Full width home advertisement

Post Page Advertisement [Top]

Satu pagi di cuti Chinese New Year, me and hubby gi zoo negara. Hahaha. Lama kot oi tak pegi zoo. Last aku pegi 2 tahun lps tu pun sbb ada program Universiti aku. So, time tu tak le melawat sume tempat. Kali ni pegi mmg jalan satu zoo sampai rase nak patah kaki.

Tujuan asalnya pegi zoo bukan lah nak tengok haiwan semata-mata. Tapi nak pegi bergambar (eh silap) amik gambar. Maklum je la ade kawan Rusydi kasi pinjam lensa zoom jauh. So, sgt seswai la nak gi amik menatang kat zoo. 

Binatang sume kat zoo ni aku nengok sume nye cam malas-malas je. Sume tido melepek je kat tanah. Kalau yang nampak friendly sikit cume gajah je. Gajah tu memang suke sgt layan orang. Maklum je la orang sume suka bagi makan kat die. Lain-lain cam rimau, badak, beruang ,kura-kura ke sume tido. Dah kenyang, hari pun panas, so ape lagi tido la best kot. Bukannye kene pi memburu ke ape. Makanan ngan tempat tinggal sume orang dah bagi. 

Itu la yang buat kteorang bengang jugak tu. Sebab tak dapat nak shot pose menatang yang best. Puas dah bisik-bisik kat rimau ni gi berenang kat kolam, die duduk gak melepak kat pangkin die tu. Huhu. Ape-ape pun ni la best shot yang dapat...layan je la.








Untuk pengetahuan, tiket zoo dah mahal ye. Adult je RM20. Budak-budak aku tak sure. Belas-belas ringgit la kot. To view more of his pics bole klik sini

p/s:klu nak masuk taman serangga ngan rama-rama kene tambah lagi RM5. Yucks..i hate insects!

No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]