wayang Unstoppable & Ngangkung

Akhirnya...setelah berbulan2 tak tgk wayang..baru la dapat tgk ini cerita. Movie Unstoppable ngan Ngangkung. Unstoppable ni tgk 20 ari bulan lps ngan tunang aku. And Ngangkung ni tgk 26 ari bulan lps ngn member. 2-2 cerita pun best sebenarnya. Ok la. Aku kasi review sikit sbb dah tgk kan..



Unstoppable
Cerita ni para pelakon die mcm baru jek. Tak penah lak aku nengok sebelum2 nih. Main actors are Denzel Washington and Chris Pine. Cerita die mengisahkan sebijik train ni dah terlepas dari tempat landasan asal die dan bergerak tanpa pemandunya. Klu dlm bahasa omputihnye "runaway train".
Ade sorang mamat pemandu keretapi ni. Die kene alihkan keretapi dari port die ke stesen. Mase die nak alihkan, die tak sambungkan wayar brek angin yg membolehkan dorg2 ni kawal keretapi klu terlepas sbb die kate tak payah. Nanti die leh sambung bile keretapi berhenti kat stesen. Then, on the way nak ke stesen tu, die kene turun pulak tukar switch landasan. So, die tolak gear keretapi tu pada gear break. Tapi mase die turun, tetibe je gear tu tertukar jadi gear gerak paling laju. And pemandu tu tak sempat nak naik balik ke atas keretapi tu.
Tak semena-mena la keretapi tu bergerak tnpa pemandu dgn gear paling laju. And which is sgt2 la berbahaya klu keretapi tu masuk kawasan bandar. Sbb sekeliling penuh ngn bangunan dan landasan yg ade selekoh boleh menyebabkan keretapi tu terkeluar dr landasannya dan merosakkn bangunan atau membunuh byk org. Nak bg suspenkan cerita, keretapi tu bwk bahan letupan lak.
So, pengurusan keretapi tu kene la berusaha utk stopkan keretapi tu. Mcm2 usaha la yg dorg buat. Hantar org pakai helikopter la dan turunkan atas keretapi tu. Fail. Pastu nak letupkan tayar keretapi la. Fail jgk.
Then, baru la hero dtg. 2 mamat ni, Frank Barnes(Denzel Washington) ngan Will (Chris Pine) yg tgh bwk keretapi lain dari arah yg bertentangan ngan keretapi yg terlepas tu. Tapi dorg berjaya utk mengelak dari bertembung dan berlanggar. Lps tu, si Frank ni dpt idea utk stopkan train yg terlepas tu iaitu dgn kejar balik keretapi td dan cube utk smbgkan kepala keretapi die ngn hujung gerabak runaway train tu. Pastu cube slowkan keretapi tu pastu naik ikut bumbung ke bahagian kepala keretapi yg terlepas tu. Akhirnya dorg pn berjaya la setelah mengharungi mcm2 masalah dan cabaran dlm percubaan utk stopkan train tu.

My opinion : Cerita ni mmg byk unsur2 suspen yg bole membuatkan org rase berdebar2 bile tgk. Which is interesting la. Tak boring. Plot cerita pun cepat and straight to the point. Walaupn dorg byk ckp2 psl keretapi punye sistem brek la, gear la yang aku tak bape nak paham, tapi cerita ni not bad dan sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat.



Ngankung

Cerita ni pulak pasal 3 org mamat yg sgt suke "mengangkung". Hehe..maknenye suke main no ekor. Pelakon utamanya si Shaheizy Sam tu. Sam ni dah kawen dan ade sorg anak pompuan. Die sgt la syg anak pompuan die ni name Wahida. Die seorg bapa dan suami yg penyayang dan baik mula2. Tapi bini die asyik bising je sbb die ni keje teruk pastu gaji ciput sgt. Nak makn pun tade duit. Hidup susah la.
Jadi sbbkan itu la die pun gi mengangkung. Tu pun sebab ade 2 org kawan die ni, Azad ngn Angah(Raja lawak) ni yg dah ajak die gi jumpe bomoh utk dptkan no ekor. Sejak tu la dorg ni sume asyik kene gangguan2 jin yg dorg mintak tolong utk no ekor tu. Tapi, tak mengena pun no ekor tu pn.
So, nak di jadikan cerita, mase si Sam ni ditugaskan ke Kelantan utk hantar barang, die telah terjumpe dgn sorg bomoh Kelantan yg mmg cukup hebat dan kasi die selai selendang merah yg memberi tuah kat die klu die beli no ekor. Dan memang die bertuah pun sejak dpt selendang tu smpai menang 1st prize.
Bini die dah syak mcm2 dah. Lagi2 bile anak die pun dah stat ckp sengsorang. Satu hari ni, anak die si Wahida ni gi main selendang merah die, dan Sam ni marah sgt2 sampai tampar anak kesayangan die tu. Sejak tu baru la die sedar yg die dah buat salah dan bakar selendang tu. Pastu die ngn kawan2 die pun yg dh ditimpa mcm2 bencana sbb main no ekor ni pun same2 la insaf gak. Abis cerita.

My opinion: Cerita ni seram komedi. Hantu2 die ok la. Bole tahan seram. Sampai ade jgk la org jerit2 belakang aku. Wlaupn muka burok tapi hantu die bole buat lawak la. Plot cerita mase mula, tgh2 dan climax ok. Tapi bile part ending die yg tak best. Mcm tergantung pn ada. Lps die bakar selendang merah tu, terus kluar ending scene yg dorg sume baru balik masjid. Aku ingat, akan ade la part hantu selendang tu marah ke, lawan2 ngn hantu ke. Tapi takde. Agak kecewa gak la. Tapi ok la. Bole kasi 4 bintang dr 5. Anyway, cerita ni maybe box office kot. Sbb si Sam ni yg berlakon. Pastu, promotion ngn review die kat media byk sgt.

Comments

Popular posts from this blog

Chilled Oreo Cheesecake resipi - Tak perlu bakar! masuk peti sejuk je

Tersumbat telinga dan hidung lah pulak dah (sinusitis)

Alhamdulillah..Allah makbulkan jua doaku