Hari terakhir keje di Kelana jaya



Hari ni last day kat opis Amp**** D***tal. 
Tak nak tulis penuh, karang org google nama company jumpa plak blog aku.. haha
Setahun dah kt sini. 
Aku ingat aku akan forever kat sini sebab aku rasa environment company ni paling terbaik la.
Flexible gile.
Tak stress keje.
Keje yang aku suke.
Bos baik.
Supportive dan sgt memahami.
Hr aku merangkap finance officer pun baik sgt. 

Tapi tu la.
Aku terpaksa jugak melangkah pergi dari sini.
Ada la atas sebab-sebab dalaman yang aku tak dapat nak ceritakan kat sini.
Mengaibkan company plak nanti kan.
Yang pasti kali ni bukan sebab nak gaji lebih atau stress ke apa.
Sebab lain. 

Actually sampai hari last ni perasaan aku rasa berdebar.
Aku still trauma bila nak start ke opis baru.
Takut perkara lama berulang kembali.
Tapi sampai bila aku harus negative??
Tempat keje baru nampak byk kelebihan untuk aku.
Jarak tempat keje yang sangat dekat dgn rumah tu memang faktor terbesar la yg jadi penyebab kuat untuk aku berhenti dari sini dan terima offer keje kat sana. 

Aku cuma harap sejarah lama tak berulang.
Aku harap tempat baru sesuai untuk aku.
Environment ok. 
Keje ok.
Bos pun ok.
Harap jugak ni tempat keje last aku la sampai pencen.
Serik weh tukar keje.
Bukan satu pengalaman yang seronok sgt pun.
Dia macam ko kena start all over again.
New life and environment.
Aku rasa di umur aku ni, aku dambakan stability.
Aku rasa nak keje disuatu tempat yang aku serasi dan menjamin masa depan aku. 
Tak kisah dah walaupun hari-hari buat keje sama. 
Maybe ini lah jugak perasaan orang keje gomen yang hari-hari buat keje yang sama kan sampai pencen.
Sampai aku penah terpikir dorang ni tak bosan ke?? Agaknya buat keje yg sama tiap hari?
Rupanya, memang ada 1 tahap tu, ko akan rasa selesa dan memang rasa nak teruskan je hidup dengan benda rutin sampai bila-bila.

So, tadi ter'stumble' kat quote yang aku tepek atas ni, membuatkan aku rasa release sikit perasaan sober dan berdebar dalam hati ni.
Rasa 'sober' sebab hari ni last aku akan rasa pengalaman keje kat sini.
Bila tengok jalan, bangunan sekeliling rasa sayu plak.
Sebab hari-hari dah lalui environment ni.
Lepas ni dah takkan sama lagi.
Rasa berdebar-debar tu sebab aku takut nak masuk opis baru.
Harapnya aku dapat kumpul kekuatan dan positive minded la nak masuk opis baru.
Start fresh and new macam baru-baru keje 6-7 tahun dulu. Haha..

Bertabahlah wahai hati..
Positive lah wahai minda..
Lupakan masa lalu..
Let it go...
Lets live it to the fullest! 



Comments

Popular posts from this blog

Chilled Oreo Cheesecake resipi - Tak perlu bakar! masuk peti sejuk je

Tersumbat telinga dan hidung lah pulak dah (sinusitis)

Alhamdulillah..Allah makbulkan jua doaku