Coretan di kala malam hari

1:19 AM ct nasyrah 2 Comments

Huuuu... lamanya dah tak menulis kat sini. 
Many months have passed. 
During this past, so many things had happened. 
Tak tau nak start dari mana dah ni nak cerita...

Well its 2017 now. 
This year im no longer twenties.
Welcome to 3 series. 
Macam berat je mulut ni nak sebut. 30.
Pegi interview, nak kena cakap "Im 30 years old"..
Cittt..segan ah. 

Tapi masa tetap berlalu.
Tak tunggu pun.
So hadap je la kan dengan hati yang tabahhh..
Tabah la sgt. 
Dalam pada umur yang 3 series ni.
Aku dapat rasakan perubahan.
Perubahan macam mana?
Aku rasa dari segi kematangan fikiran kot.
Sekarang ni dah lebih rasional skit berbanding 2 series dulu.
Kiranya nak cakap, nak bagi pendapat tu atau nak marah ke, otak ni proses dulu kebaikan dan keburukannya.
Jadinya, kesabaran tu otomatik makin bertambah.
Sebab, bila dipikirkan kesannya selepas ledakan kemarahan, jadi ok tak perlu marah. 
Better bincang. Berunding elok-elok.
Positif.
Bersangka baik.
Macam tu la lebih kurang.

Lepas tu, aku rasa malas memikirkan benda remeh.
Take it easy la dah sekarang.
Apa benda tak perlu, tak sesuai,tinggalkan. 
Buang jauh-jauh.
Takde rasa berat hati sangat la.

Jaga makan.
Aku rasa dah mula mengambil berat tentang pemakanan dan kesihatan diri.
Mula nak ada kesedaran tentang bahaya terlebih gula, terlebih lemak, kolestrol tinggi la bagai.
Dengan pertambahan umur ni, makin rendah la metabolism. 
Makin senang la nak gemuk.
Mula la risau pikir nak jaga badan kan. 
Bukan takat badan je.
Kulit muka pun.
Seram gak pikirkan muka makin 'tua'.
Haha. 
Tapi paling penting kesihatan la.
Semakin tua, makan macam-macam benda tak berkhasiat time dolu-dolu tu, takut la cepat dapat penyakit kronik. 
Ni sume salah facebook. 
Banyak benor post pasal berita orang ramai-ramai dpt penyakit kronik yang makin meningkat saban tahun. 

Sekarang ni jugak, pikiran lebih menuju ke hala tuju masa depan.
Dengan anak-anak yang semakin membesar depan mata.
Itu la sumber inspirasi untuk gerakkan otak dan badan dan terus berusaha mencari rezeki dan memberi yang terbaik bukan untuk aku, utk diorang.

Ya. 
Sekarang ni banyak perkara dah jadi bukan utk aku.
Tapi untuk orang lain.
Langkah yang diatur dan diambil semua untuk masa depan orang lain.
Rasa gembira bila dapat menggembirakan orang lain.
Especially untuk yang tersayang. 

Aku gembira dengan kehidupan sekarang. 
Walaupun tak sesempurna mana dan tak seindah yang diimpikan.
Tapi, kebahagiaan tu ada hadir dalam diri aku. 
Kuncinya adalah sentiasa bersyukur. 
Bila fikiran negatif menerjah hati dan jiwa aku, aku cuba positifkan dengan rasa bersyukur dan bandingkan aku dengan orang lain yang kurang bernasib baik. 
So, takde la rasa down sangat kan. 

Ok. Ngantuk dah. Fullstop. 
















2 comments:

  1. Menulis blog pun dah nampak semakin matang. Hihi..

    Welcome to 3 series...
    Aku lagi 2 minggu ni nak sambut.. Hihi..

    ReplyDelete
  2. Tiba2 teringin pula mau tau sepa writter blogger ni

    ReplyDelete