Full width home advertisement

Post Page Advertisement [Top]

Pernah ke terpikir, kalau la kita ada bestfriend yang lain jantina? Boleh ke kita angggap dia sebagai seorang kawan tanpa ada sekelumit pun perasaan suka or lebih terus terang lagi 'cinta'?

For me, there is no such thing as that! Lelaki dan perempuan bila bertambah rapat, maka akan timbullah di hati-hati mereka suatu perasaan lain. Perasaan cinta yang selayaknya tidak sesuai untuk dirasakan kepada seorang "kawan". Tiada istilah lelaki dan perempuan as bestfriends. Walau sikit pasti ada pernah menaruh perasaan.

Mungkin ada sebab mereka akan sentiasa berkawan dan tidak boleh bersama. Mungkin si lelaki ataupun perempuan sudah pun mempunyai pasangan masing-masing. Jadi, untuk menjaga hati orang yang lain, mereka teruskan berkawan dan menganggap hubungan ini sebagai satu persahabatan sahaja.

Tetapi adakah kita pernah terfikir sekiranya kita berada di tempat pasangan bagi salah seorang "bestfriends" itu. Tentunya akan berasa cemburu dan curiga kerana sepatutnya pasangan mereka itu menjadikan diri merekalah sebagai bestfriend yang juga merupakan 'someone yang official' seperti kekasih ataupun suami/isteri, dan bukannya mempunyai bestfriend lain yang berlainan jantina itu. 

Jadi sepatutnya perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku dalam suatu perhubungan. Persahabatan antara berlainan jantina adalah tidak digalakkan sama sekali. Dan seharusnya dalam satu ikatan yang sah dan halal disisi agama iaitu perkahwinan, mestilah kita menjaga hati pasangan kita. (kalau tak sah, pun perlu juga menjaga hati agar jodoh berkekalan ke jinjang pelamin). Putuskan persahabatan juga bukanlah penyelesaian yang terbaik kerana ia mungkin tidak adil. Tetapi cara yang lebih betul adalah dengan berterus-terang dengan pasangan kita dan berlaku jujur. Dan jangan la sekali-kali melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan rasa curiga bagi pasangan kita kerana pelbagai andaian yang tidak baik boleh berlaku dan memusnahkan suatu perhubungan itu.  

nota kaki: kebahagian adalah hak milik setiap insan..jadi sentiasa lah berdoa untuk kebahagian sepanjang hidup kita.

ini adalah gambar hiasan, tiada kena mengena dgn diri aku pun

No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]