Full width home advertisement

Post Page Advertisement [Top]

Heh. 2 tahun lps aku ade taip entri about My Married Life. Sekarang dah ade orang ketiga ni nak cerita pulak psl my parenting life. Ni sume pengalaman aku la after 6-7 months beranak ni. Saje je nak share-share.

1. KATIL SHARE BERTIGA
ha..jadi maknanya space katil dah kene divide jadi 3 pulak kan. Bukannye tak nak beli baby cot/katil baby tu tapi bilik ku di rumah adalah sempit. Takde ruang nak letak katil baby. Lagipun senang kalau baby tido skali. Senang nak tgk, nak susukan and sng nak cium dia malam-malam sebelum tido..hee. Tapi parents kene hati-hati la tido so tak menghempap baby. And kiteorang tido tak pakai selimut. Sbb takut selimut tu tertutup baby and also bilik aku tu tak la sejuk sgt. So tak yah berselimut semasing. Selimut yg ada tu hiasan je. Hahaha..


2. JADI "ZOMBI" SEBAB SELALU BANGUN MALAM
Haa..kalau baby baru lahir agak-agak before 6 months tu mmg kene banyaaaaaaaak bersabar. Especially time bangun malam ni. Sebab baby akan menangis every like 2-3 hours lapar nak susu. Jadi ibu-bapa sume bangun pagi memang mata panda la kan..kadang-kadang baby kecik ni kene kembung perut. Jadi akan menangis kuat-kuat sampai dia tertido. Jadi, ibu bapa pun tak dapek la jugak nak tido sebab nak kene urut-urut perut, taruk minyak and dodoikan baby sampai angin tu keluar. Jadi kesabaran adalah kena di tahap maksimum time-time gini. Dont worry, after 6 months camtu, baby akan minum susu banyak before tido and dah adapt dgn waktu tido org dewasa. So, lps tu ibu bapak dah boleh tido dgn tenang dah malam-malam!

3. SUSAH NAK DPT "ME" TIME
Apekah "me time"? "Me time" tu adalah masa untuk diri sendiri. Sebab kebanyakkan masa adalah untuk baby and suami. Kalau before kahwin ade 100% masa untuk diri sendiri and lepas kawin ade la jugak masa untuk diri sendiri kan lepas menguruskan suami and urusan rumah. Tapi bila ada anak, hmmm susah sgt sebab baby memerlukan perhatian sepanjang masa. Kalau dia dah tido je baru la free sikit. Tu pun bekejar-kejar nak siapkan kerja-kerja umah. Basuh pinggan, masak, sapu umah la sidai kain dan macam-macam lg bende lain. Jadi masa untuk melepak-lepak ngan kawan, berangan panjang atau gi shopping sendiri ke adalah susah dan jarang nak dpt.


4. PERASAAN MUDAH TERSENTUH
Sejak menjadi mak orang ni, perasaan tu mudah sgt tersentuh bila terbaca berita psl apa-apa yang yang ada kaitan dgn ibu, anak, penderaan budak, kezaliman perang, excident sampai mati dan apa-apa la yg kejadian yang tragis melibatkan anak-anak. Kadang-kadang tu sampai menangis-nangis membayangkan kalau la terjadi kat diri aku ke, anak aku. Huk huk.

5. PERBELANJAAN BERTAMBAH
Ini memang komfem la kan. Nak kene beli susu, baju, pampers, alat-alat keperluan baby mcm botol, warmer, pump susu, permainan dan macam-macam lagi la. Tapi takpe, aku percaya setiap anak tu lahir takkan membebankan ibu bapanya. Allah SWT dah tentukan rezeki untuk setiap hambaNya. Jadi, kene pandai guna duit dan berjimat.

6. TURUN BERAT BADAN
Yang ini memang best. Sebab sebelum aku pregnant dulu, berat aku penah cecah smpai 62kg. Punya la susah nak turunkan berat badan. Macam-macam usaha buat tak menjadi. Tapi lps je aku beranak dan menyusukan Naurah, berat badan aku mulai turun. Aku pun tak sedar sebenarnya. Perasan badan dah susut after dah balik opis. Orang ckp dah kurus and aku punya seluar baju pun rasa dah longgar. Now im 55kg. Hihi..thanks to breastfeeding!

7. RASA TAK SABAR NAK BALIK RUMAH DARI OFIS
Bila pegi opis atau berjauhan rase rindu sgt kat anak. Perasaannya lain dr rindukan mak ke suami ke. Kalau rindu kat opis tu bukak la gambar atau video dia kat phone or pc. Bila nak balik tu rase excited sgt. Rase mcm ade orang menunggu kat rumah.

Hmm..setakat ni je la yang terpikir. Nanti klu ade lg i hapdet lg. Ok end.





3 comments:

  1. Hmm....lepas aku kawin agaknya macam ni la gamaknye..hehehe...

    ReplyDelete
  2. Salam ziarah.. Welcome to parenting world.. tiring but fun :)

    ReplyDelete
  3. Salam dear...welcome to parenthood.Alhmdlh, Intan dah ada 2 orang anak.Awal2 rasa jakun,sekarang rasa cam nak beranak sokmo,hihi..

    Being a parent makes u value your parents more than ever.Baru tahu bukan senang sebenarnya nak membesar dan mendidik anak-anak.

    Satu lagi simptom biasa yang dihadapi oleh mak-mak ialah perasaan nak berhenti kerja,nak duduk kat rumah jaga anak,hihi..

    http://intaib.blogspot.com

    ReplyDelete

Bottom Ad [Post Page]