Full width home advertisement

Post Page Advertisement [Top]



Ini kisah pengalaman aku bersalin untuk kali yang kedua 10 Julai lepas.
If jumpa kawan-kawan yang baru ade anak satu, soalan ni mesti akan dorang tanya.

"Eh, mana lagi sakit bersalin? Yang pertama ke yang kedua?"

Hmmm.. secara jujurnya masa tu aku berpikir jugak mana yang lebih sakit. 
Sebab dua-dua bersalin pun sakit.
Tapi aku rasa bersalin kedua ni lebih sakit kot.
Sebab kontraksi aku sangat kuat masa anak kedua nih.
Kononnya aku ingat bersalin anak kedua kurang sikit sakitnya.
Takde maknanya!
Sama je sakitnya ok!

Memandangkan aku kena jugak kencing manis untuk pregnancy kedua nih, jadi aku masih kena induce labor jugak macam anak pertama dulu.
Bezanya kali ni aku dah 39 minggu.
Masa bersalin Naurah ialah pada 38 minggu.
Biasalah. Reading gula dah susah nak kawal hujung-hujung pregnancy.
Disebabkan reading gula aku turun naik, tak stabil, doktor advice induce labor je.
Aku pun dah agak dah.
Jadi awal-awal dah bersedia je lah.

Ok la. Baca je lah kronologi hari bersalin aku.

10 Julai 2015 ~ 23 Ramadan 1436

Check in hospital PPUM pkul 745 pagi. 
Tapi tak terus masuk labour room.
Aku masuk wad biasa dulu.
Sebab kali ni aku punya kencing manis tak sampai kena insulin macam masa anak sulung.

Pukul 1230 tgh hari baru doktor datang seluk pastu letak ubat induce yang pertama.
Around pukul 3 ptg, aku start rasa sakit pinggang dah. 
Pastu dalam pukul 5 ptg, aku dah start rasa kontraksi yang mild.
Masa melawat tgh hari tu, umi ade datang teman.
Pastu pukul 5 ptg pun en.Dd datang teman aku.
So, dia dapat la tgk macam mana aku tahan kontraksi yang aku rasa datang selang 2-3 minit camtu.
Masa tu aku boleh bangun duduk lagi. 
Borak-borak ngan En.Dd dengan harapan aku dapat lupakan kontraksi nih.

masa ni tgh tahan sakit contraction..heheh. 


Sampai la pukul 8mlm macam tu, waktu melawat pun dah abis.
Maka En.Dd kena la keluar dari wad.
Huhu. Masa tu macam nak nangis dah.
Dah la sakit datang selang 2-3 minit. 
Masa tu memang sakit. 
Tapi aku boleh tahan lagi.

Dalam pukul 9 malam, doktor bertugas pun datang cek bukaan.
Aku berdoa la biar dah bukak rahim 4 cm so aku dapat masuk labour room cepat.
Tengok-tengok memang dah 4 cm pun.
Pastu doktor tu nak percepatkan bukaan aku, dia pegi korek rahim aku untuk cabut 'mucus plug'.

Throughout pregnancy, a mucus plug blocks the opening of the cervix to prevent bacteria from entering the uterus. Before labor, this mucus plugis expelled so that the cervix can open to allow the baby to pass through during labor and birth.
Haa tu la maksudnya 'mucus plug' dah aku google tadi tepek kat sini.
Sakit ok masa dia korek-korek nih.
Masa nih, aku dah rasa sakit sampai menggigil kaki.
Dalam pukul 930mlm gitu, aku pun kena tolak masuk labour room.
Nurse yang datang untuk tolak aku tu pesan suh zikir Nabi Yunus banyak-banyak untuk kurangkan sakit.

Dalam labour room, perut aku dipakaikan mesin CTG untuk pantau bacaan kontraksi dan degup jantung baby.
Rimas gak pakai mesin tu.
Tapi sakit kontraksi tu memang sakit sangat sampai aku tak pikir ape dah.
Lepas tu doktor datang lagi untuk pecahkan ketuban plak.
Aku dengar dia pesan kat nurse suh bagi aku ubat tahan sakit.
Sebab kontraksi aku kuat sangat even baru 4-5cm.

Dulu masa anak sulung, masa dah 4 cm nurse terus suntik ubat tahan sakit.
So, sementara tunggu nak 8 cm tu aku tak rasa sakit sangat.
Sampai aku boleh tido.
Yang ini, tak dapat tido sebab sakit gila.
Pastu aku bengang gak sebab nurse lambat nak kasi ubat tahan sakit.
Walhal aku dah sakit menggigil-gigil kot.
Aku sampai merayu-rayu kat nurse bagi aku ubat tahan sakit.
Nurse cakap tunggu dia nak tengok degup jantung baby aku.
Pehhh. Ini kali memang aku nangis.
Nangis sebab aku sakit sangat sorang-sorang dalam labour room tu.
Mulut aku tak henti zikir doa Nabi Yunus.
Walaupun aku rasa masih sakit sangat jugak, tapi aku pun tak tau ape nak buat lagi selain zikir je lah.
Ingat Allah.
Mana la tau kot-kot aku tak survive ke kan.

Aku dalam hati duk doa cepatlah budak ni keluar.
Dan aku berdoa biar aku dapat lahirkan anak ni hari jumaat jugak.
Aku cuba positifkan diri dengan tengok baby crib kosong sebelah katil aku.
Dalam kesakitan tu aku duk bayang anak aku dah lahir duduk dalam tu.
Nurse inject ubat tahan sakit aku rasa dalam pukul 11 mlm kot.
Tapi masa tu aku rasa ubat tu dah tak lut dah.
Aku still rasa sakit teramat sangat macam takde berkurang langsung pun.

Dalam pukul 1130 malam, tetiba aku rasa macam baby ni dah 'engaged'.
Aku dapat rasa kepala baby dah keluar dari rahim dan melalui saluran vagina dah.
Aku pun apa lagi, cepat-cepat tekan button call doktor.
Nak jerit panggil doktor pun dah tak terkeluar suara dah.
Berlari weh doktor ngan nurse semua datang katil aku.

Sampai je doktor terus sambut baby aku.
Aku sempat tengok jam masa tu around pukul 1145mlm.
Syukur sempat jugak aku bersalin hari jumaat.
Aku rasa aku takde la push sangat pun.
Sebab rasa sakit kontraksi tu terlalu kuat sampai terus push baby keluar.
2 kali sakit kontraksi, terus baby keluar.
Perasaan masa tu teramat-amat lega.
Hilang rasa sakit sume.
Kepala aku plak rasa cam berpinar je sebab aku duk sedut oksigen untuk kurangkan sakit.
Dengan kepala berpinar tu lah aku nampak nurse tunjuk baby aku dan bawak keluar untuk dibersihkan.
Lepas dia bersihkan baby, dia bawak baby ke dada aku untuk hisap susu.
Masa tu pun aku tengah kena jahit.

Haaa..kali ni, aku silap plak pegi tanya doktor ade inject bius tak.
Doktor kata takda bius.
Kalau bius dia kata nanti lambat luka nak baik.
Peghh terus pysco aku beb!
Terus rasa sakit teramat bila jahit.
Walhal masa lahir Naurah dulu aku rasa takde la sakit sangat.

Yang paling aku sakit hati tu, dah la masa jahit tu sakit gila.
Lepas tu doktor yang jahit aku tu doktor pelatih.
Salah jahit pulak.
So, doktor senior yang cek jahitan aku tu kena bukak balik jahitan dan jahit balik.
Kali ni, memang aku tak boleh tahan lagi dah.
Aku memang menangis jerit sekuat hati masa doktor tu jahit.
Tapi bukan jerit terus la. Aku jerit pakai mask oksigen tu.
So bunyi jeritan aku tak kuat sangat la sampai dengar satu wad.
Cuma doktor tu panik gak la dengar aku duk menangis sakit.

Bila dah settle, doktor tu cepat-cepat blah.
Aku plak rasa bersalah sebab jerit kuat-kuat.
Tapi masa tu memang aku tak boleh tahan dah.
Tak bius. Salah jahit la. Macam-macam.
Semua buat aku stress lagi la menambah sakit.

Akhirnya aku ditolak masuk wad biasa balik dalam pukul 3 pagi.
Masa ni la baru aku dapat jumpa En.Dd.
Rasa sebak bila nampak muka dia.
Aku tanya dah jumpa baby?
Dia kata dah.
Comel anak kita. Muka macam Naurah.
Sambung dia lagi.

Lepas dah settle down atas katil wad biasa, dalam sejam dua gitu, nurse datang bawak baby.
Aku ingat dia nak kasi esok pagi.
Dapat la aku tido jap.
Ni dorang kasi awal pulak.
Tak ape lah.
Dapat la aku nengok baby aku betul-betul.
Nampak kat label baby crib tu tulis berat dia lahir tadi 3.03kg.
Wahhhh. Berat gak eh.
Tapi aku tak rasa cam susah sangat.
Since kontraksi yang kuat tu membantu aku untuk keluarkan dia.

Macam tu lah pengalaman aku lahirkan anak kedua ni.
Lain dari kelahiran yang pertama.
Tapi serius, kesakitan bersalin tu memang buat aku trauma.
Huhu.
Ceh masa bersalin anak sulung pun trauma jugak, tup tup dapat lagi sorang.. hehe
Lepas dah dapat sepasang ni, aku ingat nak berehat la lama sikit.
Budak berdua nih dah besar sikit baru pikir nak menambah lagi.
Harap dapat reach target anak 4 orang before umur aku 35 tahun.
Penat ok ada anak kecik.
Sapa yang dah jadi mak paham la.

Ok. Till da next entri. Cau cin cau..
Nah belanja sikit gambar baby.

Muhammad Ilyas bin Rusydi Akmal - day 1





No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]