Full width home advertisement

Post Page Advertisement [Top]

Dah lama terpikir nak share pengalaman ni.
Nak kata aku ni dah pro sgt bab inteview ni takde la.
Tapi jujur aku katakan aku dah pernah pegi berpuluh-puluh interview keje.
Keje yang aku mintak ialah sebagai programmer/web developer.
Sebab aku kan 'rajin' sgt berenti keje cari keje baru kan..
Hahha..'rajin' la sgt!!
Terpaksa weh. 
Aku terpaksa cari kerja lain. 
Itu la aku mampu katakan sekarang.
Sebab aku ni sebenarnya setia orangnya.
Ahhh chewahh..

Ok..berbalik kepada tajuk post tadi.
Aku akan share skit la, soalan-soalan yang konfem akan ditanya sewaktu interview kerja.

1. Kenalkan diri anda/introduce yourself.

Tips: ceritakan sedikit perkara asas tentang peribadi anda. Contoh, nama, umur, tempat tinggal, diploma/degree in.. dan paling byk ceritakan pasal pekerjaan terkini. Pasal tugas/job scope, apa yang korang buat kat opis. If pandai guna software apa-apa boleh selit masa ni.  

Dont: jangan pi cerita pasal adik beradik, panjang-panjang pasal tempat sekolah, belajar dari kecik smpai besor, meleret-meleret pasal benda yang takde kaitan dgn kerja yang dipohon.

Contoh ayat aku: My nama is Nasyrah. Im 29 years old. Now i live in Pantai Dalam. I have a degree in Science Bioinformatics. Currently, im working as web developer in and Advertising company in Kelana Jaya name Bla bla Sdn Bhd. Here, my job scope is doing web development using CMS like wordpress, Joomla, opencart. Also doing bug fixing, customizing functions according client request. Adding SEO features in website. I am familiar using PHP, MySQL, Html, Css, jquery and Javascript and developing eccomerce website and integrate payment gateway in ecommerce website.  

2. Kenapa anda ingin berhenti kerja?/ Why are leaving your current company?

Tips: cakap benda yang positif sahaja. Biasa orang jawab dgn jawapan standard iaitu "I want to gain new experience, new environment and meet new people.". Takpe. Walaupun ni jawapan standard, aku biasanya ulang saja tiap kali. Haha. Kalau nak power skit, boleh je lain ayat. Nanti dlm contoh. 

Dont: Jangan cakap perkara buruk tentang company lama. Walaupun sebenarnya ko tu berenti sebab tak dapat gaji ke, bos jahat ke, terlalu stress ke. Never say anything negative about company lama atau diri sendiri.

Contoh jawapan aku: 
I quit because i want to gain new experience, to be in new environment and meet new people and also to be in a better place and I would like to be exposed and updated with the latest programming technology and knowledge. 

I quit because i wanted to gain new experience and environment and to be in a establish and financially stable company for me to learn and grow together with the company.

3. Kenapa kami perlu ambil and bekerja?/Why we should hire you?

Tips: Cakap perkara positif tentang diri sendiri. Tapi jgn la keterlaluan sgt sampai nampak bongkak ataupun membongak. Haha..Ni la masanya korang nak 'jual diri' dan jadi yang terbaik antara semua calon yang ada. Kaitkan jugak dengan pengalaman lalu masa korang keje di tempat lama.

Dont: Menipu tentang perkara yang korg tak boleh lakukan, ataupun cakap ciri-ciri yang korang buat-buat. Contoh, korang boleh buat sistem power-power walhal tak pun. Konon suka keje teamwork, tapi sebenarnya keras kepala tak suka dgr arahan. Jujur je bgtau apa kelebihan korang. 

Contoh jawapan aku:
I am a responsible person. When given any projects, i will handle and deliver the job until finish. i dont like to let other programmers to finish my unfinished job. Next i can do multitasking work. for example,in my last company, i have been assigned to many projects at the same time, and to manage that, i have to list which project is priority and maybe allocate some hours to do 2-3 projects in one day. Even it is not yet finish completely but, the projects is ongoing or currently in progress. 
Besides i also prefer to work in a team because i would like to share and learn new knowledge with other teamates. But if im working alone is also fine because im a fast learner and i do selfthaught by research using google or joining forum online. 

Haaa macam tu. Lepas tu biasanya soalan -soalan akan berkisar pasal contoh-contoh projek yang kita pernah buat la. 
Ataupun berkait dengan pengalaman kerja korang.
Macam mana korang handle masalah.
Macam mana selesaikan kerja.
Yang tu random. 
So, tu kena pandai-pandai sendiri.
If tak tau, then cakap je tak tau atau tak pernah dgr pasal tu.
Jangan memandai cakap boleh.
Sebab nanti kalau dah dapat kerja tu, tgk-tgk ko tak pandai buat, hmmm menjawablaaa..

Pernah jugak aku ditanya pasal prosedur kerja.
Contoh macam steps handle projek.
Aku akan cerita la dari sales team, bagi ke supervisor/project manager, pastu ke designer, pastu ke developer, then dah siap develop web atau sistem tu, hantar ke bahagian qc untuk cek. Last baru pass balik ke sales team dan present ke client. 
Ada jugak, soalan macam "kalau you tak dapat siapkan projek in timeline, macam mana?"
Aku pun jawab la "biasa kalau saya tak dapat siapkan atau ada masalah nak siapkan before dateline, saya akan inform supervisor/project manager. Bagitau apa masalah dan mintak masa lagi utk siapkan beberapa hari sebelum dateline...".
Macam tu la.

Hmm lagi....
If dorang tanya sejauh mana knowlegde korang tentang perkerjaan korang.
Contoh macam aku ni, dorang tanya pandai guna programming language apa.
Biasa aku akan bg jawapan macam 'rate myself '.
Bagi nilai 1-10.
Ataupun level beginner, intermediate, advance.
So dorang senang nak menilai dan kita ni ada kekuatan kat mana, apa kelebihan dan kekuatan pengetahuan kita. 
Dan majikan pun dapat membuat keputusan sama ada kita ni sesuai ke tak dengan kerja kat situ.

And tips paling last sekali.
Sebelum abis interview, biasanya interviewer akan tanya, "Ada apa-apa soalan?"

Tips: Jangan biarkan interview anda berakhir tanpa sebarang soalan. Masa ni lah, masa keemasan utk kita upsell diri dan biarkan interviewer tu impress dengan kita. Antara soalan yang boleh ditanya seperti contoh.

Contoh soalan: Can i know what are the criteria that you looking for this position?
Melalui soalan ni, kita dapat tau, sama ada kita ni sesuai ke tak kerja kat situ. Majikan tu akan jawab la apa jenis orang yang dia nak. Biasanya majikan nak orang yang ada good attitude. Yang jenis rajin, berusaha utk siapkan kerja. Walaupun kita ni tak pandai buat itu ini, tapi kalau sikap kita yang rajin berusaha dan menampakkan effort utk siapkan kerja tu yang penting. 
Kalau korang rasa, apa-apa kriteria yang disebutkan ada pada diri korang, maka korang sesuailah keje situ. 

Jadi if rasa-rasa korang nak kerja kat situ, lepas interview tu, silalah balik rumah solat hajat ke, sedekah sambil niat korang nak dapat keje situ ke, doa sungguh-sungguh dengan Allah SWT supaya tempatkan kita di tempat kerja yang sesuai dengan kemampuan dan kehidupan kita.

Gitu lah antara perkara-perkara yang aku buat sepanjang sesi interview dan selepas interview.
Tapi bagi aku yang dah bertahun pengalaman kerja ni, nak pegi interview tak setakut atau seseram nak berenti keje. Hahaha.

Nak anta resign letter kat bos, sejuk dia lain macam beb.
Bergetar tulang, berdebar jantung melebih tahap dari nak pegi interview keje.
Kalau fresh grad tu terbalik la pulak ye kan. 
Kalau untuk fresh graduate yang tgh interview, kena twist skit la jawapan. 
Sebab takde pengalaman lagi kan. 
Yang penting ko jujur je dik jawab setiap soalan tu, 
Jawab je lah secara berhemah dan positif. 
If ada negative, pepandai lah twist jawapan tu balik utk kasi nampak bagus jugak walaupun ada kekurangan. 
Yang tu goreng lah sendiri.  
Sebab setakat ni, jarang la aku dapat soalan what is your weakness?
Tapi boleh google utk standby kot-kot la ditanya kan...

Ok. Itu saja dulu.
Gud luck dengan interview korang! 
Cau cin cauuuu..


2 comments:

  1. taulah kenapa tak pernah resign, tak leh bare kut perasaan time nak hantar surat resign tu.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.. nak tanya, sepanjang u interview programmer/developer, mostly interview tu akan ada test ke? or certain company je yg akan bg test utk tgk skills dlm programming.. Thank you in advance! :)

    ReplyDelete

Bottom Ad [Post Page]