Full width home advertisement

Post Page Advertisement [Top]

Ok. Post ni dah lama sgt draft. Skrg baru nak post. Update pkai ipad mmg sengal. Nak upload gambar tak bleh. Grrrr..terpaksa la simpan dulu upload gmbr kat laptop. Walhal gambar sume pun kat hp. Grrr..Harapnya tak basi lah cerita ni yeh..


Raya tahun ni giliran En.Dd. Jadi kami beraya di rumah mak mertuaku di Klang. Tak jauh pun. 2 malam sebelum raya kami dah balik sana. Biasanya, raya kedua atau ketiga kami akan pulang beraya di Jerantut, Pahang. Tapi memandangkan kesihatan Abah mertuaku yang tak berapa sihat, sanak saudara yang kat Pahang plak dtg beraya kat sini. Tebalik lak dah. Orang sume balik kampung. Ini org kampung sume dtg Kl beraya. Hehe.

Awal-awal lagi mak dah import tukang masak terbaik dr Jerantut cik Lina dan mek Ton. Ni 2 beradik mak yang mmg rajin dan pandai memasak masakan Pahang. So lega la dah ade orang kuat di dapur. Cik Lina dan Mek Ton dengan anak-anak dara nya dah sampai 2 hari sebelum raya. So sempat la aku merasa masakan dorang masa berbuka. Memang maveles k!





Hari raya pertama pagi raya kaum lelaki je gi semayang raya. Beza dengan family aku. Semua akan pegi. Lepas je abis semayang raya sesi bermaafan dan amik gambor ler.. Hehe. Lepas tu sume pun makan lagi second round plak. Tapi raya tahun ni memang rumah mak tak putus- putus orang dtg ziarah. Maklum je lah abah kan rak sihat masa bulan puasa hari tu. So aktiviti beberapa jam lepas tu melayan tetamu datang je lah.












Agak- agak pukul 2 lebih aku pun gerak gi umah umi pulak kat bukit lanjan. Takde aktiviti sgt selain makan rendang ayam faveret aku and kuah kacang umi.

Hari raya kedua aku plan nak ikut umi balik negeri sembilan. Ziarah sedara kat sana. Tapi cancel sebab en.dd tak dapat nak pegi. Dia kena jadi driver sebab abah kan tak boleh drive. Lagipun ade sedara dari Pahang lagi nak dtg umah. So, kena la gi jemput dorang. Jadi aktiviti masih sama iaitu melayan tetamu datang umah je. Malamnya kami pun balik le ke rumah since pakcik ngan makcik sedara yang datang dari Pahang siang tadi nak pakai bilik. So kteorang pun check out dan balik umah pantai dalam.

Semakin lama perasaan excited time raya tu makin kurang dah. Ade la excited sikit. Tapi tak sama macam masa zaman budak- budak dulu. Hehe. Adakah sebab aku dah tak dapat duit raya atau aku dah semakin matang?? Tapi apa- apa pun di hari raya kita sume memang kena raikan dengan gembira.
Ok layan gambar je lahh. Till next time..





1 comment:

  1. bila menjadi dewasa pandangan manusia berubah.
    sikit demi sikit.

    sigh
    adakah simtom penuaan? argh~

    ReplyDelete

Bottom Ad [Post Page]