Full width home advertisement

Post Page Advertisement [Top]

Akibat keterujaan ibu bapa baby in my belly ni, jadi aku and hubby dah selamat untuk pertama kalinya tgk muka baby by scan 3D/4D kat klinik hari tu. Thanks to my lovely friend Rabiatul sebab inform psl tempat scan ni. Agak murah la harga dia berbanding hospital/klinik yang lain. Boleh refer sini kalau nak tgk tempat dia.Yang aku buat hari tu pun cost around RM100 je kat klinik Fauziah, Ampang.

 Me on the left-Nov 1987 and baby-Dec 2012 on the right


Cuba lihat perbandingan gambar diatas. Hehe..adakah baby nampak seperti diriku?? Abis la jeles bapaknye kalau lahir sebijik rupa macam maknya. Nak-nak tang hidung. Copy cat abisss..Memang anak umi ni. 

Tak saba rasanya nak tgk dia lahir ke dunia ni. Walaupun aku rase sgt takut untuk beranak. Tapi, bila perut semakin membesar memang terasa kepayahannya. Takpe la. Ni la namanya pengorbanan kann..

Duhai anak, umi dan abah harap dikau akan menjadi anak yang solehah, sihat dan sempurna serta berguna di masa hadapan kelak. 

Ya Allah, jadikan aku dan suamiku suami isteri yang soleh dan solehah dan ibu bapa yang mithali untuk anak-anak kami. Amin Ya Rabbal Alamin..


2 comments:

  1. erm.. yup! ha'ah, ade rupa nasyrah la tang hidung tu! hehe.. comelnye..

    ReplyDelete
  2. hehe..bestnya..doakan syaz plak punya turn plak nak merasa semua nie..hehe

    ReplyDelete

Bottom Ad [Post Page]