Full width home advertisement

Post Page Advertisement [Top]


Benda yang aku meniaga sekarang..RK Magical Set ;)


Sebenarnya tak pernah terpikir pun yang aku akan berniaga.
Sebabnya aku bukanlah super peramah sgt orangnya.
Aku ni jenis 'reserve' sikit.
Especially dengan orang yang tak kenal.
If dah kenal dan dah biasa, baru aku boleh share macam-macam dan berkawan baik dengan diorang.
Maklumje lah, kalau nak meniaga ni kena pandai berborak, peramah baru la senang nak jual barang.

Tapi, semenjak adanya teknologi internet ni, orang yang tak peramah pun boleh bisnes tau.
Guna la media sosial untuk interaksi dengan orang.
So, tak la malu sangat.
Walaupun sebenarnya ada jugak la rasa tu.
Tapi dengan praktis yang banyak dan positive mind, mesti boleh buat punya.

So, dapat key point dia kat sini?
Nak berniaga mesti positive mind set.
Tak boleh negative.
Sebab bila negative thoughts datang, nanti kita akan jadi takde semangat nak niaga.

Dan sebenarnya banyak lagi perkara yang dpt aku belajar setelah meniaga ni.

Antaranya, berniaga akan improve our social skill.
Sebab kita akan automatik jadi peramah dengan orang sebab nak cari prospek.
Dulu aku takde skill ni.
Aku pemalu nak tegur orang.
So biasa orang kena tegur aku dulu, baru aku akan bercakap dengan dia.
Bukan sombong ye asalnya, tapi maluuuu..

Lagi, aku rasa hidup aku bermatlamat.
Aku rasa setiap hari aku ada plan yang nak buat.
Rasa nak buat sesuatu.
Nak capai sesuatu.
Sebab dengan berniaga, aku rasa aku mampu berangan tinggi dan capai impian macam-macam berbanding dengan kerja makan gaji.
Jadi, aku akan pastikan aku produktif hari tu.
Even tak ada sales, tapi  aku cuba promote barang.
So ada usaha yang dah dilakukan disitu.
Jadi, kita akan rasa kena keep on moving foward untuk pastikan usaha sekarang, akan ada hasilnya di masa hadapan.

Selain tu, berniaga akan membuatkan rasa kebergantungan kepada Tuhan.
Sebab orang meniaga ni, bos besar dia ialah Allah SWT.
So, untuk mendapatkan rezeki hari tu, dia kena la sentiasa jaga hubungan dia dengan big bos.
Hanya Allah yang akan memberi rezeki.
Jadi secara tak langsung, ibadah kita pun bertambah.
Nak solat awal waktu, nak zikir banyak-banyak, nak doa seikhlas hati dan sungguh-sungguh dan selalu rasa ingin memberi.

Haa tu dia next key point. Dapat tak?
Kita kena start dengan memberi, baru lah kita akan menerima.
Macam tu lah.
Kalau dulu selalu syaitan duk hasut supaya rasa jangan memberi, nanti tak cukup.
Tapi, dengan rasa kesungguhan nak murah rezeki, kita akan mula untuk memberi.
Lama-lama nanti, dari sikit-sikit memberi akan jadi banyak rasa nak memberi dan membantu.
Macam tak ikhlas je bunyi dia kan.
Memberi sebab nak murah rezeki.
Macam nak balasan.
Tapi kita ni namanya pun manusia.
Manusia memang sukakan balasan.
Jadi apa salahnya, kita melakukan kebaikan dengan mengharapkan balasan yang baik pun datang kepada kita? Tak gitu..
Sebab rezeki tu tak terbatas dengan wang ringgit saja.
Rezeki boleh datang dengan pelbagai cara.
Kesihatan yang baik, keluarga yang bahagia, anak yang soleh dan macam-macam lagi.

Ok, lagi key point yang aku dapat ialah berniaga banyak membuka minda aku.
Maksudnya, ko akan berpikir dari sudut yang berbeza.
Pendapat kita akan jadi lebih matang dan fikiran tu akan menjurus ke masa hadapan.
Kita akan nampak peluang dan ruang yang terbentang luas dengan berniaga.
Bila nampak je orang meniaga pastu jual barang, kita akan start kira-kira untung orang tu kalau dia jual barang sekian-sekian.
Haha..pikir duit je kan.
Tapi dia macam otomatik je datang.
Nanti kita akan mula la dapat idea macam-macam nak rasa nak buat benda sama.

Ok. Last point yang aku dapat, macam yang aku kata awal-awal tadi, berniaga akan membuatkan kita sentiasa rasa positif dan bersyukur.
Kita akan rasa setiap yang berlaku tu ada hikmahnya.
Rasa redha dengan musibah.
Rasa sabar dengan masalah.
Bila kerugian dan kesusahan, kita akan rasa bersyukur kerana kita masih mampu untuk meneruskan hidup berbanding orang lain yang lebih susah.
Dan kita akan cepat-cepat fikir solution untuk settle kan masalah biar tak berlarutan.

Dannn yang paling best sekali mestilah ko akan dapat income dari berniaga.
Dapat la top up beli apa-apa kehendak yang nak yang tak mampu nak beli dengan gaji tu.
Dapat menyimpan duit jugak dengan hasil meniaga tu.
Dapat bagi mak ayah lebih, sedekah kat orang lain.
Macam-macam la boleh buat dengan duit.

Jadi?
Kenapa tak cuba untuk berniaga?
Nak niaga apa?
Macam aku start niaga benda-benda yang aku suka.
Aku suka cantik.
Suka benda yang cantik, lawa di mata aku.
Tak kisah la barang perhiasan ke, makanan ke, muka, body suka sgt cantik-cantik.
Jadi aku pun start jual produk kesihatan dan kecantikan.
Macam tu lah ceritanyaa..










1 comment:

Bottom Ad [Post Page]