kebahagian kami kini


Kebahagian kami kini...

Bukan lah datang dgn sendiri
Bukan lah secara tiba- tiba
Bukan nya datang tanpa usaha
Bukan nya indah seperti yg kau lihat kini

Permulaannya penuh pancaroba
Tanpa kenal hati budi
Bagaimana kami mengenali
Selangkah demi langkah kami menerima
Kekurangan dan kelebihan diri

Setiap saat yang dilalui
Pelbagai pengalaman pahit manis
Terakam di minda
Tertanam di sanubari

Kesilapan lalu dijadikan pengajaran
Membuatkan diri menjadi semakin tabah dan sabar
Ketika menghadapi situasi yg menyakitkan
Hanya pada Tuhan kami berserah

Kini setelah bertahun berkenalan
Setelah biasa dengan kerenah dan keadaan
Baru lah kami mencapai kebahagiaan
Serta keserasian dalam perhubungan

Jangan lah mudah bersangka dgn hanya melihat
Jangan lah mudah menafsir dgn hanya mendengar
Kerana bukan diri kau yang melalui segala penat
Bukan diri kau jua yang menikmati kemanisannya

Doakan yang terbaik utk kami..
Jauhkan hati kau dari menghancurkan kebahagian
yang kami miliki kini..








Comments

Popular posts from this blog

Chilled Oreo Cheesecake resipi - Tak perlu bakar! masuk peti sejuk je

Tersumbat telinga dan hidung lah pulak dah (sinusitis)

Alhamdulillah..Allah makbulkan jua doaku