Full width home advertisement

Post Page Advertisement [Top]


Nak post jugak kan pasal ni.
Asalnya nak post hari isnin lepas. 
Tak jadi.
Since aku masih lagi nak mengkaji lagi pasal event ni.

Ok la. The truth is awal-awal bila tengok je gambar-gambar yang orang share kat Fb aku admit, aku terus skeptical dengan event ni.
Aku terus rasa negatif. Rasa event ni salah. Tak betul.
Pastu tak paham kenapa dorang sibuk sangat nak buat event serupa ini.
Aku dapat simpulkan gambar-gambar muslim yang ada dalam event 'I want to touch a dog' tu akan menimbulkan fitnah. 
Kekeliruan nanti di kalangan bukan muslim.
Takut if bukan muslim ingat, sekarang, orang melayu muslim dah boleh pegang anjing. 
Pastu dorang akan hilang hormat pada muslim sebab ingat dibolehkan. 
Pastu anak aku, if dia nampak orang melayu pegang anjing, parah la aku nak explain kat dia benda hal orang dewasa dengan cara yang mudah paham bagi bebudak.

Lepas beberapa hari isu ni dibincangkan, dipost, dishare oleh ramai orang di Fb, surat khabar, sampai la uztaz yang dijemput hadir ke event tu pun dah bagi kenyataan.
Maka, aku dapat simpulkan, Ya. 
Aku betul.
Pemahaman aku tak salah.
Tak boleh pegang anjing dengan sengaja tanpa sebab. 
Walaupun penyokong tegar event tu tetap nak menegakkan tentang matlamat event tu yang nak mendidik orang melayu muslim untuk menyayangi anjing yang juga makhluk Allah SWT.
Tapi aku rasa pelaksanaannya dah salah.

Matlamat ok, bagus. 
Macam ade faedah. 
Dan mengikut kata orang-orang yang kenal penganjur program ni yang nama Syed tu, dia ni seorang yang baik dan selalu buat amal kebajikan. 
Dah banyak event beliau buat di kawasan perumahan dia sebelum ni. 
Dan sebelum beliau nak anjurkan event ni dia ada merujuk ke Jabatan Agama dan dapat kebenaran MAIS. 

Tapi agaknya, sebab pertama kali anjurkan event macam ni, dia pun tak sangka begitu mendapat sambutan sampai 1500 orang lebih yang datang. 
Jadi mungkin kehadiran orang yang terlalu ramai sampai terlepas pandang tentang hukum memegang anjing secara sengaja ni kan. 
Mungkin la kan. Mungkin. Kita bersangka baik ajelah. 

Selepas habis je event ni dan gambar bertebaran di internet, keyboard warrior di laman sosial memang teruk sekali hentam event ni. 
Dan of course penganjur program mestilah terkena sekali tempiasnya.
Ade yang kutuk, ade yang cakap ini liberalisme dan sebagainya. 
Aku pun ade la rasa-rasa event ini sikit-sikit ade unsur liberalisme. 
Tapi, kita tak tau la kan niat asal penganjur ni. 
Nampak macam ya. 
Tapi bila tengok past event serta keperibadian beliau tak macam itu. 

Kesimpulannya, aku berpendapat niat penganjur baik. 
Anjurkan program kesedaran. 
Tetapi pelaksanaannya tidak betul.
Mungkin dia perlu lagi merancang sesuatu event yang betul-betul perlu dan bermanfaat kepada semua.
Pelaksanaan dan acara yang bersesuaian. 
Dan juga menjaga sensitiviti orang melayu muslim. 
Paham-paham aje lah kita ni, kalau sentuh bab yang sensitif ni memang boleh berperang bagai.

Ok la kan. Tak nampak cam aku hentam sangat kan. 
Hikmahnya yang kita sama-sama dapat ialah, kita semakin jelas tentang samak/sertu dan hukum memegang anjing.
Bila masa boleh pegang, dan bila masa tak boleh.
Kalau tak sebelum ni memang rasa cam haram, benci anjing, tapi sekarang dah sedar anjing juga mahkluk Allah yang tak haram pegang pun bila ada keperluan. 


rilek je aweks ni pegang-pegang anjing cute
sumber:google images





No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]