Full width home advertisement

Post Page Advertisement [Top]

Sejak kelahiran Naurah 1 Feb lepas, sampai hari ke-3 je Naurah betul-betul breastfeed ngan aku. Sedih gila rasa.

Sumenye sebab masa hari ke-3 tu tetibe susu aku dah tak keluar. 1 malam Naurah hisap breast aku tapi rupenye susu takde. Patut la dia tak tido. Sampai melecet puting aku tau. Bila dah melecet, aku rasa sakit.Bila sakit and Naurah keep on hisap, aku jadi makin stress.Maka makin takde la susu la terhasil.

Bila dah selepas subuh, baru la umi aku masuk bilik tgk keadaan aku. Pastu aku cerita la Naurah tak tido-tido dr malam td. Lepas nenen je bangun balik. Pastu mak aku suspek susu aku takde kot. Dia suh aku try perah. Memang takde langsung. Terus dia panik beberapa saat. Pastu pakai tudung ngan amik kunci kete keluar gi kedai beli susu formula.

Aku dah nak nangis dah mengenangkan rupanya 1 malam anak aku berlapar tak dpt susu. Patut la dia tak mau tido dan asyik nangis je. Bila dah beli susu formula tu,laju sgt anak aku minum sebab lapar sgt. Jadi itu la kali pertama anak aku diperkenalkan dgn botol dan susu formula.

Bermula dr hari tu la, Naurah minum susu guna botol. Bila susu aku dah ade balik, dia reject dah breast aku. Tu pun sebab puting aku pendek dan dempak. Tak bape nak normal mcm ibu-ibu lain. Jadi Naurah dah biasa ngan puting botol susu yg panjang pastu dia tak yah berusaha nak hisap sgt, susu dah keluar. Bila dia dah biasa senang mcm tu, dia terus tak mo direct breastfeed lagi. Huhu...

Jadi terpaksa la aku perah susu dan bg dia dalam botol. Agak leceh disitu sebab kene wat byk keje. Nak pam susu setiap 2-3 jam. Pastu simpan dlm fridge. Pastu bila nak nyusu kene panaskan masuk dalam botol. Botol plak kene basuh. Kene beli byk botol-botol untuk simpan susu lagi.

Memang mencabar la kehidupan aku sekarang. Berubah abis 360 darjah. Dengan tido tak cukup sebab Naurah akan menyusu every 2-3 hours. Belum plus dia meragam merengek lagi malam-malam. Sebab tu la kot awal-awal lepas bersalin hari tu susu aku tetiba takde.Mungkin aku stress dan tak cukup tido. Awal-awal kan. Baru nak adapt dgn kehidupan selepas ada baby. Dengan sakit bawah lagi. Mana la tak stress aku dibuatnya.

Sekarang ni susu aku dah banyak keluar. Jadi aku dah stop bagi susu formula sejak dia kluar hospital hari tu.Berat badan dia pun dah naik banyak. Rasa lega sebab tgk dia sihat. Cuma aku kene perah susu badan ni la sentiasa dan buat stok susu.Ok jugak la sebab aku leh pantau jumlah susu yang dia minum sebab pakai botol kan. (kat botol ade ukuran dalam oz/ml). Kalau terus breastfeed mana la tau kan. Sebab terus bagi je.(hahaa..ayat positif nak kasi sedap hati).

Walaupun aku sedih sebab anak aku tak nak direct breastfeed, tapi bila aku baca blog orang lain, ade yang tak dapat nak bagi anak dorg susu badan pun sejak lahir. Jadi aku ni agak bernasib baik la even baby tak direct breastfeed, dia masih lagi dapat minum susu badan. Maklum je la,susu ibu kan yang terbaik untuk baby. Susu formula ni susah. Nak kene cari yg sesuai la. Pastu mahal. Keluar duit lagi. Kalau susu tak sesuai bole buat baby sakit perut, susah berak dan mcm-mcm masalah la. (Ni sume baca pengalaman mommy lain kat blog dorg).

Bila aku tgk anak aku menyusu, aku terkenang. Rupanya ini la perasaannya dan keadaannya selepas bergelar ibu bapa. Banyaaaakkkk sgt kene sabar dan berkorban. Terus aku terpikir agaknya macam ni la umi ayah aku dulu lalui masa membesarkan kiteorg adik beradik. Tak terbalas rasanya pengorbanan dan kesusahan diorang membesarkan kami.

Huiiii.. macam mane la kehidupan lepas dah start keje balik bulan 4 ni. Harapnya jadual tido Naurah berubah la mcm orang dewasa. Kalau tak pengsan la aku ngantuk kat opis.

1 comment:

  1. Alhamdulillah Naurah bf Nasyrah! :)
    As long as dia bf, it is ok and as a mom, we always try the best! Inshaallah.. usaha dan tawakkal itu penting..
    Awal2 mmg xde susu sgt Nasyrah. Basyi pn same.. sampai melecet dan pedih.. basyi masa anak first (iman zulfa) susu mula keluar harii ke5, selepas mengurut. erm.. mase basyi dgn iman zulfa kene tahan kat NICU dulu, pun basyi bagi dia formula milk, tp minum pakai sudu la, xpun cawan kecik yg mcm tester eskrim kat supermarket tu. supaya xde nipple confusion. But anyhow, in shaallah extra jobs mean, extra pahala from Allah swt kan :) Baby awal2 sebulan dua mmg tido x menentu sikit, mmg sabar jelaa kan.. nnt dah 3-4 bulan ke atas dia dh kurang berjaga malam. Mcm Iman Zulfa, start 6 bulan lebih tu, basyi dh x risau tido malam dia sbb dia dah tido straight smpai ke pagi. Bangun malam2 utk menyusu tu pn sekali dua je. Skrg ni dah nak masuk setahun setengah, lagi laa tido mcm org besar dah.. Lega sikit kami mak ayahnya..
    And.. I'm still waiting for the newborn.. Doakan basyi nasyrah :)

    ReplyDelete

Bottom Ad [Post Page]