Full width home advertisement

Post Page Advertisement [Top]

 Hari ni dah nak dekat 3 minggu telinga tersumbat. Aku pun tak tau la camne boleh kena infection ni. Asalnya selsema je. Dalam seminggu macam tu. Habis je antibiotik aku untuk selsema tu, tetibe ntah dari mana, selsema aku jadi teruk gila. Mula-mula hidung tersumbat. Tersumbat sampai aku terpaksa bernafas pakai mulut je. Pelik gak, semakin aku hembus, semakin banyak hingus yang berkumpul dalam hidung.

Beberapa hari lepas tu aku demam. Malam tu jugak after ofis, gi klinik lagi amik mc. Mula-mula pegi mediveron je. Maklum je la klinik panel ofis aku. Diorang bagi ubat selsema and antibiotik. Tengok-tengok ubat yang dia bagi sama je mcm selsema yang dulu. Cuma dos je bertambah.

Ah, tak yakin la rasenye. Esok pagi tu, aku pegi pulak Hosp universiti(PPUM). Mak ai orang punya la ramai. Amik no pukul 8 pagi, pukul 11 baru settle semua. Biasa la kan hosp gomen. Nak bising2 pun tak guna. Semua orang pun bukan mampu nak pegi swasta.

Makan la ubat antibiotik Amoxylin kalau tak silap doctor tu bagi. Tapi dah 2-3 hari takde jugak perubahan. Sama je. Makin membimbangkan bila tetibe je telinga aku plak sumbat! Itu memamg dah lebih. Aku punya la takut. Sampai termenangis kat opis plak. Malam tu jugak, aku pegi DEMC Shah Alam sebab dah sakit berdenyut-denyut telinga ni. Doc cek kata itu normal bagi penyakit sinusitis. Mukus tu akan masuk telinga kalau aku selalu sedut mukus dr hidung ke dalam. Lepas tu dia pun kasi la ubat selsema yang lain and pesan suh abiskan antibiotik tu.

2- 3 hari lagi lepas tu keadaannya masih sama. Hidung aku masih lagi sumbat dengan begitu teruk sekali. After senja je, badan akan demam. Hari-hari macam tu. Ayah aku suggest ke satu pusat terapi ni kat Kajang. Masa tu weekend, ayah pun siap hantar aku kesana. Nama  tempat tu Pusat Terapi Al-Ansar.  Dorang buat rawatan resdung kat aku dengan cara masukkan ubat herba dalam hidung. Lepas tu keluar la semua lendir-lendir dalam hidung ni. Letih aku hembus keluar mukus dalam ni. Ok la rasa clear sekejap je. Lepas sejam, semua lendir ada balik. Aku siap beli bam resdung ngan jus resdung dah kat situ tau. Terbang nak dkt RM250.  Huhuhu...tapi apa pun tak baik.

Last-last hari isnin tu jugak, hubby bawak aku jumpa specialist. Aku memang dah tak larat sgt dengan hidung sumbat, telinga tersumbat ni. Mood aku pun jadi tak tentu arah sebab tak selesa kan. Kesian anak aku jadi mangsa kemarahan aku ni. Huk huk..Ok, balik kepada cerita jumpa specialist. Aku pegi balik DEMC. Jumpa dengan doktor Loga dari klinik ENT DEMC Shah Alam.

Beliau pun cek la dalam hidung aku ni. Dia masukkan sejenis besi tu ada kamera tengok dalam hidung. Dia kata ini infection siap sampai dah bernanah dah. Pastu dia kata nanah tu sampai dah ke telinga. Tu sebabnya telinga tu tersumbat. Ye la, kan saluran hidung ni bersambung sampai ke telinga dan kerongkong kita. Lepas tu dia sedut sikit mukus dalam hidung ni and sembur decongestant dalam hidung. Ok la. Clear hidung aku sekejap. Rasa nikmat sgt dapat bernafas dengan hidung. Tapi yang telinga ni memang tak boleh nak sedut sebab nanah tu dah berkumpul dekat ruang belakang gegendang. Ambik masa sikit nak hilang.

Then, dia cek aku punya antibiotik yang doktor kasi time kat PPUM dulu. Dia kata ubat apa ni, tak elok. Dia tukar antibiotik aku dengan yang lain. Zinnat 250mg nama ubat tu. Yup like a miracle. Baru mkan sebiji after dinner ptg tu, terus clear hidung ni. Haaa..baru la jumpa ubat yg sesuai. Patut jumpa je specialist dari awal. Takde la mahal sgt pun. Husband aku dah standby Rm500 dah. Tengok2 bil baru RM220 cam tu consultation dengan ubat.

Lagi satu dokter pesan jangan cuba nak hembus dr dlm hidung ngan tutup mulut tu. Sebab boleh menyebabkan gegendang telinga pecah or mukus tu makin masuk ke dalam telinga. Fuyoo..ni ade gak aku penah buat. Ade la cam dgr bunyik2 blub blub dlm telinga masa hembus tu. Tapi apa pun tak berubah. So aku tak la selalu buat.

Then, aku teruskan je makan ubat tu smpai abis. Seminggu lepas tu follow up, cek dalam hidung tgk nanah dalam hidung dah tak ada. Cuma telinga aku  masih tersumbat. Doktor kata jangan risau, telinga tersumbat ni ambik masa sikit. Dia suruh continue balik ubat antibiotik tu lagi. Tapi, infection ni dah merebak lak ke tekak pulak. Sakitnya, Ya Allah je yang tau.

Hmmm...ujian btul. Satu-satu kesakitan tu dtg kan. Ujian Allah. Saba je la.









42 comments:

  1. Salam berapa lama agaknya masa untuk telinga nasyrah tu sembuh


    ReplyDelete
  2. dekat 3-4 minggu jugak la baru clear telinga ni. Hidung dlm 2 mmingu dah clear. telinga amik masa sikit nak clear.

    ReplyDelete
    Replies
    1. as slm puan/cik.sy ade mslh yg same.telinga sebu je.da 15 hri.memg akn jd mcm ni ke.

      Delete
    2. Saya baru lepas buat pembedahan sinussitis ni dah dua minggu hidung masih tersumbat

      Delete
    3. Assalam Puan Saya Pun Ada Masalah Telinga/Hidung Tersumbat Jugak..Macam Mana Ye Nak Sembuhkan..Saya Dah Panic Habis Dengan..Ok Ceritanye Macamni..Saya Baru Sahaja Bangun Dari Tido..Tetiba Hidung Saya Tersumbat Lepas Bangun Saya Pun Hembus Lah Hidung Tersumbat Tu And Tetiba Sahaja Telinga Saya Tersumbat..Punya Lah Panic Masa Tu!Saya Pun Nangis Dalam Berberapa Hari Macam Tu...Saya Lagi Cari Mana Tempat Yang Bagus Untuk Hidung/Telinga Yang Tersumbat..Perghh!!Memang Panic Dan Stress..Beberapa Hari Kemudian...Demam Lah Pulak...Mak Saya Pun Belikan Nasal Spray -_- Pun Tak Beberapa Berkesan...Tolong Reply Ye....Sebab Ni Betul Betul Penting Dalam Kehidupan Saya...Saya Sangat Takut...Btw Saya Guna Phone Ayah Saya Hehehe...Saya Dah Tak Boleh Tahan Dah Dengan Penyakit Ni :(

      Delete
    4. sabar aje ler... saye pun baru kene..telinge belah kanan tersumbat pasal selseme ni..hidung dah ok..telinge je belum.. jgn panik..die ambik mase..

      Delete
  3. Assalamualaikum. .. nasyrah ada pergi al ansar tu x baik jugak ke? Ingat nk try bawak anak akk gi situ ni tgh2 survey pengalaman org yg da pernah pergi kesitu..

    ReplyDelete
  4. jadi benda yg sama.. telinga tgh tersumbat.. serius rasa stress.. mula2 smlm. jadi sbelah je.. xthu plak.. xbleh hembus2 tu.. hrini dh kedua2 blah tlinga tersumbat :( so stressed.. amek masa bape lama eh nk baik?

    ReplyDelete
  5. sy baru pergi hospital gleneagle. jumpa pakar ent dr koo. g sana dia sedut nnah keluar dr telinga then bg ubat titis utk sebulan. kos baru rm160.. 12 mei nanti nak reffer semula nk tgk mcmna dh okay ke x. better reffer pakar ent terus..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lokasi kt mne eh hospital tu? dah sengsara dah ni.. pedih plus tlinga sumbat..hmm

      Delete
  6. Hi cik ct nasyrah, i ada baca artikel aka, telinga i rasa tersumbat sejak 2 bulan lalu, tapi gi clinic ENT dia kata telinga i super clear, pas tu dia bagi ubat nasal spray je, i tak guna pun sbb tak nak biasakan guna benda tu, baru baru ini i jumpe dengan doctor lain, dia check dan bagi tahu nampak saraf dalam bengkak, dia bagi antibiotic & ubat inflammation, dah ambil 2 hari, nampak ok ok sikit, ape nasihat kak yea, aka ambil antibiotic sampai berapa lama yea untuk nak sembuh telinga sumbat ni? Takut i kak, harap reply i, tq yea

    ReplyDelete
  7. Hai...sy singgah sini sbb nak tau pasal telinga sumbat. Hehe... dah seminggu selsema ni.. telinga plak pekak sebab selalu buang hingus agaknya. Adoiii... x selesa sgt dah. Tgh preganant plak ni x leh makan ubat... huhu

    ReplyDelete
  8. I pun ada masalah yang sama hahaha..
    harini i buat keputusan ikut saranan u sebab dah tak tahans sangat...i beli zinnat 250 gram di farmasi..
    baru makan sebiji..malam ni kita tengok macam mana..
    thanks babe..
    zinnat 250 gram rm39.00

    ReplyDelete
  9. Ok x u mkn zinnat? I dh 1 week sengsara ni

    ReplyDelete
  10. pergh mmg siksa btul bila twlinga sumbat nk wat keje tak selesa.. pastu hidung tak hbis kluar hingus je

    ReplyDelete
  11. sejak awal tahun start tling sumbat

    ReplyDelete
  12. Adoi. Sama lah. Dgn sy ni. Mula-mula demam biasa jee dgn selsema. Lepastuh waktu Asar saya solat seperti biasa. Biasa lah time kite solat. Time tuh lah hidung ni meleleh. Habis tkkan nk biarkan meleleh. Hahahaha. Sekali sedut. Tunggggg. Terus berdegung teling belah kanan ni. Ni dah masuk hari kedua telinga rasa berdengung aj ni. Dah makan ubat dah apa semua. Rasanya pergi pakar lagi bagus ni. Sebab dah tak tahan sakit kepala +telinga berdesing/berdenyut. Hmmmm

    ReplyDelete
  13. hai semua..sy bermasalah telinga kanan tersumbat...tak selesa...sama seperti telinga masuk air ...tak selesa bila bercakap..dan pendengaran juga kurang...sy biasa buat sinus operation dlm tahun 2011 d gleneagles penang dgn kos 26 ribu (insurance company bayar) selepas 3 bln operation baru nmpak perubahan sedikit..sekarang dah 5 hari telinga tersumbat pula..2 hr lps sy buat rawatan resdung d pusat rawatan resdung permata hijrah..bnyak lendir yg keluar melalui hidung dn tekak...tp masih bnyak lendir lg..

    Saya nak tanya ada sesiapa yg ambil antibiotik Zinnat 250mg tu utk masalah telingan tersumbat dan apa kah hasil nya?
    harap dapat maklumbalas..t. kasih..

    ReplyDelete
  14. Macam mana nak tahu klinik tu klinik specialist? Sy pn tgh cari klinik yg ok.. Sy selsema trsumbat hidung then skrg telinga plk berdengung lepas tu gigi brjangkit sakit. Mmg cmtu ek?

    ReplyDelete
  15. Sy br saja mengalami masalah yg sama mcm puan kena..selsema terok dan mengakibatkan telinga tersumbat..kalau selsema sahaja tak apa..ni telinga yg tersumbat hanya Allah shj yg tau seksanya nk menanggung denggung kepala...resah je selalu pikir telinga tersumbat.Sy mkn pil selsema yg doktor bg pun x jalan..Last mlm td sy hirup wap air panas dlm bekas,mandi air yg dicampur air panas(suam),siram kat kepala lama sikit,mkn pil selsema,tidur pakai stoken..sapu vick sekeliling telinga yg sumbat..Esok paginya bangun tidur...alhamdulillah selsema dh baik...dan yg mengembirakan sy telinga yg selama 5hari tersumbat..akhirnya hilang...alhamdulillah...Semua dgn izin Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. blh bantu sy.da semggu tesumbat telinga ni.

      Delete
    2. sama lal dgn saya doktor kata higus tu masuk kat tempat telinga mcm mne nk buat

      Delete
    3. Sy pon nr lps buat operation sinus pada 7hb...ni telinga kanan rasa tersumbat. Risau.

      Delete
    4. Berapa Lama telinga sumbat baru pulih?

      Delete
    5. Dah ok ke telinga awak..Boleh share cara rawatan..

      Delete
  16. Mcm mne nk hilangkan..sye dh dua hari risau sangat nii

    ReplyDelete
  17. saya dah 3 minggu mengalami nasib seperti kalian.....tu pasal saya sampai terjebak ke blogger ni...asik semak kat google jer kod2 ada tips2 yg bernas...mula2 batuk jer...lepas 2 minggu batuk dengan selsema....saya ni bila kena selsema pasti telinga akan tersumbat sekali...sambil menaip ni pun dlm keadaan telinga sebu jer....stress di buatnya...tak selesa betul...kdg2 rasa panic...adakala bila menguap telinga dia pop..!!! terbukak...fuhhh dia punya lapang kepala...memang nikmat....tapi semua berlaku kejab jer...selang 4 ke 5 jam...kena balik...dah la hidung tersumbat...telinga pun tersumbat....aduh...kiri kanan pulak tu...rimas di buatnya....kira saya sekarang ni kena 3 serangkai....batuk,selesema.telinag tersumbat.batuk pulak tekak gatal..sampai termuntah2 kalau batuk...hanya Allah jer yg tau sengsaranya saya kena penyakit camni...kdg2 telan air ludah pun telinga boleh terbukak...tapi...tak setiap kali telan jadi begitu...saya runsing sgat skarang ni...saya target sinus berlebihan jer dlm kepala....sampai dia duduk di blakang gegendang...dulu2 saya pernah juga kena begini...tapi paling lama pun 2 minggu jer....saya risau lah...ni dah ank dekat sebulan...tak baik2 lagi...sesiapa yg ada cara tolong share...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy skrg tgh mengalaminya.. hahaha... sblm ni dah penah kena smpai bengkak gegndang telinga disbbkn nanah da trkumpul blkg gegendang tu. Nk tdo azab. Sakit sgt. Nk korek telinga pn xboleh sbb lua gegendang tu bengkak besar. Sebulan lebih baru sy ok. Ni lagi skali sy kena. Harap xbengkak mcm sblm ni. Batok+selsema+tlinga sumbat. Huhu

      Delete
    2. Naddy mcm mn problem telinga awak? Dah ok ke..Boleh share dgn saya sbb saya pun alami perkara yg sama

      Delete
  18. Sama Tak kes telinga tersumbat sbb Naik kapal terbang...tgh selsema...then Naik flight....mendarat saja terus x dengar telinga sebelah..dah g jumpa doc tp dia bg ubat saja...masih xbaik lagi..

    ReplyDelete
  19. Hai nak tnya. Hingus yang keluar dri hidung korang tu sebelah or dua2 belah hidung. Saya dah dekat dua minggu sebelah hidung jer asyik keluarkan hingus. Yang sebelah lg clear. Risau laa

    ReplyDelete
  20. Mula Mula...Entah Macamana Lah Tetiba Bangun Dari Tido..Tetiba Hidung Tersumbat Sebab Tido Kat Air Cond...Lepas Tu Saya Hembus Lah Hidung Tersumbat Untuk LegaKannya Tapi..Benda Yang Saya Tak Mahukan Jadi..Perggh..Telinga Aku Tersumbat!Memang Panic Masa Tu...Saya Nangis Beberapa Hari Macam Tu..Mak Saya Beli Nasal Spray....Baik Lah Sikit Hidung Tersumbat Tu Tapi Yang Risaunya Telinga Saya Macam Mana Ya Nak Baikkan Telinga Yang Tersumbat?Dan Hidung....

    ReplyDelete
    Replies
    1. telinga awak dah ok ke..Kalau dah ok boleh share di mn dptkn rawatan

      Delete
    2. Dh ok ke telinga awk tu?? Sy tngah alaminya

      Delete
    3. Belum lg. Dah sebulan. Saya sudah ambil prednisone selama 2 minggu tp masih ada gema dan tersumbat.

      Delete
  21. Assalam telinga sy pon sumbat mula2 sakit telinga tp x sakit masalahnya srkarang telinga kekal sumbat panik lqa

    ReplyDelete

Bottom Ad [Post Page]