Full width home advertisement

Post Page Advertisement [Top]

Saje gatai mengenang saat dah sah laki bini..hehehe. tak tau nak taruk gambar ape daa

Sejak menginjak usia yang ke 27 nih, ramai dah kengkawan yang dah start hidup berumah tangga. Tak terkira dah bape banyak jemputan kenduri kahwin dah pegi tahun ni. So mmg konfem ramai sgt lah.

Aku dulu masuk ke alam perkahwinan ni agak awal. Di saat-saat kawan-kawan lain baru start nak keje, mahupun ade yang masih belajar lagi. Tapi aku dah bertunang. Then setahun lepas tu, kawin plak. Masa tu umur baru 23-24 tahun. Tapi aku dapat timang anak masa umur 26 tahun. So, kawen awal-awal pun masih sempat lagi enjoy dulu. Maklum je la aku setahun kawen takde anak lagi. 

So, kalau nak dibandingkan dengan BFF aku yang lain, aku la yang paling senior sekali. Keh keh.. mcm dah lama sgt kawen lak. Jadi aku lah jadi tempat sumber rujukan dorang sekiranya ade masalah yang melibatkan rumah tangga nih. 

Macam-macam kes yang aku dgr. Lepas sorang, sorang ni punya cerita. Rileks la. Kawan-kawan baik. Dorang cerita untuk mendapatkan penyelesaian. Bertukar pendapat. Bukan nak mengaibkan. Bagi aku, sume cerita masalah kehidupan ni dikongsi bersama. Biar kita dapat pengajaran, dapat ilmu melalui pengalaman orang lain..tak gitu?? Take it positive k!

So, sebagai persediaan mari kita tgk ape perkara yang pengantin baru perlu tahu semasa di awal-awal melayari bahtera perkahwinan mengikut pengalaman i..

1. Please take time untuk kenal dan memahami pasangan anda

Aku kenal En.dd agak lama. 6 tahun sebelum perkahwinan kami. But still, masa aku awal-awal kawen, tetap banyak kali gaduh weh! Ade sampai tak bertegur sapa. Hahaha. Konon-konon nak merajuk macam masa cintan cintun dulu. Tak dapek nye...dah duduk serumah ko mengadap jugak muka dia malam-malam! Kerap kali gaduh masa 6 bulan selepas kawen. Sebelum ni jumpa time siang je. Jadi tak nampak lagi perangai malamnya..haha. Jangan pikir lain ek..maksudnya perangai si dia sebenar-benarnya. Selepas berkahwin dah tido sebilik, baru ko tau pelbagai lagi rahsia alam tentang pasangan. Jadi semasa beberapa bulan pertama tu, memang banyak gaduh sebab masing-masing tgh cuba untuk menyesuaikan diri. Ada perkara kita tak tau tentang dia. Begitu juga dgn pasangan. So, lepas dah gaduh baru tau apa yang dia suka and i tak suka. Maka bermulalah pelajaran untuk saling memahami dan bertolak ansur. Gaduh sikit-sikit je k! Jgn sampai cerai berai plak ye.

2. Masalah kewangan

Bulan pertama selepas kenduri kawen selesai memang sengkek. Duit gaji and simpanan abis buat belanja kawen hari tu. Sebab itu lah pentingnya merancang kewangan sebelum majlis kahwin dan juga selepas majlis. Selalu kita macam gila nak sediakan duit untuk semasa majlis. Tak pikir langsung psl lepas kawen. Maklum je lah tak saba. Hak hak.  Eh. Takpe. Aku paham. Nak kumpul duit tu bukan senang. Especially kita yang miskin bandar nih. Tapi kalau bersedia tu lg bagus dok ada. Maklum je la lepas kawen mesti nak sewa umah, nak makan, belanja dapur, gi honeymoon dan pelbagai lagi lah.. Selalunya, kewangan pun akan jadi punca pergaduhan gak di awal perkahwinan. Jadi?? Banyak la sabar k! Bawak bincang bebaik laki bini. Pikirkan solution bukan bertetak sampai tak sudah. Rileks la. After a few months, keadaan akan kembali stabil.

3.  Merancang kehamilan

Masa aku mula kawen masa tu umo baru 24 tahun, aku takde plak rase desperado nak ade anak. Maklum je lah kawan-kawan lain masih ramai lg single. So, takde rasa sgt nak ade anak cepat-cepat. Darah muda lagi kan. Masih nak enjoy. Nak bebas ke sana sini. Tapi, di umur late twenties ni, mostly kawan-kawan aku nak cepat-cepat bunting. Kalau bunting pelamin lagi la seronoknye hai. Sume sebab usia. Takut lambat dapat anak. Nasihat aku, anak pertama tak yah la dirancang-rancang. Aku pun tak rancang sebab aku yakin pada rezeki Allah SWT. Sekiranya Dia yakin aku dan hubby sudah bersedia untuk menjadi parents, terus je Dia bagi. Bagi yang masih mencuba, teruskan mencuba. Tapi klu bunting pelamin tu, ade pros and cons la jugak. Maklum je lah masih di peringkat huru hara lagi kan.. But, if dah dapat rezeki tuh, syukur je lahhh...sebab tu lah macam point aku di atas, sila rancang kewangan baik-baik before majlis untuk persedian if ko bunting pelamin.

4. Banyakkan bertanya dan membaca tentang alam perkahwinan

Bagi aku, your real life starts after u get married. Lepas je kawen, ko akan hidup sendiri tanpa bantuan ibu bapa. Seolah-olah, ko dah dapat lesen penuh untuk hidup sendiri. Boleh dah nak duk asing ngan mak ayah.  Jadi, ilmu mestilah penuh di dada, sikit ilmu pun jadilahh.. supaya kita lebih bersedia dan tak terperanjat dengan dunia perkahwinan yang begitu asing dan baru. Macam kena masuk sekolah rendah balik. Belajar banyak gila benda baru. Tapi cikgu takde tau nak tunjuk. Semua kena eksperimen sendiri. Sendiri la pikir baik buruk bila membuat keputusan. Especially kaum suami. Kuasa veto dah sekarang! Tapi jangan buat main, salah percaturan boleh binasa. Sebab tu, kena banyak bertanya dengan parents ataupun kawan-kawan yang dah kawen tentang pengalaman dorang, camne dorang handle masalah yang common. Boleh jugak merujuk kepada guru-guru agama ataupun google je dulu dari dalam tenet nih haaa.. And plisss, jgn cakap pasal cerai berai kalau baru sebulan dua kawen...


5. Tingkatkan kesabaran dan bukakan hati untuk berkongsi

Kunci kepada perkahwinan ialah pengorbanan dan tolak ansur. Takde istilah menang kalah. If kita yang mengalah dulu tak bermakna kita telah kalah. Sorang tgh bising2. Sorang lagi diam je. Tak yah saling berlawan-lawan cakap. Sebab takut terkeluar perkataan yang begitu bisa dan merosakkan perhubungan suami isteri. Perempuan. Biasa sangat dah dengan pengorbanan. Badan dah tebal dengan kesabaran. Jadi, teruskan berkorban dan bersabar melayan kerenah suami kerana perempuan nak masuk syurga senang je iaitu taat pada suaminya. Bukakan hati dan minda serta mulalah untuk menerima keburukan dan kelebihan pasangan sebab takde manusia sempurna di dunia nih punn. And tolong jgn banding pasangan kita dgn pasangan orang lain sebab takut tercurang plakss..keh keh.  timbul pergaduhan yang tah apa-apa. Ade sesetengah perempuan dia ego tinggi sikit. Maklum je lah perempuan skrg dah independent, blaja tinggi, keja bagus. So, dah kawen ni, kenalah belajar turunkan ego anda supaya laki tak rasa tercabar. hehehe. Maklum je lah impian suami-suami kita pun nak bini lemah lembut, sopan santun. If, kita pun nak suami impian, kita jugak kenalah take the first step untuk jadi isteri idaman. Jadi, berusahalah untuk jadi yang terbaik setiap hari and keep on positive mind!

Ok. Ni lah sedikit sebanyak psl pengalaman aku dulu. Sampai sekarang masih lagi belajar dan menikmati alam perkahwinan yang penuh pancaroba yet enjoyable nih!  



No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]