Full width home advertisement

Post Page Advertisement [Top]


"eh ye ke orang tua kata masa ngandung tak leh bertukang?"

"arghh terbunuh semut pulak. dah la tengah ngandung. eh bole ke bunuh semut?"

"ko tu mengandung. Perangai elok sikit la. Kenan anak karang!"


Dan pelbagai conversation pantang larang lagi semasa mengandung dulu.
Haha.
Eh ye ke ade kaitan perangai ibu masa mengandung akan efek pada perangai anak yang akan dilahirkan nanti??
Jeng jeng jeng....

Satu hari ni.
Ter'throwback' kisah kami masa bebudak dulu.
Umi la dok bukak cerita.

"Ko tu kaklong masa umi mengandung kau, mesti nak buah limau.
Hari-hari mesti ayah kau belikan limau. Limau sunkist tu. Kalau la 1 hari tak dapat mesti umi mengamuk-ngamuk dengan ayah kau.."

Kaklong tu aku le.

"Sebab tu la kau ni nak ape barang mesti nak dapat. Kalau tak dapat mula la nak mengamuk frust!"

haha. Eh ye memang betul pun.
Aku kalau nak apa-apa, mesti nak dapat.
Tak kisah la benda ke, ajakan ke, tanya ke.
I hate rejection so much.
Aku mengamuk secara diam kalau tak dapat ape yang aku inginkan.
Adekah berjangkit dari perangai umi masa dia mengandungkan aku??

Next stori pasal adik bongsu.
Adik bongsu ni dari kecik terkenal dengan sifat ketamakkannya.
Haha.
Kalau makanan tu sedap, kiri kanan tangan penuh takut dia tak sempat nak grab sebelum abis.
Dia juga suka lebih dari adik beradik yang lain.
Dan selalunya orang lain terpaksa beralah dengan sifat ketamakkanya dengan tiket "aku anak bongsu manja umi"

Pastu umi cerita, " masa ngandung adik dulu, umi suka sangat makan ayam goreng.
Selalu teringin makan ayam goreng.
Jadi umi senyap-senyap gi kedai makan belakang umah tu makan ayam goreng kat sana.
Tak nak share dengan korang sume.
Itu pasal la kot adik ko gitu..."

Tapi sekarang adik dah besar.
Takde lak dah perangai tamak tu dah.

Apekah sume ni secara kebetulan??
Hehhehe.
Pantang larang orang mengandung memang macam-macam.
Aku dulu orang tua pesan itu ini, ikut saja lah labu.
Tapi kalau sampai syirik tah ape-ape tak yah la.

hahaha..terkedu mamat 2 org tu tgk! 




No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]