Full width home advertisement

Post Page Advertisement [Top]



Dah sebulan kita berpuasa. Jadi tibalah hari raya untuk meraikan kemenangan setalah berjaya berpuasa selama sebulan, menahan lapar dan dahaga serta melakukan pelbagai ibadah di bulan Ramadhan. Raya tahun ni mmg lain daripada biasa. Hehe. Maklum je la dah berdua ni. Lain macam dah rasenye time Ramadhan dan syawal. Mmg terasa sgt berbeza dari tahun-tahun sebelumnya.

Syukur la kiteorg takde masalah nak balik beraya tahun ni. Byk org kate bile time raya je selalu la laki bini gaduh nak balik beraya. Tapi berkat tolak ansur antara kiteorg berdua, takde la kejadian bermasam muka dan mata bengkak berlaku. Dah agak2 tgh bulan Ramadhan, baru la laki i decide, kteorg balik beraya Negeri Sembilan raya pertama tahun ni(kampung belah aku le tu). Rase berbunga-bunga je hati aku kan..Maklum la,tak penah lg aku merasa beraya hari pertama tanpa family.

~29 Ogos 2011~
Kami balik kampung 1 hari sebelum raya. Konvoi 3 kereta ke Bahau. Ikut LEKAS tu mmg jalan tak jem. Cepat pun cepat. Dalam 2 jam dh smpai kampung. Sampai sana sume pun dah letih. Jadi tido la terlentang kat ruangtamu umah uwan. Petangnya berbuka utk kali terakhir bulan Ramadan tahun ni. Esok kan raya...

~30 Ogos 2011~
Pagi raya yang syahdu dengan udara yang segar dari kawasan sawah yang luas terbentang serta jauh dari kesibukan kota. Rase sejuk nak mandi pagi kat sini memang standad la. Lagi2 klu mandi air kolah. Perghh mcm mandi ais beb! Hubby mmg for sure tak tahan la mandi sejuk. So masakkan la air panas. hehe. Tu pun mengigil gak die. Lps mandi, sume pun sarapan dulu sebelum ke surau berhampiran utk semayang raya. After that, sesi salam bersalam pun start. Alhamdulillah tahun ni, dpt aku menghulur duit raya kepada semua dalam family aku. Walaupun tak byk, tp itu je la yg mampu kan..dorg ok je!



my heroes or askar-askar..mcm cover album dh aku nengok

Lepas tu, siap-siap nak gi jalan beraya umah sedara mara. Lps singgah kubur atuk, sempat la singgah 2 buah rumah sebelum aku dan suami berangkat ke Jerantut Pahang ke umah uwan dia pulak. Agak-agak pukul 230 ptg gerak dan smpai dlm pukul 530 ptg. Check in hotel, and after maghrib gi umah uwan die. Ade bbq malam tu tau. Seronok bila rmai sedara mara dtg dan berkumpul ni. Lps tu main mercun berdentam dentum mmg bingit la telinga kan. Budak-budak la paling best. dpt main mercun dpt duit raya...

~31 Ogos 2011~
Gi umah uwan dulu sebelum berangkat ke Seremban pulak. Nak sambut maklong ngan paklong yang baru balik dr umrah. Lps makan tgh hari, kteorg pun gerak. On the way, singgah umah Kak Zu kat Kampung Simpang Tebing Tinggi, Jerantut. Kak Zu ni roomate aku dulu time blaja kat UM. Dalam pukul 630 ptg baru smpai Seremban. Lps maghrib, gi umah makngah pulak. Malam tu makan gulai lemak keladi cili api mak ngah. Memang terbaek! Lps tu balik umah mak long tido. Dlam pukul 430 pg camtu baru maklong ngan paklong sampai umah.


~1 September 2011~
Lps makan, sume pun nak balik KL. Tetibe my brothers ckp nak gi mandi kat Jeram Toi dulu. Dekat je dari Seremban ni. Dalam setengah jam smpai la. Not bad la tempat ni. Sebab jeram ni memang dah dibina pelbagai kemudahan and buat cantik2 utk orang dtg mandi. Ckp byk tak guna. Layan je la gambar-gambar ni....aku tak mandi sebab byk jantan yg mandi situ time tu. segan lak ai..


sume pakat nak buat flip back terjun sungai

melompat dpn pintu gerbang Jeram Toi

Lepas penat mandi jeram, baru la sume balik umah. Fuh..raya tahun ni memang best la. Best tapi penat sebab duduk dalam kete berjam-jam nak balik kampung. Tapi ini la baru RAYA! sambut bersama family tercinta..InsyaAllah jumpa lagi Ramadhan dan Syawal tahun dpn pulak..

No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]