Posts

Showing posts from September, 2012

Keputusan MGTT yang mendukacitakan

Image
Next check up after ujian MGTT yg lepas, nurse pun bgtau aku resultnye. Setelah tgk reading kat kertas tu 8.2. Siap bulatkan lagi pakai pen merah. Kalau normal is below 7.8. Peh..terus die kate "awok ni ade kencing manis nih".

Ok.

Aku mula-mula cam blur kejap. Terkejut pun ada. Pastu muka nurse pun berubah dah. Mula-mula manis jadi  serius skit. Pastu die tgk berat aku kali ni dah naik 2.7kg dr bulan lepas. Lagi la die bebel. "Awok ni kencing manis, tu yang naik sgt berat badan ni. Kene control makan sikit deh" katenye dalam loghat kelantan.

Pastu die pun cerita la psl kesan-kesan ada penyakit ni. Antaranya:


- Janin menjadi besar dikenali sebagai makrosomia. Ini disebabkan oleh gula berlebihan memasuki janin dan mengarahkan tumbesaran pesat, akibatnya janin menjadi besar dan mungkin sukar untuk dilahirkan secara normal, kejadian kelahiran tersekat terutamanya pada bahagian bahu meningkat.

- Kejadian darah tinggi dan kehadiran protein di dalam air kencing meningkat, i…

Ujian MGTT yang tak best

Last check up hari tu nurse setkan aku untuk ujian MGTT. Amende ujian ni? Bagi yang tak tau ni la ujian untuk detect sama ada ibu mengandung ni ada penyakit diabetis ke tak. Aku kene pegi memandangkan umur aku tahun ni 25 tahun. Kalau berat badan naik byk sgt dalam  2 kilo lebih dalam sebulan tu pun kene pegi jugak test ni.

Sehari sebelum ujian ni, nurse pesan suh puasa start pukul 10 mlm sampai besoknya. Aku pun makan minum puas-puas sebelum pkul 10 mlm tu pastu terus tido. Risau plak kalau jaga, tgh-tgh malam karang lapar. Kalau tido tak la rasa lapar kan.

Bangun je pagi, mandi siap-siap terus ke klinik. Aku sampai pkul 8.05pg. lewat 5 minit je kot. Tapi tu pun orang dah penuh. Nak dekat sejam aku tunggu turn untuk amik darah kali pertama(fasting blood). Lepas tu, aku disuruh gi bilik belakang untuk minum air gula.

Masa minum air gula tu, aku rasa ok je. Air tu suam-suam je. Rasa manis. Kene tunggu 2jam untuk amik darah sekali lagi. Lepas sejam aku dah rasa tak sedap tekak dah. Tam…