Full width home advertisement

Post Page Advertisement [Top]

Wow sgt lama sy tak update in blog. Maklum je la. Semakin Naurah membesar, makin banyak perhatian nak diberi pada dia. Jadi memang kekurangan masa la nak menulis kat sini walaupun mcm-mcm idea timbul dlm otak ni.

So, 29 June dapat la pegi Floria Putrajaya 2013 kat Putrajaya. First time tau i drive sendiri sampai sini. Haha. Sebelum ni mengharapkan en. hubby je la bawak gi sini. Rase semangat lg bila nak bawak dak kecik ni jalan -jalan malam tgk bunga ngan lampu warna warni.

Sebenarnya Floria ni bukak dr pagi sampai malam. Tapi i mmg saja nak gi malam sebab time malam la lagi cantik ngan lampu sume dr waktu siang just nampak bunga je. Lagipun tau-tau je la siang kat Putrajaya ni camne kan. Sangat la panas melampau.

Ok.Sampai je kat sana, tak susah nak parking. Ade banyak je parking even aku nengok sgt ramai orang. Itu petanda bagus. Nak masuk kat pintu besar Floria tu je kami dah disambut dengan susunan lampu tanglung yg digantung cantik kat atas kepala. Time ni mmg Naurah excited sgt sbb nampak lampu cantik.



Lepas tu kat belah dalam ada banyak taman mini yg bebudak sekolah and universiti buat. Yang ni nampak low cost punya taman la. Kalau nak tgk yg gempak punya ade dari badan kerajaan ngan bukan kerajaan yang join pertandingan membina landskap ni. Yang menang untuk pertandingan ni mmg power la taman landskap dia. DBKL kot kalau tak silap yang menang.
Landskap DBKL

 


Lagi bende-bende lain macam pertunjukan bot berhias. Setiap negeri akan hias satu bot dengan segala bunga mengikut konsep and trademark negeri semasing. Pastu bot ni akan lalu sepanjang tasik Putrajaya tu. So, mmg ramai la yg suka acara ni. Memang penuh la tepi tasik tu orang menengok bot berhias.



Jalan-jalan sampai nak dekat pukul 10 mlm baru semasing dah kebuluran. So kiteorang dinner kat 1 khemah besar gila yg kat dalam tu ade gerai-gerai jual makanan. Aku makan nasi ayam. Tu je nasi yang ada time tu. Lain-lain mcm char kuey tiow, kuih-kuih, yong tau fu tu sume lambat la. Aku nak nasik.

After dah makan sume tu baru Naurah meragam nak tido. Dah penat kot. Lagi pun dah ganggu tido malam dia. So kami pun balik umah. Dalam kete pulak Naurah menangis kuat-kuat tak nak umi yg pegang sbb aku tgh drive. So, tak daya nak dgr dia melalak, aku pun berenti kat rnr and suruh adik drive balik. Nasib la adik beradik sume ade lesen kan..


muka nak balik. letih dah..

No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]