Hidup selama 24 tahun

1:31 PM ct nasyrah 0 Comments

20 Ogos 2011, Alhamdulillah. Genap dah 24 tahun aku masih bernafas di bumi Allah ni. Setiap tahun angka umur bertambah, semakin byk pengalaman yang dilalui. Tahun ni special sikit sbb dapat sambut malam birthday dgn hubbyku. Sebelum ni tepat kul 12 tgh malam die leh nyanyi kat telefon je. Maklum je la blum kawen, mane leh kluar malam.

Sumenye bermula malam sabtu tu hubby tetibe je kate jom kluar gi makan kek. Aik? Die ni tak penahnye la nak bwk aku mkn kek. Ni tetibe je. Hehe. Pastu baru teringat esok besday aku.

Gi la secret recepi dekat2 ngn umah tu beli kek. Nak chocolate indulgance. Tapi takde, so beli yang ni. 2 slice je.


tiramisu & blueberry cheesecake

Lepas tu aku tetibe nak makan tomyam. Then saje je kteorg gi kl. Nak tgk suasana org shopping raya. Jalan memang jem. So, ikut jalan lain gi Kampung Baru. Sampai je sane, parking and jalan kaki gi satu restoren Kelantan yg memang fames dan sedap. Orang punya la ramai yang tgh makan. Sampai kteorg kene tunggu org abis makan. Pelik btul. Dorg ni tak kenyang ke makan time berbuka tadi?? (haha..ckp org, diri sendiri pun gi dtg makan kedai gak).

Ok.Bile dpt tmpt duduk, trus la order tomyam. Malangnya mlm tu dorg kate takde buat goreng2. Huhu. Kuciwa sikit. Tapi nasib ade kerang bakar die yg sedap tu. So order la kerang bakar ngan mihun sup. Mihun sup die ni lain macam sikit aku tgk. Ade kacang, ade perut lembu, daging. Rase kuah die pun lain macam. Tapi sedap la. Tak tau mcm mane nak explain. Hehe.

kerang bakar

Lagi satu bende yang best time besday ni ialah berpuluh wishes kat facebook. Senang kan. Orang login facebook, then just tulis je kat wall kte. Habis cerita. Selain tu, bila dah besar2 ni takde dah orang nak buat besday party besar-besaran mcm mase kecik dulu. Nak buat pun segan. Cukup la sekadar wish birthday tu pun. Klu ade celebration pun maybe dgn family and kawan-kawan rapat je la.

Akhir sekali, aku berharap dan berdoa moga tahun ni aku dimurahkan rezki, diberi kesihatan yang baik dan diberi nikmat keamanan kepada semua umat Islam di dunia ni. Amin.

Selamat hari lahir kepada diriku...

p/s:kek tu walaupun beli 2 slice je, still ade lg dalam peti ais umah. Manis sgt. Sekali makan 2 sudu je pun.



0 comments: