Full width home advertisement

Post Page Advertisement [Top]

Aku wanita aku kaum hawa
Yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta
Selayaknya manusia
-siti nurhaliza-


Aku rase la setiap wanita di dunia ni mesti impikan seseorang yang akan menjadi peneman hidup die sepanjang hayatnya. Samela dgn aku. Takde bezanya dgn perempuan yang lain. Pernah aku dengar dari kawan aku. Baginya perkhawinan ibarat satu perjudian. Kalau nasib baik, dapat lah mengecapi hidup yang bahgia dengannya ke akhir hayat. Klu nasib tak baik, terputuslah hubungan itu di tgh jalan. Bagi aku, ade betulnya kata2 die tu. Aku pun start la berpikir. Macam mane la nasib aku kelak. Untung ke rugi? Kenapa perempuan yang mesti rase macam ni? Rase tak pasti. Takut. Risau dan mcm2 lagi la.

Kadang-kadang aku penah terasa adakah aku ni bernasib malang atau baik dipertemukan dgn dia. Kenapa aku tengok pasangan lain mcm secocok dan bertuah sgt. Tapi aku? aku rasekan akan terdetik di hati orang lain yang memandangku "kesiannya dia ni dpt orang mcm ni". Aku sgt malu. Sungguh malu untuk berdepan dgn mereka. Tapi adakah dia akan memahami aku??

Ataupun mungkinkah ini pembalasan atas setiap kesilapanku yang lalu? Jika benar, aku redha menerimanya dan berharap agar semua ni cepat berakhir. Tiada manusia yang dpat lari dari melakukan kesilapan. Dan Tuhan mentakdirkan aku jadi begini supaya aku dpat menjadi insan yang tabah dan sabar..mungkin?

Pelbagai persoalan bermain di pikiran aku skrg. Aku tidak yakin die mampu membahagiakan ku dgn apa yang aku lihat sekarang. kenapa dia tak pernah mengerti rase hati ini? kenapa terlalu mementingkan diri sendiri. Fahamilah..aku juga seorng wanita yang mempunyai perasaan cemburu, sayang, benci dan suka. Bukan wang ringgit yang menjadi dambaanku, cume aku mahukan sedikit rase belas dan kesetiaan dari orang yang aku sayangi..

Aku berdoa agar segala yang terjadi mempunyai hikmahnya dan supaya aku sabar dan redha menghadapi semua dugaan ini.Amin..

Aku mahu kau mengerti..bahwa hati ni pernah terluka keranamu..

penantian suatu siksa yang tidak tertanggung,
oleh tubuhku yang kering dan layu,
kepastian suatu penawar,
kala suka dan duka,
yang meniti hidupku..

-zubir ali-

p/s: entri ni sekadar luahan hati aku skrg..mungkin esok2 lain pulak perasaannya..biasa la pompuan..hehe

No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]