Lagi seminggu je..

10:03 PM ct nasyrah 0 Comments

Hari ni genap la lagi seminggu je aku keje kat sini.
Ok ade start rase cam 'butterfly in my stomach'..
Haha.
Padan muka aku.
Sendiri yang nak berenti sangat.
Kan sekarang dah rasa cam neves.

Kerja yang masih ada lagi.
Tinggal satu projek. Itu yang stress tu.
Masih belum siap lagi 1 function je lagi.
Harap sempat la siapkan before jumaat ni.
Kalau lepas ni ade amendment untuk projek tu, kesian jugak opismate i yang tinggal.
Mesti dia plak kena sambung.
Harap-harap tidak le.
Headache jugak nak adjust projek tu. Hehehe.

Company ni yang paling lama aku keje setakat ni.
Dekat 3 tahun.
Best kat sini sebab dekat je ngan umah. Dalam 10-15 minit dah sampai.
Lalu tol la. If lalu tak tol, lambat le sikit.
Tempat keje pun selesa.
Colleague pun ok. Ngam.
Cuma, aku je yang rasa dah sampai masa kena pergi tempat lain plak.
Timba pengalaman baru, keje yang baru, tempat yang baru.

Hmm..tak dinafikan. Keadaan kewangan pun memaksa jugak.
Maklum je la. Tiap-tiap tahun harga barang naik.
Keperluan pun meningkat sejak Naurah hadir dalam hidup kami.
So, to give the best for them, i need to sacrifice.
Macam itu la bila dah jadi mak bapak nih kann..
Sama la macam mak ayah kita dedulu gak.

Aku rase mesti sebulan pertama tu akward and tak selesa lagi.
So, kena bertabah lah.
No more turning back dah ni.
Ok la. Good luck untuk aku.

Saje throwback gambar member opis i..

Masa jamuan raya

Lunch together-gather lepas edar flyers

muka semasing sebelum edar flyers







0 comments:

Boring dah. Tukar design le pulak

10:28 AM ct nasyrah 0 Comments

Ta daa..
Bagi yang mengikuti blog i, mesti akan perasan perubahan ni.
Saje je tukar design lain la pulak.
Dah beberapa tahun pakai design lama tu.
Warna background tetap sama, mesti warna purple ikut title blog.
Mesti lahh. Warna faveret la katekan.

Pastu font size tu saje je i kasik besar sikit.
Kasi mudah nak baca.
Kan kan?

Pastu cam ade tambah label.
Ade update gambar and tambah pages.

Ok. Tu je nak cerita. Bye



Lama



Baru

0 comments:

Do you want to touch a dog?

6:10 PM ct nasyrah 0 Comments


Nak post jugak kan pasal ni.
Asalnya nak post hari isnin lepas. 
Tak jadi.
Since aku masih lagi nak mengkaji lagi pasal event ni.

Ok la. The truth is awal-awal bila tengok je gambar-gambar yang orang share kat Fb aku admit, aku terus skeptical dengan event ni.
Aku terus rasa negatif. Rasa event ni salah. Tak betul.
Pastu tak paham kenapa dorang sibuk sangat nak buat event serupa ini.
Aku dapat simpulkan gambar-gambar muslim yang ada dalam event 'I want to touch a dog' tu akan menimbulkan fitnah. 
Kekeliruan nanti di kalangan bukan muslim.
Takut if bukan muslim ingat, sekarang, orang melayu muslim dah boleh pegang anjing. 
Pastu dorang akan hilang hormat pada muslim sebab ingat dibolehkan. 
Pastu anak aku, if dia nampak orang melayu pegang anjing, parah la aku nak explain kat dia benda hal orang dewasa dengan cara yang mudah paham bagi bebudak.

Lepas beberapa hari isu ni dibincangkan, dipost, dishare oleh ramai orang di Fb, surat khabar, sampai la uztaz yang dijemput hadir ke event tu pun dah bagi kenyataan.
Maka, aku dapat simpulkan, Ya. 
Aku betul.
Pemahaman aku tak salah.
Tak boleh pegang anjing dengan sengaja tanpa sebab. 
Walaupun penyokong tegar event tu tetap nak menegakkan tentang matlamat event tu yang nak mendidik orang melayu muslim untuk menyayangi anjing yang juga makhluk Allah SWT.
Tapi aku rasa pelaksanaannya dah salah.

Matlamat ok, bagus. 
Macam ade faedah. 
Dan mengikut kata orang-orang yang kenal penganjur program ni yang nama Syed tu, dia ni seorang yang baik dan selalu buat amal kebajikan. 
Dah banyak event beliau buat di kawasan perumahan dia sebelum ni. 
Dan sebelum beliau nak anjurkan event ni dia ada merujuk ke Jabatan Agama dan dapat kebenaran MAIS. 

Tapi agaknya, sebab pertama kali anjurkan event macam ni, dia pun tak sangka begitu mendapat sambutan sampai 1500 orang lebih yang datang. 
Jadi mungkin kehadiran orang yang terlalu ramai sampai terlepas pandang tentang hukum memegang anjing secara sengaja ni kan. 
Mungkin la kan. Mungkin. Kita bersangka baik ajelah. 

Selepas habis je event ni dan gambar bertebaran di internet, keyboard warrior di laman sosial memang teruk sekali hentam event ni. 
Dan of course penganjur program mestilah terkena sekali tempiasnya.
Ade yang kutuk, ade yang cakap ini liberalisme dan sebagainya. 
Aku pun ade la rasa-rasa event ini sikit-sikit ade unsur liberalisme. 
Tapi, kita tak tau la kan niat asal penganjur ni. 
Nampak macam ya. 
Tapi bila tengok past event serta keperibadian beliau tak macam itu. 

Kesimpulannya, aku berpendapat niat penganjur baik. 
Anjurkan program kesedaran. 
Tetapi pelaksanaannya tidak betul.
Mungkin dia perlu lagi merancang sesuatu event yang betul-betul perlu dan bermanfaat kepada semua.
Pelaksanaan dan acara yang bersesuaian. 
Dan juga menjaga sensitiviti orang melayu muslim. 
Paham-paham aje lah kita ni, kalau sentuh bab yang sensitif ni memang boleh berperang bagai.

Ok la kan. Tak nampak cam aku hentam sangat kan. 
Hikmahnya yang kita sama-sama dapat ialah, kita semakin jelas tentang samak/sertu dan hukum memegang anjing.
Bila masa boleh pegang, dan bila masa tak boleh.
Kalau tak sebelum ni memang rasa cam haram, benci anjing, tapi sekarang dah sedar anjing juga mahkluk Allah yang tak haram pegang pun bila ada keperluan. 


rilek je aweks ni pegang-pegang anjing cute
sumber:google images





0 comments:

Kedai aksesori handphone murah

9:08 AM ct nasyrah 1 Comments

Ni kelmarin punya cerita. Lepas Asar, kteorang gi umah kaklong kat Shah Alam. Kaklong ni kakak kepada En.Dd, kak ipar aku le. Lepas dinner kat umah dia, En. Dd ajak la gi Kota Damansara nak singgah 1 kedai jual aksesori telefon.

Dia cadang nak usha-usha casing handphone baru since casing handphone dia sekarang dah pecah-pecah bucunya. Sebab dia kerap masuk keluarkan handphone dari poket seluar. Bucu tu selalu sangkut kat kain dalam poket tu pastu dia force je kluarkan. Seluar tak koyak, tapi bucu plastik casing tu la pecah-pecah sudah.

Kedai ni memang hot ok kepada pecinta aksesori handphone. And yang paling best, harga dia memang 'ridiculously' murah. If kat lowyat jual rm40, kat sini boleh dapat dalam rm20 benda yang sama. Haha. Nampak sangat untung besar weh peniaga kat lowyat nun.

Sebenarnya dah lama teringin nak pasang tempered glass kat handphone. Tapi selalu tak dan nak pegi buat. So, kali ni datang, aku pun usha sekali la tempered glass kat sini bape hinggit. Kedai ni if nak pasang glass cover depan n belakang rm30. Yang ni siap ade kaler-kaler. Yang aku tau glass kaler clear je la kan. Ni tak. Dia jual yang ade macam-macam kaler. And kebetulan yang ade masa tu cuma kaler gold je.

Ok la not bad kaler gold. So, aku pun setuju nak pasang. Haha. Ni la hasilnya setelah dipakaikan glass.



Cover depan belakang. Berat sikit la jadinya iphone ku. Takpe la. Nanti dah boring tanggal la. Haha..

Haa.. nama pun glass/kaca kan, of coz if jatuh akan pecah. Tu la yang risau tu. Sebab aku dah tengok sendiri cover glass ni pecah masa ade sorang akak ni dia bantai gi gatai tangan sangat pegang cover glass tu before orang kedai tu lekatkan kat iphone dia. By the time glass tu dia pegang, tetiba terslip dari tangan dia dan jatuh ke lantai. Memang terus pecahla bucu dia. Nasib orang kedai tu kata tak ape. Ganti je ngan yang baru FOC. 

Ok la. Ni preview depan kedai tu. Siap ade kerusi meja dengan tv lagi untuk orang-orang yang tak larat nak masuk kedai. Dia punya tagline memang best! "Murah bagi tau kawan, mahal bagitau kami". Memang betul pun tagline dia.  Itu le yang aku tengah buat sekarang ni pun! Hehehe. 

Anyways, if ade yang teringin nak usha kedai ni, ada dekat area uptown kota Damansara. Boleh nampak dari jauh ade beberapa lot kedai betul- betul sebelah kawasan uptown tu. Kat situ lah dia. 

kedai aksesori handphone uztaz



1 comments:

Pasal parking PPUM yang cekik darah

10:57 AM ct nasyrah 1 Comments

Heboh dah satu Malaysia pasal ni. Haha. Lambat eh aku nak up entri nih. Saje. tunggu keadaan reda sikit. Sampai dah masuk paper metro dah baru aku nak post entri.

Cerita pasal husband i a.k.a En.Dd telah mengupload status di FB Metro Parking komplen pasal harga bayaran parking PPUM yang cekik darah.

Sebenarnya En.Dd parking kat PPUM sejak menjaga ayahnya yang sakit hari tu. Actually tak la hari-hari tapi banyak hari jugak la tido sana teman mak dia.

Jadi, bila dah selalu pegi sana, mesti lah tak larat bila tengok bil parking sampai berpuluh-puluh ringgit sekali masuk. Maklum je lah, dia tido sana kan. So kalau dah 1 malam tido dah berapa jam la pulak.

Paling tinggi amaun dia bayar tu rm35 kot 1 malam. Gila. Rabak poket nak bayar banyak tu. Kalah valet parking. Orang sihat boleh jadi sakit tengok bil parking. Haaha.

Asalnya En. Dd hangin time nak bayar parking tu je. Tapi bila dia membebel-bebel pasal bayaran parking ni kat staff metro parking yang kebetulan ade kat situ, pastu mamat metro parking tu leh kata, "Eleehh bang ko komplen la, takde orang akan peduli pun!"

Sape tak tercabar beb orang duk kata macam tu. Itu pasal la dia nekad nak post pasal benda ni kat FB Metro Parking. Biar dorang bukak mata sikit kan.

Sekali hamik kau! Dia viral kan pasal kes ni satu Malaysia sampai masuk paper. Wahaha. Aku harap la brader metro yang kutuk dia tu tau pasal ni. Terkena ko sebijik. Keh keh keh.

Thank you Malaysian. Nampaknya ramai jugak yang komen positif menyokong aduan laki aku nih. Rata-rata sume memang sakit hati ngan bayaran melampau ni kan. Sebab if kita banding dengan hospital lain takde macam ni. Even dulu abah masuk hospital swasta Sime Darby pun ade maksimum rate.

Jadi bertimbang rasa lah kan. Dah la minyak pun naik sekarang nih. Tolong la membantu rakyat marhaen ni sikit.

Ni ha aku kasi screen shot sikit pasal berita ni kat paper Metro.

And also gud luck to En. Dd sebab dia akan pegi press conference pasal kes ni kejap lagi. Femes laki i uolllsss! hehe






1 comments: