Full width home advertisement

Post Page Advertisement [Top]


Murah lagi rezki Ramadhan aku taun ni. Kali ni dpt gi berbuka kat Flaming Steamboat pulak dgn kawan-kawan sume. Tempat ni mmg common sgt la bg org-org Maleis nak makan steamboat sebab kat sini halal. Maklum je la kebanyakkan makanan steamboat ni kan selalu byk cina yg bukak.

Lebih kurang pkul 5.30ptg camtu, kteorang pun berkonvoi dr Taman Tun ke kedai Flaming Steamboat ni kat Sunway. Nasib ari tu tak jem. Tapi hujan lebat la. Kteorang smpai awal lagi kat kedai tu. Ok la tu kan. Kang kempunan lak tak dpt makan klu lambat. Bila semasing dah kluar dari kete. Baru la nampak muka. Agak-agak ade la dalam 15 orang yg join berbuka puasa ni. After tergelak + salam + buat lawak sengal, sume pun masuk la dalam kedai.

Makanan kat sini not bad la. Banyak sgt pilihan seafood, bebola-bola, sayur la, mee and desert die iaitu ais krim pun sedap. Makan byk mmg tak hengat la. 630 ptg lagi orang ramai amik makanan dari peti ais tu. Macam la bende2 tu habis. Kteorg rilek je la. Sbb kompem pekerja kedai tu topup makanan mentah tu sume.

Aku dah pesan dah awal-awal. Jangan amik byk sgt. Maklum je la time nak berbuka, sume bende nak banyak. Nanti bile dah buka, sume pun tak larat nak habiskan. Kan dah membazir di situ. haha.
Tapi ade satu je masalah kat sini iaitu suraunye. Kecik yang amat. Bule muat dalam 3 orang je sekali masuk. Campur laki pompuan lak tu. Bygkan la klu bulan posa ni. After buka msti sume nak kejar masa solat Maghrib. Last-last, sebab ramai sgt, aku gi semayang kat kedai mamak sebelah je. Kedai mamak ni pun kecik jugak surau nye. Tapi ok la tak ramai orang. Masjid yang terdekat pun agak jauh.

Anyways, tempat ni mmg best. Ni kali kedua aku gi sini. Mane la tau ade orang nak belanja lagi ke lepas ni, leh la dtg lagi. ok chow.


Kami yang dtg..

3 comments:

  1. bestnye..hee..tak sabar turn bioinfo plak..

    ReplyDelete
  2. penah gi steamboat kat Johnnys. halal & sedap. flamingo xpenah lg. tp salu dgr kwn2 gi c2. :) sedap ek?

    ReplyDelete
  3. mana tau flaming ni halal? xdapt lg pon status HALAL jakim..padahal dah bertahun apply...mushkil mesti ada yg xkena ni...xder was2 ke korang nk mkn kedai cina ni...?

    ReplyDelete

Bottom Ad [Post Page]