Full width home advertisement

Post Page Advertisement [Top]

Hari tu ada dapat call.

"Hai boleh saye bercakap dengan siti nasyrah?"

Hmpphh..dalam hati aku dah agak dah. Ni mesti orang jual insurans. 

"Ye saye bercakap". Aku balas jugak. 

"Kami dari  m*** insurans nak memberitahu tentang pembatalan insurans peribadi yang cik telah daftar beberapa tahun yg lalu sebab cik takda membuat apa-apa claim sepanjang 2 tahun ni.selain itu cik juga akan mendapat baucer sebanyak rm1500 kerana tiada claim."

"Haa? Dari mana? Rasenye saye tak pernah daftar apa-apa insurans lain. "Aku jawab. Masa ni rase dah lain macam. Nama company insurans pun tak pernah dengar. Tah mcm mana plak aku leh daftar nih? Aku tak puas hati. So aku tanye lagi. 

"Macam mana saye boleh daftar insurans ni? "

"Cik ade daftar kredit kad maybank kan 2 tahun lalu?"

Ahah. Ok bagus. Aku dah dapat tangkap dah. Ni mesti scam. Kalau dapat contact dari kad kredit lah namanya memang takde benda lain dah. Aku tunggu lagi ape benda dia nak gebang. 

"Nama penuh cik siti nasyrah binti sufyan. No ic 87**********. Jadi kami memang ada maklumat cik disini. Untuk pembatalan ni, cik perlu membayar sebanyak rm75 dan selepas pembatalan ni cik akan memdapat baucer sebanyak rm1500. " 

Ok. Enaff. Bila dia dah sebut je kena bayar aku terus menyirap. "Eh pasal apa lak nak kena bayar? Apa bukti saye ade daftar ni? Sy takkan bayar kalau takde surat ke ape. Hantar surat ke umah saye dulu nak tgk apa benda semua nih." 

Masa ni dia cam dah goyah skit. Sebab aku cam dah syak something wrong. Terus jawab ok cik. Lepas tu letak phone. Apekah?? Hieee..memang aku dah agak. Sekarang ni orang senang-senang je nak tipu duit orang. Dia ingat duit ni main petik je ke kat pokok. 

Hari ni dah kali ke-3 dapat call yang sama. Aku terus je kata. Sy dah penah dapat call ni. Terus dia letak. Haha. 

Hati-hatilah kalau dapat call dr menda-menda yang mintak duit melalui phone nih.. Especially kalau kita penah daftar kredit kad sebab dalam terms n condition agreement yang kita sain tuh, pihak bank ade hak nak jual contact kita kat company lain. So dgn cara mintak no kredit kad la dorang nak tipu kita. 

No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]