Keputusan MGTT yang mendukacitakan

9:52 AM ct nasyrah 3 Comments

Next check up after ujian MGTT yg lepas, nurse pun bgtau aku resultnye. Setelah tgk reading kat kertas tu 8.2. Siap bulatkan lagi pakai pen merah. Kalau normal is below 7.8. Peh..terus die kate "awok ni ade kencing manis nih".

Ok.

Aku mula-mula cam blur kejap. Terkejut pun ada. Pastu muka nurse pun berubah dah. Mula-mula manis jadi  serius skit. Pastu die tgk berat aku kali ni dah naik 2.7kg dr bulan lepas. Lagi la die bebel. "Awok ni kencing manis, tu yang naik sgt berat badan ni. Kene control makan sikit deh" katenye dalam loghat kelantan.

Pastu die pun cerita la psl kesan-kesan ada penyakit ni. Antaranya:


- Janin menjadi besar dikenali sebagai makrosomia. Ini disebabkan oleh gula berlebihan memasuki janin dan mengarahkan tumbesaran pesat, akibatnya janin menjadi besar dan mungkin sukar untuk dilahirkan secara normal, kejadian kelahiran tersekat terutamanya pada bahagian bahu meningkat.

- Kejadian darah tinggi dan kehadiran protein di dalam air kencing meningkat, ini dipanggil pre-eklampsia. Jika dibiarkan, boleh menyebabkan sawan, kegagalan hati dan juga buah pinggang. Puan mungkin terpaksa melahirkan anak sebelum masanya untuk mengelakkan komplikasi dan musibah yang melanda sistem dalaman organ. Kematian juga boleh berlaku pada janin.

- Meningkatnya cecair likuor di kantung di mana janin berada. Ini menyebabkan saiz kandungan melebihi saiz sebenar mengikut kiraan, menyebabkan ketidakselesaan seperti kesukaran bernafas. Kelahiran mungkin berlaku sebelum sampainya penggal kematangan iaitu sebelum 38 minggu.

- Jangkitan sistem pundi kencing. Sekiranya tidak dirawat, jangkitan di pundi kencing akan merebak ke buah pinggang.

- Sindrom kesukaran pernafasan mungkin berlaku pada bayi. Risiko ini meningkat untuk ibu-ibu yang mempunyai kencing manis semasa mengandung, lebih-lebih lagi apabila kelahiran awal sebelum tempoh terpaksa dilakukan.

- Kematian bayi di dalam kandungan, mungkin berlaku sekiranya kencing manis gagal dikawal. Ini termasuklah keguguran.


sumber:http://paramedik.bbfr.net/t4373-mengandung-dan-kencing-manis

Masa die terangkan tu, aku dah berderau dah. Risau. Takut. Nak nangis pun ada. Aku tahan je mata aku ni dari nangis. Malu lak ai nangis depan die kan. Aku pun tanye jugak kalau-kalau aku jaga makan, reading ni bole turun ke tak. Die kate susah. Melainkan aku maintain kan aje. Jangan kasi naik lagi.

Lepas ni pun aku kene banyak kali pegi check up kat klinik tu. Kalau dulu sebulan sekali, sekarang ni maybe sebulan 2 kali. Setiap 2 minggu sekali kene pegi cek. Nurse pun dah setkan aku untuk jumpe pegawai zat makanan. Pastu kene gi test profile blood sugar. Amik darah 4 kali dalam sehari pkul 8pg, 10pg,2ptg ngan 8mlm on 3rd October ni.

Wow..bunyinya macam teruk je kan kene pegi amik darah selalu. Huhuhu...

After check up tu,on the way drive gi ofis aku dah tak keruan dah. Dalam hati rase menyesal. Rase risau. Rasa bersalah sgt pada baby aku. Sebab silap aku, dia yang kene menanggung jugak masalah ni. Macam-macam yang aku pikirkan. Ape yang aku perlu buat, ape yg akan jadi.

Sampai je opis terus mengoogle dan tanye-tanye orang psl mende ni. Kebanyakkan yang aku baca, sumenya  kata ni bende yang biasa dan common berlaku pada ibu mengandung. Tapi memang kene berjaga-jaga sebab boleh membahayakan kalau teruk sgt.

Jadi sekarang, aku memang berhati-hati sangat bila makan. Minum pun air kosong je. Tak berani langsung sentuh bende manis atau bergula. Makan nasi pun separuh je tau. Bila lapa, makan biskut jacob kering tu je.

Aku risau jadi semakin teruk. Aku sayang baby ni. Susah penat aku mengandungkan die selama 5 bulan dah ni.

Hopefully sume selamat la hendaknya.. tu je la yang aku harapkan...

dapat sticker kuning dah. asalnya putih for healthy mommy. now already not healthy.

p/s:tak leh tulis lg dah...rase nak nangis mase tulis entri ni.isk isk isk isk..srot srot


3 comments:

  1. dont worry k mummy.. angah aku dlu pn camtu jugak.. tp alhamdulillah sume ok je in the end.. baby pn tak besar mana 3.0 kg je.. jaga mkn + minum byk air je..insyaAllah sume ok nti. jgn stress2 ok :)

    ReplyDelete
  2. take care nasyrah..insyaAllah everything gonna be ok..jgn smpai x makan taw..huhu

    ReplyDelete
  3. biasa la tu nasyrah. salu time preggy jer ada kencing manis. tp kene gak control mkn tu.. :) nway take care of urself & baby ubi :)

    ReplyDelete