Full width home advertisement

Post Page Advertisement [Top]






Raya tahun ni, 1st time jual kuih raya amik dari supplier.
Asalnya tahun sebelumnya aku just beli je dan makan sendiri.
Alaaa 1 jenis kuih je pun aku jual tu, Rainbow cookies ataupun kuih lidah kucing orang panggil.
Disebabkan ada permintaan, so aku pun rasa nak order byk2 dan jual.
Dapat la cari duit lebih skit utk raya ni.

hmm...
All the way so far so good.
Order ok la.
Boleh tahan.
Aku pun tak amik banyak2 sgt sbb tak larat nak anta ke rumah orang.
Amik order pun sekitar rumah aku dan kawasan opis je. 
Kenapa tak pos je kan?
Sebabnya.. cookies tu rapuh.
Kalau guna pos laju pun, ko tampallah sticker FRAGILE tu besar gajah pun dorg tak mungkin akan jaga baik2 punya.
So, aku tak nak amik risiko kalau customer mengadu dpt biskut pecah hancur.
Gigih la aku aku anta cookies tu sendiri bawak kete. 
Hehe...

Dalam banyak2 customer yang aku jumpa dan jual cookies ni, ada la 1 kejadian yang tak disangka terjadi.
Oh ye, cookies yang aku jual ni pre-order.
Aku kena amik order dulu dari customer.
Lepas aku dapat order dr customer baru aku order dari supplier, dalam 1 minggu sebelum raya, cookies pun sampai kat rumah.
Cookies ni ada 3 saiz aku jual, saiz S ada 25pc.
Saiz M ada 60pc.
Saiz L ada 100pc.

Jadi, ceritanya ada la sorang customer ni, dia beli dari kawan opis dia.
Kawan opis dia tu yg order dari aku. 
Let say nama dia Fiza.
Fiza ni order Rainbow cookies ni bekas saiz M. 
Harga RM28 aku jual sebekas.
Yang saiz M ni standad la saiz dia mcm kuih raya biasa2 kat kedai tu.
Kawan dia ni, nama Senah, pun order dari Fiza ni jugak.
Dia nak saiz S. Bekas kecik. Harga Rm15. 

Aku ni kan 1st timer jual cookies ni.
Tak penah la aku beli saiz S tu pun selama ni. 
So aku tak tau mcm mana betul2 bekas saiz S tu.
Bila stok sampai, aku pun dalam hati kata ish keciknya bekas saiz S ni.
Tapi, sebab customer dah order, aku just hantar je la.

Malam tu, aku dapat whatsapp dari Si Senah ni.
Dia kata dia tak puas hati sebab bekas saiz S ni kecik sangat.
Tak berbaloi katanya dgn harga dan bila dia compare dengan Fiza yang beli saiz M.
If dia compare, memang la rasa sepatutnya beli saiz M kan.
But aku dah bagi gambar cookies kat dia dengan details semua dah dulu. 
Sepatutnya masa order tu pikir la dulu kan. 

Ni tak, dia serang aku dalam whatsapp.
Marah sebab aku jual mahal sangat.
Tak berbaloi dgn duit dia katanya. 
Siap ugut2 kata nak viralkan pasal hal ni kat social media. 
Ishh..

Aku ni pikir, ni bulan Ramadan, dan niat asal aku nak menjual ni sebab nak sedekah kat family duit hasil jualan ni.
So, aku mengalah je lah.
Aku cakap kat dia, kalau nak tukar kepada saiz M, boleh. 
Just top up duit, dan pulangkan saiz S tu.
Siap kasi diskaun lagi jd RM25 je sebekas.
Bila aku suggest mcm tu, dia pun ok lah. 

Nak kata aku ikhlas sgt tu...
Hmm tidaklah.
Sapa tak sakit hati kan.
Aku cuma tak nak keruhkan keadaan je. 
Kalau dia betul2 viralkan kat fb, nanti malukan supplier cookies aku je.
Supplier cookies tu pun kawan aku jugak sebenarnya.
Junior kat sekolah dulu.
Takkan nak biarkan bisnes dia busuk plak kan sebab hal kecik je.

Ada aku report kt member supplier ni pasal hal ni.
Alaa dia pun pelik je dgr.
Ada agen dia jual sebekas sampai RM18 pun ada je orang beli.
Takde kecoh pun.
Kalau tgk orang lain jual kat Instagram pun lebih kurang mcm tu la harganya pun. 

Tak apee lahh..
Aku just anggap ni asam garam dunia meniaga.
Hati ni nak kena kental nak hadap pelbagai lagi ragam orang. 
Sebelum ni nak kena tahan dgn rejection. 
Tak tau la apa lg cabaran lain. 
Bertabahlah aku..



ni antara cookies customer aku dah siap2 bungkuih..hehe
 


No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]