Full width home advertisement

Post Page Advertisement [Top]

Aku ni kadang-kadang rajin le jugak blogwalking ke blog mak-mak yang lain.
Macam-macam cerita la baca.
Pengalaman dorang membesarkan anak-anak.
Cara masing-masing.

Aku rasa la.
Dah hampir 2 tahun aku membesarkan Naurah ni, paling simple la kot cara aku.
Naurah tak pernah merasa hisap puting, tido dalam baby crib, playpen ke, katil bayi ke.
Dia jugak tak pernah merasa buaian. Takde car seat, takde baby chair, takde walker.

Bunyi macam wahhh jimatnyaaa..
Haha
Actually yes thats is true.
Jimat.
Tak banyak keluar duit beli barang untuk dia.
But..

Disebabkan takde baby chair, Naurah tak mau duduk dalam baby chair bila kat restoren.
So aku ngan ayah dia kena la bergilir-gilir pangku dia time makan.
And sebab tu jugak la Naurah jarang makan sendiri since dia susah nak makan sendiri bila duk atas pangkuan kteorang.
For sure dia akan disuap oleh kami.
Ok. Ini agak bahaya.
Takut jugak dia dah besar tak tau plak suap sendiri.
Nanti dah ade adik lagi. Camno tuh??
Kejap layan dia, kejap layan adik dia.
Jadi tangan sotong plak aku karang.

Next ialah disebabkan kemalasan kteorang dulu nak hangkut stroller sejak Naurah pandai berjalan, lama-lama dia tak nak duduk terus dalam tu.
Tak nak langsung ok. Even 2 saat!
Bila letak dia kat dalam stroller, dia akan melalak kuat-kuat suh keluarkan dia dari situ.
Macam masuk gua gelap plak dah kot rasanya tetiba masukkan dia dalam stroller.
Masalah jadi bila dia nak tido.
Kena la bapaknya dukung plak sambil dia tido atas bahu.
Sakit pinggang ok!
Bawak budak 10 kilo ke hulu hilir.
Adoi! Sian bapaknya.
Ade stroller, tp budak tak nak duduk dalam.
Sudahnya kteorang hangkut barang-barang segala la dalam tu jadiknya.

Kalau ade la car seat, aku boleh bayangkan macam mana dia akan melalak, menjerit meronta-ronta dalam tu.
Ade car seat pun sekejap je dulu pinjam kakak ipar punya.
Tu pun untuk new born punya car seat.
Bila dia dah besar dalam setahun lebih dah tak boleh dah pakai new born car seat tu.
So, kteorang dah pulangkan kat kakak ipar.
Jadi aku memang 'patah kaki' la kalau nak keluar dengan Naurah sahaja.
Setakat ni memang tak pernah.
Keluar mesti ade bapak dia drivekan kete.
Sebab aku akan pangku Naurah.
Ni dah nak ade adik memang parah la kteorang nak ajar dia duduk car seat.
Ye lah.Aku mesti nak kena pangku adik dia pulak.
Camne nak pangku 2-2 anak kecik??
Huhuhu gulp!

Masa Naurah masih baby kecik dulu, penah gak belikan dia puting.
Standby je ada takut dia nangis je kan.
Baby kecik memang suka menghisap bagi dia tenangkan diri.
Tapi bila bagi je dia puting pelesu tu, terus dia buang.
Dia macam tolak pakai lidah dia keluar.
Haha. So sejak tu, memang tak bagi la dia puting plastik tu dah.
Dah dia pun tak suka.

Buaian pulak, aku memang dari awal tak beli dan tak akan beli forever.
Sebab umah aku adelah kecik.
Buaian tu besar gabak, mana nak taruk kat umah?
Even baby cot/katil baby pun takde ruang nak taruk.
So memang tak ada la 2 benda ni kat umah.
Lagipun baca artikel kata buaian pun tak bagus untuk otak baby.
Takut terkuat sangat buai boleh bergegar otak dia.
Jadi masa Naurah baby kecik dulu, terpaksa la aku duk hayun badan kiri kanan nak tido kan dia.
Hayun slow-slow la.
Macam-macam cara la nak kasi dia macam berbuai.
Buai pakai badan. Buai pakai tangan, pakai kaki.
Janji dia macam berbuai diawangan..
Haha.
Tu yang aku letih tu dulu-dulu masa dia kecik...

Pengalaman dengan walker tu ada jugak.
Sekejap je la.
Disebabkan aku baca ade keburukan pakai walker ni.
So aku bercadang tak payah beli.
Tapi dalam hati teringin jugak nak kasi Naurah merasa naik walker tu.
Especially masa dia dah baru nak merangkak.
Tak boleh tinggal sekejap.
Melalak nak ikut aku kemana pergi.
Nak terkenc pun kena pantas berdesup weh..
Jadi aku pikir letak dia dalam walker, boleh la dia jalan-jalan tengok aku kat dapur ke.
Gigih la laki aku pegi pinjam walker tu dari kakak dia.
Nak cuba tengok ape reaksi Naurah.
Tengok-tengok, dia tak suka masuk dalam tu.
Letak dia kat dalam, melalak marah.
Pastu tak bergerak pun.
Puas aku ajar tolak pakai kaki.
Tak nak.
Sebulan je lah dia duk dalam tu.
Lepas dia dah pandai merangkak laju, terus aku lipat walker tu simpan.

Haha.
Tu la sedikit sebanyak pengalaman dengan budak kecik nih.
Sebenarnya ade banyak cons bila tak belikan benda-benda keperluan tu.
Macam remeh je kan.
Tapi ade impak nya pada anak la.
Benda-benda tu dah wujud kan.
So guna je lah untuk menyenangkan parents semasa membesarkan anak kecik.
Nanti jadi macam Naurah sekarang, memang parah la jugak.
Sebab tu la aku rasa Naurah macam 'clingy' sikit kot.
Ke sebab anak perempuan memang 'clingy'?

layan la video dia joget2



No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]