Full width home advertisement

Post Page Advertisement [Top]

Kejadian ni jadi time bulan puasa hari tu.
Bulan Jun.
Sebab aku yang cuai.
Maklum la tak penah eksident.
Jadi tak beringat.
Tu sekali Tuhan nak kasi sedar.
Padan muka aku...

Cerita dia, masa tu baru je beberapa hari puasa.
So opis bagi balik sejam awal dari biasa.
Tapi aku takde la rush sgt nak balik pun.
Maybe dah nasib nak kena kot.

Aku mengaku aku yang salah.
1st sebab aku uturn kt lorong bukan uturn.
2nd sebab aku terus tukar lane tanpa lihat jalan sebelah.
So, terang lagi bersuluh, kena aku mengaku aku salah masa report polis.
Dush kena kompaun RM100 ( actually RM300. aku dapat diskaun dari kawan husband yg keje polis gak)

Kete blakang langgar aku, sbb aku tukar lane tak tgk lane sebelah kan,
Actually, lepas je u turn,aku masuk lane kiri asalnya.
Lepas tu aku terus je tukar lane kanan tanpa tgk cermin sisi.
So, berdebum la kete blakang yang tak sempat brek langgar blakang kete ku.
Sejurus selepas perlanggaran, aku mmg menggigil weh.
Berenti kt tepi jalan, nak bukak pintu kete pun takut.
Tapi sebab dah salah tu kena la jugak keluar dari kete kan.
Nak larik pun jalan tgh jem depan tu.
Haha.. tak terpikir pun larik sbnrnya

Nasib la owner kete belakang aku tu perempuan ok.
Muda lagi baya adik aku je.
Nasib baik lagi dia tak maki hamun pun.
Dia rilek gila.
Aku ni yang gelabah katak.
hahah..
Aku cakap kat dia aku mintak maaf sgt.
Dia kata " takpe, kita nak cepat kan. Snap je gambar kete dengan gambar ic ngan lesen you"
So, kteorang pun snap gambar kete, gambar ic & lesen masing-masing dan bertukar no telefon.
Aku rasa dalam 10-15 minit je cakap ngn dia.
Lepas tu we olss pun blah dari tempat kejadian memandangkan tempat tu dah mula jem sebab weolls berenti tepi jalan tu.
And biasalah kete lalu lalang pun slow nak tgk kejadian.

Damage??
Kete aku tak teruk sangat.
Kemik bumper blakang ngan lampu pecah sikit belah kanan.
Tapi kete dia tu teruk gak la.
Lampu kiri dia abis pecah.
Bumper kemek.
Anta workshop kira pun katanya nak dekat 2 ribu utk repair keta dia.
Lagipun kete dia bukan buatan malaysia.
Mahal skit la spare part.

Dah mahal macam tu, terpaksa la aku guna insurance.
Huhuhuuu.. abis la NCD aku jadi kosong dah.
Elok dah aku dpat NCD 55% dah sekarang ni.
Takpe la.
Apa boleh buat.
Mana la aku nak ade duit cash RM2k masa tu nak bayar repair kete dia.

Mula-mula dia mintak aku bayar cash tau tapi secara ansuran la utk repair damage kete dia tu.
Sebab kalau nak ikut insurance, lama nak siap.
Prosedur lama.
Lagipun kete tu la dia nak bawak balik raya nanti.
Aku rasa kesian pun ada.
Sebab salah aku dia dah susah.
Kalau ada cash, aku ok je bayar.
Masalahnya takde.
Dahla dgn nak raya lagi.
Nak bayar ansur-ansur pun bukan sikit2 dia mintak sekali bayar tu.
Kalau sebulan 500 pun banyak jugak bagi aku.

So, kena la dia kawtim dgn workshop panel insurance aku dkt area rumah dia.
Lps je inform dia, aku tetap nak guna insurance aku utk repair, dia kata oklah and tu lah last aku contact dia.
Jadinya aku dapat la tau, after je accident, report polis adalah benda yang paling penting sekali dgn tau no plate kete yang langgar kita.
Tak kisah la sape salah atau benar.
Sebab polis akan siasat dari laporan kita tu.
Lps tu dorang akan tentukan sapa yang salah.
Dan orang yg salah akan kena kompaun and tanggung kos repair kete tu pakai insurance kete sendiri.
Dan orang yang tak salah, boleh claim insurans kete orang salah.
Gitu lah.
Tak rumit pun sebenarnya.
Maybe jadi rumit kalau pihak 1 lagi tak buat report.
Tapi dalam kes aku mudah je.
kteorang gi report polis esoknya.
Dan lepas tu contact insurans, dorang kasi workshop panel yang terdekat,kita sendiri hantar kereta ke sana dan tunggu sampai kete siap repair.

Kete aku sendiri siap dalam 3 minggu jugak la.
Nasib ada kete adik aku yg aku pinjam sepanjang kete anta workshop.
Kalau tak susah jugak weh.

Tu la dia.
Harapnya takde lagi lah excident ni.
Seriau lah.
Nasib aku takde cedera apa-apa.
So, kejadian ni membuatkan aku lebih alert dan berhati-hati masa driving.


kete ku 

 kete dia







No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]