Full width home advertisement

Post Page Advertisement [Top]

Kalau la ade time machine ke masa lalu,....

Aku ingin sgt kembali ke zaman abis skolah, dimana yg aku rasekan sgt2 indah. Waktu tu, spm baru aje abis. So, dimasa tu la aku amik kesempatan utk bekerja part time sbgai mengisi waktu sementara menunggu keputusan spm dan kemudiannye smbg belajar dimana2.

Aku bekerja di sebuah pusat membeli-belah di damansara sebgai promoter kasut. Umi ku yang meng 'rekomen' aku kepada seorg kakak cun yg menjadi permanent staf disitu. Dia lah yg mengambilku bekerja buat pertama kalinya dlm hidupku. Semestinya lah hari pertama merupakan hari yg paling teruk kerana aku tidak biasa melakukan pekerjaan sebegini. Terpaksa berdiri melayan customer yg ingin membeli kasut sehingga lenguh seluruh kakiku. Melilau2 aku mencari stok kasut yang bertimbun dgn pelbagai jenama dan nombor kod. Dengan perangai aku yg agak pendiam dan malu2 kucing ni, mmg agak susah utk aku berkomunikasi dgn customer.

Tapi semakin lame aku bekerja, aku akhirnya dapat menyesuaikan diri dgn keadaan disitu. Kadang kala aku berkerja 12 jam sehari. 10 pagi hingga 10 mlm. bergantung kepada kakak permanent staf tu. Hampir 5 bulan jgk la aku bekerja disitu. Dari seorg yg pemalu, aku akhirnya bole bercakap dan melayan customer. Aku juga telah tau pelbagai jenis kasut dan menghafal saiz kasut yg berlainan mengikut negara kita dan luar negara.

Di zaman itu jgk la aku merasakan keseronokkan bekerja kerana rmai rakan2 ku yg bekerja juga disitu. Ye la semua pun sama sedang menunggu keputusan SPM, jadi takkan nak mengabiskan beras di rumah je pulakkan..Di masa itu la juga aku berkenalan dgn rakan2 baru. Sempat jugak la aku di tackle oleh mamat2 kat situ..tapi dalam rmai2 yg mencuba, aku pun sangkut jgk akhirnya dgn kawan kepada kawanku.

Sejak pertemuan di pusat membeli belah itu, dia mencuba utk menghubungiku. Dia meminta nombor telefonku dari kawanku itu. Dan sejak itu, dia sering menghubungiku utk bertanya khabar dan bercerita tntg dirinya. Kemudian pada satu hari, dia dtang ke tempat ku bekerja dan menemaniku semasa waktu rehat. Lama kelamaan hubungan kami menjadi semakin erat dan membuat keputusan utk menjadi "couple".

Seminggu selepas kami 'declare', aku pun menyambung pengajianku di kolej matrikulasi negeri sembilan. Sewaktu itu, pelbagai dugaan yg ku lalui sepanjang perhubungan ku dgn nya dan juga pelajaranku. Di sana, pelbagai kemudahan telah tersedia. Semuanya lengkap. Tetapi mungkin aku yg leka dgn cinta dan terlalu bersenang lenang. Aku tidak mencapai pointer yg aku inginkan. Setakat second class upper, ape la sgt nak dibandingkan dgn rakan2 baikku yang dapat 1st class pointer.

Sejak itu hancurlah harapanku untuk menjadi doktor. Walaupn keputusan SPM ku agak baik, namun semua itu tak menjanjikan apa2. Dengan pointer second class upper itu la aku memohon utk memasuki ipta. Dan akhirnya aku berjaya mendapat tempat di Universiti Malaya dalam bidang sains.

Diwaktu itu, aku cemburu melihat2 rakan2 ku yg lain berjaya menjadi doktor. Ade yg dpat menyambung ijazah ke Indonesia dan ada yg belajar di sini dlm jurusan medical ataupn pergigian. Tapi apa yg harus ku lakukan? Semuanya telah terjadi...aku takkn kembali ke masa lalu utk mengulang segala demi mencapai impian ku dan kedua ibu bapaku.

Aku teruskan jua pengajian di U. Malaya hingga menggulung ijazah ogos 2009 yg lalu. Kini sudah hampir 2 tahun aku bekerja. Walaupun aku tidak berjaya menjadi seorang doktor, aku tetap bahagia dan bersyukur dgn kehidupan ku. Aku juga telah bertunang dgn si dia.

Walaubagaimanpun, impian ku utk menjadi seorg doktor masih lagi terbuku di hati ini...kalau la ade time machine ke masa lalu, akan ku berusaha bermatian2 utk mencapai cita-cita ku...tp apakan daya..semua tu hanya dalam cerita doreamon saje...

Tetapi kita sebagai manusia mesti lah sntiasa memandang ke hadapan..kesilapan di masa lalu biarlah menjadi satu pengajaran dan pengalaman yg akan mematangku. Bersyukurlah dgn apa yg ada dan mungkin ada hikmah di sebalik segalanya. Wallahualam...

No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]