A sudden short vacation-Review: Felda Residence Hot Spring



Jadi ini sambungan cerita keesokkan harinya di Felda Residence Trolak tu.
Pagi tu lepas Subuh je, kteorang terus mandi pagi dulu kat hotel.
Then, gi sarapan dulu kat Restoren Anjung, Felda Residence Trolak.
Dah include sekali dalam pakej kan.
Breakfast kat sana ok la.
Makanan biasa sarapan.
Ade meehun, nasi goreng, roti bakar.
Belasah je lah. 
Perut tengah kebulur.
Heheh.
kaunter tiket


tempat masuk untuk cek barang


peta seluruh kawasan


Lepas tu siap-siap nak ke Felda Residence Hot Spring.
Sampai sana, kena beli tiket dulu.
Rm12 untuk dewasa, rm10 untuk bebudak umur 4 tahun sampai 12. 
Naurah memang free ler masuk.
Baru setahun lebih kan.

tgh naik buggy train
laluan masuk hot spring

Lepas tu kena tunggu buggy train untuk bawak kteorang masuk dalam theme park.
Sampai je sana, tengok dah agak ramai orang.
Kawasan dia takde la besar sgt.
Padat la. 
Dan sume keperluan macam tandas awam, tempat mandi dan tukar baju, loker isi barang berharga pun ada.
Aku memang aim nak masuk kolam air panas je.
So, lepas tukar baju pegi la masuk kolam.
Air kolam tu suam-suam je.
Tak panas sangat.
Ok la kan. Selesa je rasa nak berendam.
Air pun tak dalam. Takat punggung aku je.
So budak-budak boleh la mandi sini. 

 
hot spring/kolam air panas



Yang aku geram si budak kecik tu.
Aku dukung dia bawak masuk kolam.
Dia punya la takut.
Melekap kuat dia peluk aku.
Siap tutup mata lagi dek takut sangat masuk air.
Adoi la.
Umi dia baru nak enjoy-enjoy kasi dia berenang, ni langsung tak nak.
Muka dia pun sedih. 
Tak happy langsung.
Dalam 15 minit mcm tu, bapak dia plak dukung duduk kat tepi kolam.
Aku pun mengambik kesempatan la mandi, berenang-renang kejap.
Dah lama tak berenang.
Aku pun memang suka air.
Nampaknya Naurah tidak mengikut jejak langkahku.
Haha.
Maybe kecik sangat kot.
Takut-takut lagi.
Ala ni pun 1st time kteorang bwk dia mandi kolam.
Huhu.

Tak lama pun aku mandi tu.
Sebab sorang-sorang kan.
Rasa cam tak fun.
Rasa cam dah puas sikit, pegi tukar baju nak jalan-jalan around Felda Residence Hot Spring ni.
Masa pun suntuk.
Sebab kteorang nak kena check out pukul 12 tgh hari.
Lepas tukar baju kering, jalan-jalan sekitar kawasan theme park.
Jumpa la tempat merebus telur nih.
Aku rasa tempat rebus telur ni memang panas gila air dia.
Nampak berwap-wap air tu.
Macam air yg boiling.

tempat merebus telur

kaunter beli telur

rebus telur dalam kolam kecik ni

Berdekatan dengan tempat merebus telur tu juga ade kolam rendam kaki.
Yang ni suhu dia around 30-40 darjah celcius.
Panas la jugak sebenarnya.
Tapi tak la sampai melecur kulit.

tempat rendam kaki

Kalau nak merebus telur, kena beli kat sini.
Dorang tak kasi bawak dari rumah.
Makanan pun tak leh bawak masuk.
Dorang akan cek beg kita before masuk tadi.
Sebab makanan dan minuman sume ade dijual dalam theme park.
Biasalah. 
Orang meniagakan.
Mesti nak tapau/jual semua.
Kalau orang bawa semua benda dari luar, tak laku la bisnes dalam theme park ni.

Lepas area merebus telur tu baru la jumpa kolam mandi besar.
Kat sini ade macam gelongsor air.
Pastu luas gila.
Haaha.
Rase cam menyesal lak tukar baju awal-awal.
Sini macam sesuai utk remaja and budak-budak besar lah.
Sebab ade gelongsor air tu kan.
Pastu ade gak macam air terjun buatan yang dorang buat kt situ.
Memang teruja gak la tengok.
Oh ye. Air kat sini adalah air sejuk biasa.
Bukan air panas.
kolam besar


Lepas je melawat kolam besar tu, masa perjalanan keluar, tengok-tengok Naurah yak yak pulak.
Kena la gi tandas basuh.
On the way go tandas, ikut jalan lain, nampak ade private jacuzzi.
Wahhh siap ade private lagi.
Yang ni kena bayar lain harga la kot.
Sebab nampak ade kaunter bayaran kat tempat masuk tu.
Nak rush masa tu.
So tak sempat la i nak usha berapa ringgit.

Lepas basuh berak Naurah, kteorang pun cepat-cepat nak balik.
Masa tu pun dah 11.45 pagi.
Then, check out hotel dalam pukul 12.10 tgh hari macam tu.
Nasib takde cas tambahan ape-ape la.

Lepas tu terus gerak ke KL.
Sempat la singgah RnR Bernam Jaya makan dulu sebelum sampai umah.
Sampai umah around pukul 2 ptg macam tu.
Then aku mandi balik.
Sebab rasa cam melekit-lekit lak badan.
Walhal dah mandi kat bilik air kat Hot Spring lepas mandi kolam tadi.
Ntah. Rase tak selesa plak.
Lepas tu mandikan Naurah then ajak dia tido.
Hehhe..

Macam tu la kesudahannya short trip kami.
Tak de la penat sangat sebab kejap sangat.
Penat duk dalam kete je pun.
Tapi seronok la sebab gi tempat lain kan.
Bawak budak kecik tu berjalan tengok dunia ni.
hehehe. Takde la asyik tengok shopping mall je dia tiap-tiap minggu.

Ok.Daaaa..



makanan dinner kteorang on the first day

nama restoran: Meranti coffee house at Felda Residence Hot Spring


 suasana dalam restoran


Comments

Popular posts from this blog

Chilled Oreo Cheesecake resipi - Tak perlu bakar! masuk peti sejuk je

Tersumbat telinga dan hidung lah pulak dah (sinusitis)

Alhamdulillah..Allah makbulkan jua doaku