Full width home advertisement

Post Page Advertisement [Top]


Cuti kat sini memang secara tak dirancang.
Jumaat malam tu, En.Dd tengah buat keje.
Tetiba kaklong dia call. 
Bgtau yang dorang tak jadi nak gi holiday kat Trolak, Sungkai Perak ni.
Walhal hotel sume dah book and dah bayar.
Jadi untuk mengelakkan pembaziran, so En Dd pun jadi la nak gi gantikan tempat dorg.

Esoknya aku ingat dia nak gerak pagi. 
Tengok-tengok dia keluar kata nak gi renew roadtax kereta.
Pastu aku pun tunggu punya tunggu dah nak dekat pukul 12 tgh hari baru dia call.
"Siap-siap la baju semua. Lepas abg settel roadtax ni kite gerak".
Aku cam, lambatnya nak gerak. Takkan malam baru nak sampai sana?
Lantak la. Bukan aku yang drive pun.
Haha.

Lepas siap-siap sume, around pukul 2 ptg kteorang bertolak dari KL.
Pastu dalam kete baru laki aku ni explain.
Katanya dia memang sengaja nak gerak lambat. 
Sebab dia kata kat sana takde ape sgt pun.
Just ade kolam air panas tu je.
Pastu tempat nak pergi tu pun dekat je.
Dalam 1 jam setengah sampai la.

Aku plak macam biar betik dekat? 
Perak kot. Ipoh pun dalam 3 jam.
Pastu aku pun curik-curik tengok google map.
Tengok-tengok haah ye lah. 
Memang dekat je.
Estimation time by google map 1 jam setengah gitu.
Tak sampai Ipoh pun tempat tu. 
Bawah sikit dari Tapah. Lepas bernam jaya. 

Kteorang sampai dekat sana around 4 petang.
Masa tu hujan renyai-renyai.
Nampak ade sign board besar gila "Felda Residence Hot Spring".
Pastu kteorg follow masuk dalam sampai la jumpa hotel dia.
Dari luar pun nampak lawa mewah beb.
Ala-ala villa gitu.
Aku ingat situ la hotel kteorang.
Rupanya tak.
En.Dd kata kita punya lain.
Bukan yang mahal ni.
Ingat nak mandi kt kolam air panas tu alang-alang dah sampai kan.
Tapi hujan renyai-renyai ni tak berenti plak dari petang sampai la ke malam.
Jadi kami terus patah balik ke hotel weolls yg sebenar. 

Owh...aku pun lerr.. baru nak excited terlebih.
Rupanya kteorg punya hotel dalam 5km lagi dari simpang masuk Felda Hot Spring tu.
Yang hotel kteorang nak duduk tu dipanggil "Felda Residence Trolak".
Hotel dalam kawasan Felda.
Yang tadi tu hot spring. 
Berdekatan dengan kolam air panas.
Berbeza 2 tempat ini walaupun Felda punya jugak.


So, masa nak check in, dijadikan cerita rupanya hotel yang dibook oleh kaklong tu melalui booking.com tu untuk booking bilik je. 
Belum lagi bayar.
Tah. Aku pun pelik. 
Walhal dalam kertas yang kteorang print tu siap dia dah tulis harga RM300.
So, terpaksa la En.Dd bayarkan dulu.
Lepas tu claim balik dengan kaklong dia.

reception

Ok la. Takde masalah la nak bayar tu.
Lepas tu kteorg pun masuk bilik.
Bilik dia ehemmm bau lembap ok.
Bersih dan kemas.
Tapi bau lembap tu sangat kuat. 
Tengok kat siling, dah nampak mcm ade spot-spot hitam. 
Macam berkulat tu.
Tapi sikit-sikit je lah.
Takde la horror sampai tak lalu nak duduk dalam tu.
Bukak aircond lama skit, so kuranglah bau.

Lepas je mandi, kteorang gerak keluar mencari dinner.
En.Dd ajak gi makan kat restoren hotel Felda Hot Spring tu.
Pegi la tempat tadi tu makan pulak.
Tak dapat nak stay dalam, makan kat restoren dia pun jadilah.
Hahaha.
Makanan dia takde la mahal sgt macam restoren hotel kat KL.
Harga style kafe dalam range rm5-20 ringgit je.

Apsal tak nak makan kt hotel sendiri kt sana tu?
Heheh. Saje je nak try makan kat tempat cantik sikit.
Felda Residence Hot Spring memang lebih cantik la dari Felda Residence Trolak tu.
Tapi sebenarnya restoren kat Felda Residence Trolak tu not bad gak la.
Kteorang makan sana masa breakfast keesokkan harinya.

Felda Residence Trolak banyak anjur event gomen.
Kalau nak buat event macam team building, kursus kepimpinan ke hape, sesuai la kat sini berbanding yg kt Hot Spring yang lebih kepada orang awam yang nak bercuti mandi kat kolam air panas.

After dinner, masa tu baru pukul 8 mlm lebih.
So kteorang decide nak jalan-jalan tengok pekan.
Tengok-tengok takde ape pun sini.
Singgah 7Eleven beli milo 3 in 1 lepas tu balik hotel.
Malam tu kteorang tido awal le.


 bilik selepas kteorang masuk. *abaikan barang2 weolls yang bersepah iteww


kad kunci



pemandangan dari luar bilik

Ok lah. Tu la sedikit sebanyak aktiviti weollss pada hari pertama.
Bersambung lagi next entri untuk the next day kat kolam air panas..
Stay tune.

No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]