun!"

Sape tak tercabar beb orang duk kata macam tu. Itu pasal la dia nekad nak post pasal benda ni kat FB Metro Parking. Biar dorang bukak mata sikit kan.

Sekali hamik kau! Dia viral kan pasal kes ni satu Malaysia sampai masuk paper. Wahaha. Aku harap la brader metro yang kutuk dia tu tau pasal ni. Terkena ko sebijik. Keh keh keh.

Thank you Malaysian. Nampaknya ramai jugak yang komen positif menyokong aduan laki aku nih. Rata-rata sume memang sakit hati ngan bayaran melampau ni kan. Sebab if kita banding dengan hospital lain takde macam ni. Even dulu abah masuk hospital swasta Sime Darby pun ade maksimum rate.

Jadi bertimbang rasa lah kan. Dah la minyak pun naik sekarang nih. Tolong la membantu rakyat marhaen ni sikit.

Ni ha aku kasi screen shot sikit pasal berita ni kat paper Metro.

And also gud luck to En. Dd sebab dia akan pegi press conference pasal kes ni kejap lagi. Femes laki i uolllsss! hehe






Comments

  1. Memang cekik darah.. Parking 2 hari, kene dekat seratus.. Gila betul

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Chilled Oreo Cheesecake resipi - Tak perlu bakar! masuk peti sejuk je

Tersumbat telinga dan hidung lah pulak dah (sinusitis)

Alhamdulillah..Allah makbulkan jua doaku