Tersumbat telinga dan hidung lah pulak dah (sinusitis)

9:23 AM ct nasyrah 12 Comments

 Hari ni dah nak dekat 3 minggu telinga tersumbat. Aku pun tak tau la camne boleh kena infection ni. Asalnya selsema je. Dalam seminggu macam tu. Habis je antibiotik aku untuk selsema tu, tetibe ntah dari mana, selsema aku jadi teruk gila. Mula-mula hidung tersumbat. Tersumbat sampai aku terpaksa bernafas pakai mulut je. Pelik gak, semakin aku hembus, semakin banyak hingus yang berkumpul dalam hidung.

Beberapa hari lepas tu aku demam. Malam tu jugak after ofis, gi klinik lagi amik mc. Mula-mula pegi mediveron je. Maklum je la klinik panel ofis aku. Diorang bagi ubat selsema and antibiotik. Tengok-tengok ubat yang dia bagi sama je mcm selsema yang dulu. Cuma dos je bertambah.

Ah, tak yakin la rasenye. Esok pagi tu, aku pegi pulak Hosp universiti(PPUM). Mak ai orang punya la ramai. Amik no pukul 8 pagi, pukul 11 baru settle semua. Biasa la kan hosp gomen. Nak bising2 pun tak guna. Semua orang pun bukan mampu nak pegi swasta.

Makan la ubat antibiotik Amoxylin kalau tak silap doctor tu bagi. Tapi dah 2-3 hari takde jugak perubahan. Sama je. Makin membimbangkan bila tetibe je telinga aku plak sumbat! Itu memamg dah lebih. Aku punya la takut. Sampai termenangis kat opis plak. Malam tu jugak, aku pegi DEMC Shah Alam sebab dah sakit berdenyut-denyut telinga ni. Doc cek kata itu normal bagi penyakit sinusitis. Mukus tu akan masuk telinga kalau aku selalu sedut mukus dr hidung ke dalam. Lepas tu dia pun kasi la ubat selsema yang lain and pesan suh abiskan antibiotik tu.

2- 3 hari lagi lepas tu keadaannya masih sama. Hidung aku masih lagi sumbat dengan begitu teruk sekali. After senja je, badan akan demam. Hari-hari macam tu. Ayah aku suggest ke satu pusat terapi ni kat Kajang. Masa tu weekend, ayah pun siap hantar aku kesana. Nama  tempat tu Pusat Terapi Al-Ansar.  Dorang buat rawatan resdung kat aku dengan cara masukkan ubat herba dalam hidung. Lepas tu keluar la semua lendir-lendir dalam hidung ni. Letih aku hembus keluar mukus dalam ni. Ok la rasa clear sekejap je. Lepas sejam, semua lendir ada balik. Aku siap beli bam resdung ngan jus resdung dah kat situ tau. Terbang nak dkt RM250.  Huhuhu...tapi apa pun tak baik.

Last-last hari isnin tu jugak, hubby bawak aku jumpa specialist. Aku memang dah tak larat sgt dengan hidung sumbat, telinga tersumbat ni. Mood aku pun jadi tak tentu arah sebab tak selesa kan. Kesian anak aku jadi mangsa kemarahan aku ni. Huk huk..Ok, balik kepada cerita jumpa specialist. Aku pegi balik DEMC. Jumpa dengan doktor Loga dari klinik ENT DEMC Shah Alam.

Beliau pun cek la dalam hidung aku ni. Dia masukkan sejenis besi tu ada kamera tengok dalam hidung. Dia kata ini infection siap sampai dah bernanah dah. Pastu dia kata nanah tu sampai dah ke telinga. Tu sebabnya telinga tu tersumbat. Ye la, kan saluran hidung ni bersambung sampai ke telinga dan kerongkong kita. Lepas tu dia sedut sikit mukus dalam hidung ni and sembur decongestant dalam hidung. Ok la. Clear hidung aku sekejap. Rasa nikmat sgt dapat bernafas dengan hidung. Tapi yang telinga ni memang tak boleh nak sedut sebab nanah tu dah berkumpul dekat ruang belakang gegendang. Ambik masa sikit nak hilang.

Then, dia cek aku punya antibiotik yang doktor kasi time kat PPUM dulu. Dia kata ubat apa ni, tak elok. Dia tukar antibiotik aku dengan yang lain. Zinnat 250mg nama ubat tu. Yup like a miracle. Baru mkan sebiji after dinner ptg tu, terus clear hidung ni. Haaa..baru la jumpa ubat yg sesuai. Patut jumpa je specialist dari awal. Takde la mahal sgt pun. Husband aku dah standby Rm500 dah. Tengok2 bil baru RM220 cam tu consultation dengan ubat.

Lagi satu dokter pesan jangan cuba nak hembus dr dlm hidung ngan tutup mulut tu. Sebab boleh menyebabkan gegendang telinga pecah or mukus tu makin masuk ke dalam telinga. Fuyoo..ni ade gak aku penah buat. Ade la cam dgr bunyik2 blub blub dlm telinga masa hembus tu. Tapi apa pun tak berubah. So aku tak la selalu buat.

Then, aku teruskan je makan ubat tu smpai abis. Seminggu lepas tu follow up, cek dalam hidung tgk nanah dalam hidung dah tak ada. Cuma telinga aku  masih tersumbat. Doktor kata jangan risau, telinga tersumbat ni ambik masa sikit. Dia suruh continue balik ubat antibiotik tu lagi. Tapi, infection ni dah merebak lak ke tekak pulak. Sakitnya, Ya Allah je yang tau.

Hmmm...ujian btul. Satu-satu kesakitan tu dtg kan. Ujian Allah. Saba je la.









12 comments: