Biar miskin janji tak makan duit harem..

3:33 PM ct nasyrah 1 Comments

       Alkisahnya gini, sejak hubbyku aka En. DD kerja sendiri nih. Banyak betul pengalaman beliau yg dikongsi bersama bininya iaitu aku. Especially if ada cerita-cerita pelik yang berlaku sepanjang beliau berurusan dengan client-client yang pelbagai ragam.

       Yang paling latest la aku nak kongsi nih. En. DD dapat job ngan 1 agensi kerajaan nih. Tak payah lah den exposekan sapa eyh. Tu pun bidan terjun tu. Beberapa hari before event tu, tetiba je dorg punya contractor yang telah konfem dilantik dah larik. Maybe sebab bajet sikit ke. Tak untung ke, ada masalah dalaman ke, tak tahu la pulak. So, En. DD dengan berbesar hatinya telah menerima job nih walaupun masa dah suntuk sgt. Ni pun dapat dr informer  kawan dia yang sedang bersusah hati psl takde contractor dah larik tu. 

       Ala job tu takde la susah benor pun. Just kena supply makanan dan hostel utk around 30-40 org je kot selama 1 minggu lebih. Maka seharianlah En. DD drive merata-rata kawasan KL untuk mencari hostel dan makanan dengan bajet yg seciput sedut tu. Pencarian beliau akhirnya berhasil setelah penat lelah kesana sini, akhirnya bertemu jua dgn 1 hostel dan ada tempat supply makanannya sekali. Setelah dikira-kira, memang cukuplah dgn bajet yang sedia ada.

      Dalam masa 1 minggu itu lah En.DD berulang alik dr rumah ke sana untuk memantau perkembangan orang-orang disitu. Disamping tu ade lah jugak kes-kes sakit perut lah, demam lah dan pelbagai lagi yang terjadi. Maka terpaksa lah beliau dgn kereta Viva nya menjadi ambulan gantian membawa dorg ke hospital/klinik. Semuanya dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab semasa event berlangsung.

      Setelah habis seminggu, maka selesailah job tersebut. Semua orang yang terlibat telah pun selamat balik ke rumah semasing. Maka, ini lah masa yang ditunggu iaitu pambayaran. LO govt dah pun keluar sebelum event, maka dengan itu lah En.DD akan gunakan untuk menuntut pembayaran dr agensi kerajaan tersebut.

       Maka pada suatu hari setelah seminggu berlalu, beliau pun cuba menelefon bahagian akaun agensi tersebut.

"Hello. Boleh sy nak tau status pembayaran untuk company saya??" tanya En.DD di talian.
"Apa dia? Boleh bagtau nama company?" jawab seorang 'makcik' di bahagian akaun.
"Nama company saya RA Concept Enterprise."
"Haaa?? apa dia??" tanya 'makcik' tu lagi.
"RA CONCEPT ENTERPRISE". jawab En.DD 
"Haaa?? tak dengar la. Cuba ulang" pinta makcik lagi.
"R.A. C.O.N.C.E.P.T ENTERPRISE" jawab En.DD sambil mengeja nama company beliau dgn harapan makcik tu salin.
"Haaa..ok. kejap ye". ujar makcik seraya letak telepon tersebut di meja.-bukan letak terus tau.

1 minit. 
2 minit. 
5 minit. 
10 minit kot....baru makcik akaun tadi angkat balik telepon.

"Eh apa dia tadi nama company??"
En. DD yang sememangnya sudah panas hati sebab menunggu lama di talian tadi sampai ke kemuncak kemarahannya...
"P.E.K.A.K!' jawab beliau sambil mengeja.
"Haaa?? pekak?? "tanya makcik akaun separuh terperanjat.
Dan kemudian dengar bunyi kelekak...tet tet tet tet
En.DD meletakkan handphone beliau akibat terlalu marah dengan servis makcik akaun yang lembab.

       Balik je aku dr opis. Beliau pun bercerita tentang kejadian ni. Hmmmpphh dalam hati ku memamg lambat lagi la nak dpt payment nampaknya...bergaduh pulak ngan makcik akaun!

       Namun, beberapa hari selepas kejadian tersebut, En.DD menerima 1 panggilan dari agensi tu. Tapi harapan masih lagi menjadi layu sebab pegawai tersebut ajak berjumpa pulak pada keesokkan harinya. Katanya nak "bincang" lagi pasal pembayaran ni. Siap suruh bawak LO tersebut. 

       Pada pikiran En.DD memang sudah dapat meneka kemahuan pegawai tersebut. Ini mesti nak "makan" sikit la ni.. Akibatnya satu hari beliau menjadi takde mood. Rasa marah kerana suka hati je pegawai kewangan yg memang takde terlibat langsung sepanjang event tu nak "merasa" jugak duit pembayaran tersebut walhal dalam LO sudah tertulis nilai pembayaran yang sepatutnya dibayar dan diuruskan oleh pegawai tersebut. 

      Aku pun bg cadangan masa jumpa pegawai tu esok rakam semua perbualan. So that kita boleh report kat BPR. Malam tu jugak lepas solat mintak sgt pada Tuhan agar kami lepas la dari melakukan benda terkutuk ni. Tak sanggup rasanya terpaksa "memberi". 

      Tetapi keesokkan harinya, keajaiban berlaku. Pegawai yang incharged semasa event tu pulak call. Katanya pembayaran akan dibuat petang ini. So, dia suruh cek akaun company. Haaaa..terperanjat jugak la kami. Walhal dah macam-macam perancangan dah nih nak jumpa pegawai kewangan tu. Tengok-tengok petang tu memang betul payment dah masuk. Pembayaran penuh seperti dalam LO. Takde pun pegawai kewangan tu call nak jumpa.

      Kami pun memanjat kesyukuran. Macam-macam hal terjadi sebelum pembayaran. Ni pun pertama kali kot jd macam ni. 

      Kejadian ni memamg membuka mata kami tentang cerita-cerita rasuah yang selalu bertebaran di laman sosial, surat khabar, media masa dan sebagainya. Dah lalui sendiri baru tau betapa susahnya menjadi kontraktor terpilih tender kerajaan. Susah nak dapat kalau tak bagi "makan" nih. Macam mana la agaknya rezeki yang dorg dpt tu masuk menjadi darah daging. Lebih teruk lagi dikongsi dgn anak bini di rumah. Ni baru job kecik. Kalau job milion bilion tu tak tau la bape byk dorg ni "makan"..

Biarlah miskin tak makan, dari makan duit harem. Macam la bisnes nak maju kalau duit dr sumber tak bersih...sekian










1 comment:

  1. Macam tu pulak dah kisahnya. Thanks for sharing. Haa. ni la bergunanya blog, ada ketika kita harus cerita benda yg boleh mnjadi iktibar kita semua. Sabar jela. Alhamdulillah Allah membantu. Good job En DD dan maafkan jelah pd makcik tu.. ;)

    ReplyDelete