Full width home advertisement

Post Page Advertisement [Top]

Yeay..skrg my baby already 29 weeks old. Welcome third trimester!

Macam-macam perasaan timbul skrg.

Takut ade, seram, suka, happy dah nak tgk baby, risau pun ada sebab masa ni dah sarat and anytime je dah bole beranak.

Sekarang  ni pun baby dah banyak sgt bergerak and sesekali bila terasa dia menendang tu mmg kuat. Nampak perut aku mcm terbonjol-bonjol bila die buat summersault ke tendang ke. Haha. Mesti after beranak nanti aku akan miss this moment.

Pastu nurse kat KKIA pun dah suruh aku start untuk catat pergerakan baby. Mula pukul  9 pagi sampai 9 malam, aku akan catat berapa kali baby ni bergerak sampai sepuluh pergerakan. And catat masa untuk pergerakan yang kesepuluh.

This is crucial because, mommy to be kene pantau pergerakan baby tu samada dia masih sihat ke atau ade masalah klu tetiba pergerakan dia slow sgt or terlalu aktif. Kalau slow sgt ade kemungkinan baby dalam perut terbelit tali pusat ke or terlalu aktif maybe sbb dia lemas ke ape.

Tapi tu la. Kadang-kadang susah jugak nak kira kalau kita tgh sibuk ke ape. Macam attend kenduri ke, keluar jalan-jalan ke. Tak perasan baby bergerak kan. Kalau aku kat opis sng la nak pantau. Duduk je mengadap lappy. Tapi walau macam mane pun, kene jugak la alert la if baby kurang bergerak.

Setakat ni my baby, pergerakan die consistent, setiap setgh jam or sejam die akan bergerak. So, kalau tetibe die tak gerak in one hour camtu, aku akan kejutkan die. Tepuk-tepuk sikit perut ni sambil panggil dia or bg die dgr zikir pakai headphone ke kan. Just to make sure she is still there inside my belly.

carta pergerakan baby dalam buku pink

Perubahan lain, kaki aku ade la bengkak sikit. Water retention or nama lain edema. Biasa la tu kena kat ibu mengandung. Tapi tak bole ambik ringan jugak. Sebab rasa tak selesa. Lagi-lagi nak pakai kasut. Jadi sempit tak muat. So, malam-malam aku pun ngurut la kaki ni guna losyen and letak kaki tinggi sikit bila nak tido. Susah jugak tau. Sebab tido dah la kene mengiring, pastu nak letak kaki atas bantal lagi. Memang pagi-pagi aku nengok, bantal tu pun tah kemana dah. Tapi at least, ade surut jugak la kaki ni. 

Hari rabu ni, 5 Dis nak gi booking hospital dah. Disebabkan aku nak beranak kat PPUM, semi gomen nye hospital, dorang suruh kita booking dulu. Tak leh main terjah je macam hosp. gomen. Pastu kene bayar RM500 deposit. Kalau normal, dorang amik la bayaran RM5 rat tu. Kalau c-sect, kene tambah lg Rm5 rat. Tak kisah la. Janji hosp ni dekat. Senang aku nak pegi kalau tetibe dah kecemasan.

Ok la. Takat tu je dulu nak cerita. Till the next entry..daaa






1 comment:

  1. kejap nye masa berlalu kan..hihi..nasyrah nnt review ye ppum nie servis die macam mana..utk perancangan mse dpn syaz..syaz pon hosp paling dkt nnt ppum jugak..insyaAllah..nasyrah take care ye =)

    ReplyDelete

Bottom Ad [Post Page]