Memori Ramadhan

1:51 PM ct nasyrah 0 Comments

Assalamualaikum, tadi time tgh boring bosan + free dr keje gi la blog walking member2. Then ade satu entri dari member ni ---->rozelt, mengingatkan aku pada satu kejadian time aku muda remaja dulu-dulu.(ckp mcm skrg dh tua je..tua la skit kot dr dulu).

ting gling gling....
(bygkan flashback ade awan dr kepala kluar)

Mase tu umo aku dalam 13 ke 14 tahun. Umi den suh poei kodai. Beli barang nak masak utk berbuka petang tu. Time tu aku dah bole bawak moto tau. Bole merempit dah zaman tu.(tipu je) Turut membonceng sekali kat belakang, adik aku yg no dua. Time tu die leh bonceng je la. Haha. Kecik lg nak bwk moto kan. Skrg ni die dh siap bwk moto besar dah. Maklum je la kaki dah panjang. Dulu pendek. Tu yg tak lepas bwk moto tuh...

Ok, back to the story. Lepas je gi kedai runcit Kelah dekat ngn umah aku tu, tetibe terniat lak nak singgah kedai buah yang tak bape nak jauh dr kedai runcit tadi. Nak beli buah sikit. Aku suh adik aku tu turun gi beli. Tak lupa aku siap pesan beli sekali gula-gula.

After die bayar sume, die pun dtg la kat aku utk menunjukkan gula-gula dan buah yang die dah beli. Aku pun amik buah tadi, masuk dalam raga moto and bagi adik aku sebijik gula-gula. Adik aku tu, dengan tanpa segan silunya bukak pembalut gula-gula tu dan masukkan dalam mulut die.

Ntah macam mane aku pun sama la mengikuti jejak langkah die. Terus bukak gula-gula sumbat dalam mulut. Lps je adik aku naik kt belakang moto, aku pun prengg je la dr situ.

On the way nak balik tu borak-borak ngan adik aku tu. Then perasan ade bende kunyah-kunyah dalam mulut. Lepas tu tetibe, aku terus teringat yang hari tu posa! Aku terus je jerit kat adik aku. "Oi, kita kan posa, nape kita makan gula-gula ni hah??" Apalagi, aku terus je ludah gula-gula kat tepi jalan. Pastu tergelak-gelak ngan adik aku.

Balik je umah, terus terflash back kejadian time makan gula-gula tu depan kedai buah tadi. Adoi..malunya. Patut la tadi aku perasan ade makcik ngan pakcik naik moto gak pandang je kelakuan pelik aku dan adik aku di bulan posa nih. Mane la nak taruk muka aku nih?? Dah la dengan selamba yaya je aku makan dpn org kan. Mesti jadi bahan bualan time berbuka org yang witness kejadian tu.

Hahahaha.

P/s: nasib aku tak kenal makcik and pakcik tu. Kenangan yg memalukan terpahat di minda. Hehehe. saje je cerita ni. Kenangan la katekan...

malu tutup muka..hehehe

0 comments: