Merancang dengan apa yg ada ditangan

8:45 PM ct nasyrah 0 Comments

       Aku adore my mother in law. Bagi aku dia memang pandai merancang masa depannya. Satu masa dulu dia pernah berangan nak ade 4 buah rumah. 4 buah kereta. Dan memang betul. Dia telah berjaya mencapai impiannya.

       Macam mana mak buat?? Apa yang dia lakukan sampai impian dia sume menjadi kenyataan? Aku tak pernah tanya mak. Segan ah. Tapi aku boleh assume sendiri dr cerita-cerita anak dia. Iaitu suamiku. En. Dd.

Mak zaman mudanya seorang guru bahasa. Lepas tu dia pernah jadi pensyarah di institut perguruan bahasa dekat UM kot. Keje dah mantap masa tu. Tapi akhirnya mak amik keputusan nak berenti dari jd pensyarah dan nak teruskan fokus dgn kelas tuisyen yang dia tgh usahakan masa tu. Mestilah atuk ngan nenek tak bagi kan..maklum je lah dah keje gomen. Tapi mak tetap teguh nak pencen awal sebab dia ada nampak masa depan yang cerah kalau dia teruskan dgn bisnes tuisyen nya.

Setelah beberapa tahun, kelas tuisyen bahasa yang dia buat tu memang bertambah maju. Bilangan murid bertambah ramai sampai weekend pun mak ade buat kelas. Dengan hasil itulah mak mencapai cita-cita dan impiannya. Dia jugak start menyimpan, buat pelaburan, daftar pelan insurans dan sebagainya utk masa depan. Simpanan untuk anak-anak pun dah start dari awal lagi. So bila dah smpai masa anak-anak dia dah besar nak belajar nak kawin dah ade duit. Baguskan perancangan dia.

Penah suatu hari tu, masa tu aku masih ditahun ke 2 kat UM. Mak tanya. Hehe. Masa tu belum panggil mak lagi la. Panggil makcik sebab aku belum kawen lagi kan ngn en.dd.

"Nasyrah bila nak abis belajar?"
"InsyaAllah tahun 2009 makcik" ujarku.

Lepas tu mak diam. Malam tu dia start buat perancangan. Rupanya dia dah start merancang bila nak datang meminang aku untuk anak dia. Haha. Sebab dia dah plan, after En.Dd dah selamat kawen ngan aku, dia nak berenti buat tuisyen. Nak betul-betul pencen la. Lepas tu dia pun cerita kat En.Dd pasal plan dia.

"2009 nasyrah abis belajar. Dd pun dah keje. So korang bertunang 2010 dan kawen tahun 2011." Kata mak. And betul segala perancangan dia memang menjadi. After dia dah selamat kawenkan kami, dia pun beli umah lain, dan duduk kat sana ngan abah.

Wowww...mak punya plan, bertahun sebelum lagi rupanya. Awal-awal lagi dah pikir apa akan jadi untuk tahun-tahun seterusnya. Walaupun mak pencen awal, tapi hasil pelaburan, aset dan simpanan dia cukuplah untuk dia lepas tu. Semuanya hasil penat lelah serta perancangan kewangan dan kehidupan yang bagus.

So, macam mana? Apa plan aku plak lepas nih...kena merancang semua dari awal keh...hik hik. Semua untuk masa depan..

0 comments: