Full width home advertisement

Post Page Advertisement [Top]

Rasenye kan setiap orang mesti penah dengar lagu. Tak kisah la lagu Malaysia ke luar negara ke. Pastu semasing pun mesti ade penyanyi or lagu faveret kan? Begitu jugak la dgn diri aku ini. Lagu faveret sgt la byk kot. Dan selalu berubah-ubah mengikut radio yang menyiarkan lagu baru yang best-best. Tapi kalau bab penyanyi, i mmg suka Siti Nurhaliza.


Hahha..tak peduli la org nak kutuk ke suke ke. Janji aku mmg suka dia. Err.. dr segi personaliti,suara ngan lagu-lagu je la. Bab-bab peribadi mcm suami die, perihal tudung die ke, pakaian ke tu aku tak amik tau. Sebab tu adalah peribadi die. Kite suke yang baik-baik psl die je la kan...haha. Sampaikan aku telah berjaya meng'influence'(ade ke ayat ni?) hubbyku untuk meminati Siti Nurhaliza jugak. Hehe. Jangan memain tau. Si Rusydi tu layan kot semua lagu Siti sambil wat keje.

Tapi kan. Aku ni ade satu perangai lain. Iaitu bila aku dengar satu lagu, mesti aku nak tau and memahami setiap bait-bait lirik yang dinyanyikan. Dan aku bole jadi sgt curios kalau aku tak dapat tangkap amende yang disebutkan oleh penyanyi tu. Dan seperti biasa, aku akan tanya laki aku. Amende die ckp td tu?? Kalau mamat tu pun tak dpt tangkap, aku akan search cepat-cepat kat Google. Geram gile kot tak paham apa die ckp. Bole bikin panas hati. Amende tah kan. Sampai Rusydi dah 'imun' dah dgn perangai merepek aku nih.

Contoh la lagu yang penah aku geram sbb tak dpt tangkap sebutannya.

Lagu Ila Damia feat Joe Flizzo:

Setiap apa yang ku buat
Setiap apa yang ku lakukan
Tidak risau pasal mereka
Walau apa yang terjadi padaku

Haaa..yang aku bold tu klu dgr time die nyanyi mmg tah amende yang die merapu tah. Tak dapat tangkap langsung.

Tu je la contoh 1 lagu yang paling latest aku geram. Lain-lain tak ingat la pulak. Ade banyak.Tapi lupe dah.

Pastu kalau ade lagu-lagu baru yang aku suka dgr, selalunya aku akan google liriknya. Nak tau apa benda yang die ceritakan dalam lagu tu. Pastu dalam kete, bila keluar lagu tu kat radio, cerita la sinopsis lagu tu kat Rusydi. Die dah paham sgt dah. Die layankan aje aku nih. Even aku tau die takde la interested sgt pon. Kannn..

Anyway, ade satu lagu baru ni nak share. 1st time dengar macam sedap jugak melodinya. Dan seperti biasa, bila aku search lirik kat tenet, baru paham lagu ni mempunyai maksud yang tak bape nak bagus untuk anak-anak muda masa kini.. kat bwh ni aku ade tepek video nya. 

Bawa aku pergi - Kaka and Zizan

Kalau kita cuba pahamkan lirik lagu ni kan, seolah-olah nak mengajak anak-anak muda ni kawen lari. Jangan bagi tau mama papa, bawa 'buku merah' tu membawa maksud pasport kot. Amende la lagu mcm ni. Bende-bende tak elok pulak yang diceritanya. Anyway,lagu ni bole tahan la sedapnya. 

Sebenarnya macam-macam cerita yg kita bole tahu melalui lirik lagu nih. And i prefer lagu-lagu zaman dulu punya dari lagu-lagu sekarang. Sebabnya, lagu dulu - dulu liriknya lebih puitis dan bermakna. Kreatif betul penulis lirik lagu ni nak terjemahkan 1 cerita dalam sebuah lagu. 

Jadi ada kebaikan jugak kita memahami lirik lagu so that kita tau amende yang penyanyi tu cuba sampaikan. Maklum je la tak sume lagu-lagu ni bagus utk kita dgr..ok! Renung-renungkan..

p/s: lady gaga punya lagu tu toksah la nak layan sgt..illuminati je jln ceritanya

1 comment:

  1. syaz pon suka cari lirik lagu..tp yg best je la..lagu x best malas nak amek tawu..hihi

    ReplyDelete

Bottom Ad [Post Page]